Bab 18: Dia dah kahwin?

Romance Series 45849

Nina mengetuk jari di meja makan di sebuah restoran. Apabila teringatkan Rayyan, dia tersenyum. Sudah lama dia tidak bertemu lelaki itu. Rayyan Fateh adalah ex-boyfriendnya semasa di zaman universiti dulu. Tapi mereka berpisah kerana masa itu Rayyan curang dengannya. Tapi selepas sekian lama, dia tidak dapat memendam perasaan pada Rayyan.

Dan sekarang dia sudah menjumpainya, mana mungkin dia akan melepaskan lelaki itu. Akan dia jadikan lelaki itu miliknya..

Tidak lama kemudian, phonenya berbunyi.. Nina terus mengangkat panggilan itu..

"Hello?"

"Hello, ni apa nama ni, Nina? Arh.. Nina, saya dah sampai dekat restoran ni tapi tak nampak pun awak dekat mana?" tanya Rayyan tanpa berdalih..

Segera Nina memandang ke pintu masuk Restoran. Wajah Rayyan yang mencari - carinya dipandang. Masih kacak seperti dulu..

Dia melambai-lambaikan tangan pada Rayyan di depan pintu dengan wajah manis. Rayyan perasan akan hal itu terus dia bergerak ke meja tempat Nina berada.

"Sorry saya lambat, tadi ada hal sikit dekat rumah.." Percakapan Rayyan terhenti apabila dia duduk di hadapan Nina. Dia meneliti seraut wajah itu..

"Nina Hasnin kan?" teka Rayyan sambil menuding jari.

Nina mengangguk teruja. Rayyan juga tersenyum lebar.

"You masih ingat I?" tanya Nina menduga.

"Of courselah! Ex-girlfriend I kut!" kata Rayyan tanpa malu..

Nina tersenyum tawar. Mereka memesan makanan dulu. Setelah pesanan sampai, Rayyan menjamu makanannya tanpa memandang Nina di hadapan.. Kadang-kadang dia mengerling phonenya..

Dan bagi Rayyan pula, dia sekarang dalam proses memujuk Anis. Dah banyak kali dia mesej tapi setiap kali itulah dia dapat bluetick..

Nina hairan melihat tingkah laku Rayyan yang seperti cacing kepanasan itu. Dia memutuskan untuk memulakan perbicaraan..

" You apa khabar? Sihat?" tanya Nina sambil meletakkan sudu dan garfu di atas meja..

Rayyan tersedar dan anak matanya memandang Nina sambil mengunyah makanannya.

"Sihat.." kata Rayyan ringkas. Kemudian, dia kembali menilik phonenya.

"You... Ada girlfriend?" tanya Nina lambat-lambat.

Hah, yang ni pelik.. Rayyan meletakkan phonenya di atas meja lalu kedua tangannya diletak di atas meja dan mula menatap wajah Nina..

"kenapa you tanya macamtu?" soal Rayyan balik..

" Taklah, kalau you tak ade girlfriend, I boleh.."

"Ada." terkejut Nina apabila Rayyan membantas percakapannya. Rayyan ada girlfriend..

Dan bagi Rayyan, memang taklah dia nak ambil Nina semula jadi girlfriendnya. Dia dah ada Anis. Lagipun siapa suruh kau tinggalkan aku dulu?

Nina berlagak cool. Dia kembali memotong stik dengan selamba.

"Girlfriend you caring ke dengan you? Yelah, masa kita couple dulu, you tak boleh nak berenggang sikit pun dengan I.." Nina kembali mengungkit cerita lama.

Rayyan mengangkat sebelah alis. Kau nak suruh aku betulkan ke?

"I tak boleh berenggang dengan you sebab masa tu you sorang je yang tak tahu yang I ni playboy. Jadi senanglah I nak perbodohkan you.."

Setepek kena dekat muka Nina. Dia berhenti makan apabila Rayyan berkira-kira untuk bangun dari kerusi.

"Rayyan!" panggil Nina. Rayyan terhenti apabila ada pegangan di tangannya.

"Lepaskan I.." Rayyan berkata perlahan namun dingin..

"No, I tak akan lepaskan you! You tak tahu berapa lama I tunggu untuk jumpa dengan you.."

"You nak apa sebenarnya dengan I? You dah tahu I kaki perempuan, you tak boleh lupakan I ke?" tanya Rayyan dingin..

" I nak you! You dengar tak Rayyan, I nak you! Dan I tahu you pun tak boleh lupakan I kan?" agak Nina.

Rayyan ketawa lucu..

"Kau siapa dalam hidup aku yang aku tak boleh nak lupakan? Eh, aku ada banyak lagilah perempuan! Bukan kau sorang je!" herdik Rayyan..

Nina tersentak. Bahasa kasar dah datang.

"Lagipun, orang yang kau cinta ni dah kahwin pun! Dah ada isteri! Awal - awal aku warning dekat kau eh, kau takyah jadi watak antagonis macam dalam dramalah nak pisahkah suami isteri bagai. Kalau aku tahu, aku bunuh kau!!" marah Rayyan. Dia pun berjalan pergi dari restoran itu..

Nina terpaku.. Dia dah kahwin?

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience