Bab 25: Nakal

Romance Series 45849

Anis sedikitpun tidak memandang Rayyan yang cuba menjelaskan semuanya
Nina pula dengan tenang memintal rambutnya seolah-olah dia pula isteri pertama Rayyan.

Rayyan sudah menjelaskan hubungannya dengan Nina kepada semua yang berada di situ. Tidak lupa juga dia menceritakan tentang Nina yang memerangkapnya.

"You jangan nak buat cerita Rayyan! You yang tarik I dulu! Nak I tunjukkan bukti ke?" ugut Nina depan-depan.

"Tunjuklah!! Aku tak hairan pun. Anis dah tahu! Tak ada gunanya lagi!" bentak Rayyan.

Nina terdiam. Dia bukannya rakam kejadian tu. Oleh kerana takut diceraikan oleh Rayyan, Nina rela melutut menyebabkan Fahrin dan Affan senyum sinis.

"Perempuan murah.." gumam mereka.

Nina dengar itu tetapi buat tidak tahu. Rayyan lebih penting baginya.

"Rayyan please, jangan ceraikan I. I cintakan you. Kita dah pernah bersama dulu kan? Takkan semudah itu you tak ingat?" kata Nina ingin menangis.

"Kan aku dah cakap, aku tak. Ada. Perasaan. Dekat. Kau. Faham tak!!!" Rayyan mencengkam pipi Nina lalu melepaskannya kasar.

Anis yang tidak tahan dengan drama sebabak antara Rayyan dan Nina terus bangun kasar dari sofa dan menuju ke pintu keluar. Rayyan yang tersentak terus mengejar Anis dan menghadangnya di hadapan pintu.

"Anis, kalau awak keluar tanpa izin suami jatuh nuhsyuz.." kata Rayyan dengan bahasa isyarat.

Anis hanya tersenyum sinis. Dia melangkah mendekati Rayyan dan lelaki itu berundur. Tiada sorang pun yang berani bersuara kerana Anis.

"Nuhsyuz?" Rayyan tergamam apabila pertama kali Anis bersuara di hadapannya. Bukankah gadis itu bisu?

"A-awak boleh bercakap Anis?" tanya Rayyan menekap pipi Anis dengan rasa teruja. Manakala semua orang di dalam rumah itu kecuali Nina tahu. Anis telah menjalani rawatan pemulihan dan sudah sembuh. Cuma dia sengaja tidak memberitahu Rayyan kerana ingin melihat kesetiaannya. Dan kesetiaannya hancur apabila Anis melihat Rayyan dan Nina tidur bersama.

Tetapi tangannya semudah itu ditepis oleh Anis. Dia tersentak. Wajahnya juga berubah tegang.

"Saya tanya awak, Rayyan! Awak tahu ke nuhsyuz tu apa?! Awak yang selalu pergi kelab malam dan kaki perempuan sehingga melayan perempuan murahan ni!!" Anis menuding ke arah Nina yang berlagak selamba.

"Jangan cabar kesabaran saya, Anis.." Rayyan cuba menahan marah.

" Awak yang jangan cabar kesabaran saya, Rayyan! Apa awak buat dengan Nina dalam bilik tu?! Awak tidur dengan dia?!" jerit Anis.

Rayyan terpempan.. Baru dia ingat apa yang dilakukannya bersama Nina.

" Sekarang saya nak awak pilih, antara saya dan dia.." kata Anis tegas dengan air mata yang bergenang.

" Mestilah saya pilih awak.. "

" Then, ceraikan dia! "

Nina yang merasakan tidak selamat terus menuju ke arah Rayyan dan memaut lengannya. Perlahan-lahan dia bercakap..

" Rayyan, saya mengandung.. "

Semua terkejut dengan pengakuan yang dikemukakan oleh Nina. Anis yang mendengar membuntang matanya sambil berundur satu tapak ke belakang. Dia memandang Rayyan yang masih memandang Nina.

Tiba-tiba Anis ketawa sinis..

"Sekarang dia dah mengandung. Pasti sukar awak nak lepaskan dia kan?"

Rayyan kembali memandang Anis dengan riak wajah terkejut.

"Ceraikan saya, Rayyan.."

Nina ditolak dengan begitu sahaja sehingga jatuh. Dia melopong melihat Rayyan. Rayyan bergerak ke arah pintu apabila Anis sudah keluar dan masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Aqil lalu kereta itu keluar dari kawasan rumah itu.

Rayyan dengan wajah psikonya terus memandang Nina yang ketakutan.

"Ini semua sebab kau!!!" jerkah Rayyan sehingga tersentak bahu semua maid.

