Bab 46: Peti Sejuk?!

Romance Series 45849

"Assalamualaikum Rayyan.." sapa Encik Hamid dengan nada sopan. Dia sebenarnya menelefon anaknya untuk bertanyakan masalah rumah tangga mereka. Harap-haraplah Rayyan jadi bercerai dengan Anis.

Rayyan mengeluh kecil sebelum menaikkan matanya ke atas tanda menyampah. Bukan dia tidak tahu niat ayahnya. Anis di sebelah hanya menanti riak wajah suaminya.

"Waalaikumussalam. Ada apa call Rayyan ni? Rayyan sibuk.." kata Rayyan dingin. Tidak peduli teguran Anis di tepi.

"Er.. Abah sebenarnya.." Encik Hamid tidak tahu harus memulakan perbicaraan. Dia takut Rayyan curiga akannya.

"Rayyan dengan Anis macamana? Anis sihat tak?"

Rayyan menaikkan kening sebelah. Dia mengerling Anis di sebelah. Isterinya memandangnya tanda ingin tahu. Lengannya digoyangkan.

"Kenapa tiba-tiba abah tanya fasal Anis ni? Bukan abah tak suka dia ke?" tanya Rayyan serkap jarang. Kepala Anis ditolak ke belakang membuatkan Anis terjatuh dari sofa. Rayyan tersengih nakal apabila Anis melempar kusyen ke arahnya lalu menghentak kaki naik ke atas.

" Takde apa-apa pun. Sebenarnya, abah rasa bersalah. Yalah, nak tak nak.. Anis pun dah jadi menantu abah kan?" kata Encik Hamid.

Rayyan membalikkan bola matanya. Pandai sungguh menipu!

Tiba-tiba, Rayyan mendapat satu akal. Dia tersenyum licik. Nak sangat tengok aku bercerai kan?!

Dia membetulkan nada suaranya lalu berkata..

" Entahlah! Rayyan tak faham dengan Anis tu! Setiap masa nak berkepit dengan Abang Riz! Dia selalu marah-marah orang! Rayyan dah fed up dah Abah! Rayyan rasa kitaorang dah tak sefahaman.." Rayyan menekup mulut ingin ketawa.

Encik Hamid menghadam segala perkataan yang dikeluarkan. Dia tersenyum puas kerana rancangannya menjadi. Bolehlah dia bermenantukan Lia selepas ni..

" Tapi betul ke kamu berdua dah tak sefahaman? Abah dah mula suka dengan Anis tu.. Tak boleh ke kamu pertahankan rumahtangga kamu? Kamu kan ketua keluarga?" Encik Hamid pura-pura menasihati.

"Dahlah bah. Rayyan rasa.. Rayyan nak bercerai. Mungkin kami tak ditakdirkan bersama."

"Dah kalau kamu kata macamtu, abah nak buat macamana? Terserah kamulah. Tapi, abah tolong carikan yang lain untuk kamu ya?" pelawa Encik Hamid.

"Ikut suka abahlah..Assalamualaikum.." kata Rayyan sebelum menutup panggilan. Dia menarik nafas dalam - dalam sambil bersandar di sofa sebelum..

"Arghhh!!sayang! Uhuk! Uhuk!" Rayyan terasa lehernya seperti dibelit ular. Dia memandang isterinya yang melingkar tangannya di leher Rayyan dengan wajah bengis.

"Ohh.. Pandai eh kata nak cerai?! Siapa nak cerai?! Siapa yang menggedik dekat Abang Riz?! Pandai awak buat cerita dengan abah ea?!" sembur Anis tanpa melepaskan leher Rayyan.

Rayyan seakan terpaku mendengar isterinya bercakap.

"A-awak.. Uhuk! Awak dah boleh bercakap ke?" tanya Rayyan dengan wajah merah.

"Tak payah nak tukar topik! Sampai hati awak nak ceraikan saya.." kata Anis dengan sebak. Dia melepaskan leher Rayyan lalu memukul suaminya itu dengan kusyen berkali-kali. Fikirnya Rayyan ingin menceraikannya.

"Eh! Sayang! Dengar dulu!" jerit Rayyan lalu menarik tangan Anis hingga terduduk di ribanya. Anis menepis tangan Rayyan. Dia mengesat air matanya dengan kasar.

"Nak tipu apa lagi?! Awak nak ceraikan saya kan?! Hah, cerailah cepat! Setakat muka poyo macam awak ni, belambak dekat dalam jamban tu! Saya boleh cari yang lagi handsome dari awak!"

Rayyan tercengang namun ketawa kuat.

"Sampai hati sayang nak madukan saya. Saya tak nak kongsi.." gurau Rayyan dengan suara dalam sebelum ketawa. Anis semakin cemberut mukanya.

"Taklah.. Sebenarnya saya olok-olok je tadi. Awak tahu kan abah tu buat apa dekat awak? Dia call saya sebab nak tanya keadaan awak. Kan Nina beritahu, dia gunakan sihir untuk buat awak terpikat dengan Abang Riz dan kita bercerai.." terang Rayyan panjang lebar.

Anis terdiam. Dia baru teringat.

" Habistu, kenapa awak kata kita nak bercerai?! Beritahulah yang sebenar dekat abah.. " kata Anis.

" Isy! Mana syok main macamtu! Diaorang yang start nak main, saya sambung je. Saya balas dekat abah dulu, nanti tahulah saya apa nak buat dengan si Lia tu! Berani dia buat isteri saya yang cantik menawan, kurus macam peti sejuk ni macamtu.. "

Anis ternganga. Dia melempar kusyen dengan wajah geram.

" Peti sejuk?! " jerit Anis. Rayyan ketawa sebelum berlari naik ke atas kerana Anis mengejarnya..

Sorry lambat update. Author buat sikit je hari ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience