Anis bangun dari tidur lebih awal dari biasa. Rayyan di sebelah masih lena diulit mimpi. Anis yang memandang tersenyum. Comel betul Rayyan bila tidur.
Dia kemudiannya memberikan morning kiss di pipi Rayyan yang masih tidur..
Selesai mandi, dia segera turun ke bawah sambil menyanggul rambutnya. Memikirkan bahawa dia sudahpun menjadi seorang isteri kepada Rayyan Fateh, dia perlu menjaga makan minum, pakaian lelaki itu..
Anis berlalu ke dapur. Sebelum itu dia sempat disapa oleh Aqil yang berlegar - legar di ruang tamu luas itu. Sampai di dapur, dia melihat Farah, Aya dan Melati serta maid yang lain sedang bertungkus lumus memasak. Ada juga kedengaran tawa mereka tetapi perlahan. Mungkin tidak mahu mengacau sesiapa.
Anis terus berjalan ke arah periuk yang di dalamnya gulai ayam sedang menggelegak. Dia mengambil senduk lalu mengacau gulai itu.
Aya yang sedang mengambil pinggan di rak terkejut melihat Anis berada di belakangnya. Apalagi, melatahlah dia..
"Opocot mak kau toyol!" jerit Aya. Dan apabila jeritan itu berleluasa di situ, automatik semua maid memandang ke arahnya..
"Cik Anis!!" kata mereka serentak.. Anis hanya tersenyum..
"Cik Anis buat apa kat sini?" tanya Melati pula.
'Saja. Tengok awak semua masak..' Anis berkomunikasi dalam bahasa isyarat.
Aya yang membawa pinggan menggeleng - geleng kepala melihat Anis lalu dia bergerak ke depan untuk meletakkan pinggan di meja makan. Nasib baik tak terjatuh pinggan ni kalau tak jenuh aku nak ganti balik.
Anis mengetap bibir lalu bergerak ke arah Melati yang memotong bawang di meja di dapur.. Sampai berpeluh dia..
Dia duduk juga di meja itu lantas memandang Melati dengan pandangan yang bersinar.
Melati yang pelik lantas mengecilkan mata dan meletakkan pisau di atas papan pemotong.
"Cik Anis nak apa ni?" tanya Melati dalam bahasa isyarat. Meleret bunyinya.
Anis tersenyum mekar. Dia pantas mencapai tangan Melati..
'Ajar saya masak.'
*****
Rayyan akhirnya bangun dari tidur apabila terbau sesuatu yang sedap. Gulai ayam! Dahlah favourite dia..
Dia memandang ke tepinya. Anis tiada.
'Dia dah turun bawah kut..' anggar Rayyan. Dia pun menuju ke bilik mandi... Just untuk basuh muka. Dia tak suka mandi pagi..
Anis yang mengacau gulai ayam terkejut apabila dia melihat lingkaran di pinggangnya. Dia memandang ke belakang. Dan buat seketika matanya dengan Rayyan bertemu.
Rayyan mengucup pipi Anis lalu merehatkan dagunya di bahu Anis. Pipi Anis terasa panas.. Nasib baik semua maif dah keluar dari dapur.
"Sayang masak apa?" Rayyan berkomunikasi dalam bahasa isyarat.
Anis menunjukkan gulai ayam di dalam periuk.
Tiba-tiba, dia melihat ke arah Rayyan. Rambut lelaki itu agak serabai. Tak mandi lagi ke?
Anis menutup gas dapur lalu berpaling ke arah Rayyan. Rayyan yang manja terus sahaja memeluk tubuh kecil Anis. Pipi Anis dikucup berulang kali.
Anis menggeleng. Orang handsome tapi malas mandi.
Dia meleraikan pelukan itu dan memandang wajah kacak Rayyan.
'Belum mandi lagi?' soal Anis dalam bahasa isyarat.
Rayyan menggelengkan kepala dengan manja. Tidak ubah seperti anak kecil.
Anis tersenyum lalu membawa Rayyan naik ke atas.
Selesai mandi, Rayyan terus landing atas katil lagi. Anis yang berada di wardrobe pelik. Dengan rambut tak kesat, perangai macam budak-budak.
Rayyan yang dari tadi melihat Anis yang melihatnya dari tadi terus bangun duduk di atas katil.
"Kenapa sayang? Muka saya handsome sangat ke?" tanya Rayyan dalam bahasa isyarat.
Anis terkejut. Dia menghela nafas. Dia perlu bercakap dengan Rayyan fasal posisi CEO.
Anis bergerak ke atas katil. Dia duduk. Belum dia memberikan tuala pada Rayyan, Rayyan telah melentokkan kepalanya di paha Anis.
Anis memerah. Dia terkebil-kebil. Dia menunduk lalu membuat bahasa isyarat.
'Saya ada sesuatu nak bincang dengan awak..' kata Anis.
****
Sorry lambat update. Author tak berapa sihat tiga hari ni.. By the way, author tak tahu kalau chap kali best ke tidak..
Share this novel