Rayyan menarik rambut Nina dengan kasar sehingga dia berdiri. Fahrin dan Alan menahan namun Rayyan kelihatan tidak sedar diri.

"Kalau bukan kau yang perangkap aku, Anis takkan buat aku macamni.."

Rayyan hilang kesedaran. Dia mencekik Nina. Fahrin, Alan cuba meleraikan manakala Affan buat tak tahu je..

***

Anis duduk di tengah - tengah kubur orang tuanya. Dia duduk termenung di situ. Air mata dibirkan mengalir tanpa dilap.

" Mama.. " panggil Anis sebak. Dia menyentuh tanah di kubur mamanya.

"Pa.." dia memandang pula kubur arwah papanya.

"Anis minta maaf.. Anis tak kuat untuk hadapi semua ni.. Tak kiralah di manapun Anis berada, Anis tetap berseorangan.."

Dia ketawa dalam tangisannya.

"Tapi Anis dah boleh bercakap. Anis dah tak pekak dan bisu lagi. Terima kasih dekat mama dan pa yang mengirimkan Affan, Fahrin dan Alan. Juga Aya dan maid yang lain.."

Dia menyedut hingus..

"Anis tak kuat untuk pertahankan rumah tangga Anis. Anis tak sangka dia boleh madukan Anis. Rayyan, menantu mama dan pa dah buat Anis kecewa. Anis nak bercerai.. Anis tak sanggup bermadu.."

Dia menangis di situ. Air matanya jatuh banyak ke tanah. Dia tersedu-sedan apabila mendengar satu suara di belakangnya.

" Cik dah tanya suami cik kenapa dia buat cik macamni? " tanya Aqil yang berpakaian serba hitam. Dia berdiri di belakang Anis.

Anis menoleh ke sisi. Dia tersedu-sedan.

"Tak perlu tanya. Saya kenal dia. Dia tak pernah cukup dengan satu perempuan.. Setakat Nina, apalah sangat dia boleh buat.." sindir Anis dalam tangisan.

"Tak baik cik burukkan suami.." nasihat Aqil.

Anis berpaling memandang Aqil di belakang. Dia menghadap Aqil.

"Saya patut buat apa Aqil? Saya dah tak kuat.."

"Bagi saya, dua-dua salah. Cik Anis salah, Encik Rayyan pun salah."

"Kenapa saya pulak yang salah? Dia yang salah! Dia madukan saya dengan Nina. Saya ingatkan Nina tu sudilah nak berkawan dengan saya ni, rupanya sebab laki dia ada dekat situ!" rungut Anis.

Aqil ketawa. Dia turut duduk di sisi Anis.

"Okay, saya mengaku, Encik Rayyan salah sebab madukan Cik Anis, tapi cuba Cik Anis fikir, cik Anis juga buat salah dengan Encik Rayyan.."

"Saya buat apa pada dia?" tanya Anis ingin merajuk. Bodyguardnya kini menyebelahi Rayyan? How dare you!

" Cik Anis mengenepikan dia dalam rawatan pemulihan Cik Anis. Cik Anis menjadikan dia orang terakhir yang tahu Cik Anis dah boleh bercakap dan mendengar. " terang Aqil umpama ayah.

Terbit rasa bersalah dalam diri Anis. Dia memandang Aqil yang tenang di situ.

" Cik Anis keluar tanpa izin Encik Rayyan.. "

Dia meneguk liur.

" Cik Anis memalukan Encik Rayyan depan kawan-kawan Cik Anis.. "

Dan kali ini Anis gelisah..

"Habistu saya kena buat apa? Takkan saya nak setuju je. Dahlah si Nina tu beritahu dia mengandung. Lelaki mana tak nak zuriat.." rungut Anis.

Aqil hanya menggelengkan kepala. Semenjak dah boleh bercakap ni kan, banyak pulak burung murai keluar..

" Sepatutnya Cik Anis, Cik Anis kena buat plan. Cik Anis tak boleh bagi Nina tu dekat dengan Encik Rayyan. Bagi dia sedar sikit yang dia tu cuma isteri kedua.. Yang dipungut.." sindir Aqil.

Anis mengangguk faham.

"Betullah.. Eii.. Bukan salah Rayyan. Salah perempuan tu! Aqil bagi saya cadangan macamana nak singkirkan perempuan tu! Meluatlah saya tengok dia!"

Aqil tiba-tiba tersenyum nakal.

***

Malam itu Anis masuk ke rumah. Nasib pintu tak berkunci. Aya memang terbaiklah!

Dia masuk senyap-senyap supaya tidak mengejutkan orang. Dia naik ke atas dan ingin masuk ke dalam bilik. Sebelum masuk dia mengerling bilik Nina.

Dia membuka pintu sedikit. Kelihatan Nina sedang tidur dengan memakai baju tidur satin bertali halus. Anis menjeling meluat.

"Kau nak tackle laki aku ea? Nanti kau.."

Dia keluar dari bilik Nina setelah selesai. Sempat dia ketawa melihat keadaan Nina sekarang. Okay, sekarang dia nak cari Rayyan..

Dia menjumpai Rayyan di bilik perpustakaan. Lelaki itu sedang membaca buku biarpun matanya memerah.

Anis bergerak ke arah Rayyan yang berpaling kerusi ke belakang sambil membaca buku. Anis mengerling sikit buku apa..

"Resepi masakan?" gumamnya.. Biar betul laki aku ni..

Dari belakang dia menutup mata Rayyan menggunakan tangannya. Rayyan yang sedang marah pada waktu kerana ingat Nina yang buat segera menengking.

"Stop it, Nina!"

Terus terlepas tangan itu. Rayyan memandang ke belakang. Terkesima Rayyan memandangnya.

"Sayang..." Rayyan menarik tangannya lalu memeluknya tidak lepas. Anis juga turut memeluk Rayyan.

"I'm sorry.." kata Rayyan.

"No! No! Bukan awak salah, saya yang salah.." Anis melepaskan pelukan dan meraih tangan Rayyan lalu tunduk menciumnya. Rayyan terkejut.

Anis meluruskan badannya semula. Dia menatap mata Rayyan.

"Saya ketepikan awak. Sebenarnya awak orang terakhir yang tahu saya dah boleh bercakap.."

"Semua orang tahu ke?"

Anis mengangguk.

"Awak memang tak sayangkan sayalah.." kata Rayyan kecewa. Dia ingin melepaskan pegangan namun Anis memeluknya.

"Saya sayang awak. Sorry, saya tak sengaja. Saya nak tengok sejauh mana awak setia dengan saya." lirih Anis.

"Sayang, saya tak pernah curang dengan awak. Percayalah! Nina yang perangkap saya.."

"Ya, saya tahu awak tak salah. Saya minta maaf ea?" tanya Anis dengan wajah comel.

Rayyan terus tersenyum melihat reaksi Anis. Malahan gadis itu lebih manja dari sebelum ini. Sebelum ni dia je yang berusaha lebih..

"Saya maafkan. Tapi saya harap awak bersabar untuk saya ceraikan Nina. Dia mengandung.."

"Saya tahu. Takpe kita tunggu. Lepastu kita jaga sama-sama.."

"Seriously?" tanya Rayyan. Anis mengangguk. Serta-merta dia tenggelam dalam pelukan Rayyan.

"Thanks. Awaklah isteri saya dunia akhirat.."

Sementara Anis pula tersenyum sinis di balik leher Rayyan. Nasiblah kau dapat madu macam aku. Tak aman hidup kau nanti... Hehehehehe desis Anis.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi jeritan dari bilik atas. Rayyan ingin melihat apa yang jadi tetapi Anis memperketatkan pelukannya..

"Saya suruh Aya dan Melati angkat kotak. Mungkin kotak tu jatuh atas diaorang.."

"Really? Diaorang tahu ke cara nak angkat?"

"Tak tahu.." jawab Anis. Tawa mereka bersatu selepas itu.

Dalam bilik Nina...

Nina menjerit kerana badannya menggelupas teruk kerana tuaman gam di badannya. Tali baju satin yang dipakainya juga terlekat sama.

Niatnya ingin menggoda Rayyan tidak kesampaian kerana Rayyan tidak langsung datang ke biliknya.

Dia turun dari katil sambil menyental tubuhnya yang terdedah. Sambil-sambil itu dia lalu di cermin untuk ke bilik air. Ketika melintasi cermin, dia terkaku sebentar. Terus dia pergi ke arah cermin tadi melihat wajahnya.

Nina menjerit apabila wajahnya sekarang kelihatan seperti langsuir. Dengan mekap yang comot, muka hitam legam seperti disolek dengan arang. Langsung tidak menawan.

"Siapa yang buat aku macamni?!" jerit Nina sambil menyental wajahnya pula. Semalam rasanya dia mekap elok-elok..

Dia menangis apabila mekap tidak tanggal. Macamana ni.. Terus dia ke bilik air untuk membersihkannya..

***

Sorry lambat update.. Sorry juga kalau bab ni hambar sikit. Permulaan Anis jadi nakal. Agak-agak Nina ada kesempatan tak nak dekat dengan Rayyan kalau perangai isteri pertama macamni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience