Bab 20: Perempuan semua sama!

Romance Series 45849

Anis memerah kain tuala kecil lalu diletakkan di dahi Rayyan yang sedang tidur di atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada.

Anis menghela nafas. Dia mengesat matanya yang sembap kerana gatal. Fahrin memerhatikan sahaja tingkah laku Anis. Dia kemudiannya bangun dari sofa dan berdiri di tepi Anis.

"Sure tak nak bawak laki kau ke hospital?" Fahrin berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

Anis menggeleng sambil tersenyum.

"Suami kau dah gila.." sindir Fahrin. Anis berdecit sambil menjeling ke arahnya.

Keadaan diam dua minit. Fahrin menilik jam di pergelangan tangannya.

"Aku kena gerak sekarang. Nak jumpa Affan. Aku tak jamin mulut aku tak bongkar rahsia." Fahrin sengaja menyakat Anis dengan nama Affan. Dia tahu Anis takut dengan lelaki itu.

Serta-merta, Anis mendongak ke arah Fahrin yang telah berpusing ke pintu bilik. Dia kemudiannya terus mengejar Fahrin yang telah berlari-lari anak keluar dari bilik itu.

Sejurus selepas Anis dan Fahrin keluar, Rayyan terus buka mata sebelah. Memastikan dua orang tu dah tiada di sini.
Dia tersengih. Rayyan bangun duduk dan mengambil kain tuala kecil itu letak di atas meja. Dia memanjangkan leher melihat pintu yang terbuka.

Dia sebenarnya saja je buat-buat lemas. Nak tengok Anis sayang tak dengan dia. Tak sangka drama dia buat-buat lembik dah bikin Anis menangis teruk.

Tapi dia berdecit. Kenapa Fahrin penyibuk tu mesti kena masuk berlakon juga? Aku test bini aku je, kau boleh campak ke tepi!

Dia bangun dari katil dan terus menghendap dari pintu. Dilihatnya sekarang dari atas Anis sedang memukul manja bahu Fahrin dan lelaki siput tu ketawa nyaring. Persis perempuan.

Cemburu kembali bertandang di jiwanya. Dia menutup pintu lalu bersandar di situ. Kepala didongakkan ke atas.

Zaman-zaman dia banyak awek dulu, dia taklah cemburu macamni. Tapi zaman dia dah ada isteri ni, macam nak kurung dia dalam bilik tak nak bagi jumpa orang.

"Perempuan semua sama!" bentak Rayyan perlahan. Cukup untuk dia dengar.

Tiba-tiba phonenya berdering di atas meja. Dia mengerling phone itu. Dia berdecit.

"Ini lagi sorang tikus mondok tak sedar diri! Dah tahu orang reject kau, give up jelah!" marah Rayyan. Tapi dia angkat jugak.

"Hello!" sapa Rayyan dingin.

"Hello, Rayyan." Nina gelabah. Rambutnya dipintal-pintal.

"Kau nak apa hah?! Aku tak sihat ni!!"

"You tak sihat? Kenapa tak beritahu I? I boleh bawa you pergi hospital.."

Rayyan ketawa mengejek.

"Kau tu siapa nak kisah pasal aku? Aku pun tak sudilah nak dekat dengan kau balik! Dulu beria nak break dengan aku!"

"I tahu I salah. I'm sorry. I betul-betul cintakan you Fateh.."

"Jangan panggil aku Fateh! Kau tak layak nak panggil aku guna nama tu!"

Dia menutup panggilan. Mengeluh kuat. Dia terkejut saat pintu diketuk perlahan dari luar.

"Siapa?" tanya Rayyan.

Namun pintu diketuk lagi. Tahulah dia itu Anis. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Wajahnya menunduk tatkala Anis memandangnya.

Anis masuk dan Rayyan seperti merajuk. Dia mengerutkan dahi.

'Awak kenapa?' tanyanya menekap pipi Rayyan.

Rayyan merajuk macam pondan. Dia menulis sesuatu di situ lalu mengibasnya di muka dulu baru memberikannya pada Anis yang teragak-agak menyambutnya.

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience