Pap! Satu pukulan pada belakang leher Fariz Iskandar.
"Aduh!!" teriak Fariz Iskandar sehingga terbongkok-bongkok menahan sakit. Dia menggosok belakang lehernya yang kesakitan. Rayyan pula hanya melihat sambil tersengih..
"Buat hal lagi! Inilah padahnya! Kahwin jangan dibuat main, Riz.. Kamu tu belum tentu bersedia.." marah Hamidah menasihati adik lelaki sulungnya.
"Saya dah bersedia kak.. Lagipun, Rayyan dah kahwin. Takkan saya nak membujang lagi? Macam tak manis pulak dipandangnya orang.." rungut Fariz Iskandar.
"Apa, kamu perempuan? Tak manis kononn.." perli Hamidah lalu berlalu ke dapur. Rayyan sudah terbahak-bahak ketawa di tepi Fariz Iskandar.
Di dapur..
Usai Hamidah masuk ke dapur, sudah terdengar suara riuhan. Pasti suara tiga orang wanita di situ.
"Haha, betullah tu.." Wardah yang sedang bercakap sambil ketawa terus terdiam apabila Hamidah memasuki dapur dan duduk di sebelahnya. Anis dan Nina juga ikut diam..
"Amboi, bincang apa sampai dari ruang tamu boleh dengar suara ni?" gurau Hamidah cuba menceriakan suasana. Macamlah dia tak tahu yang tiga ketul tu macam nampak hantu bila tengok dia..
"Er.. Tak adalah kak.. Kami tengah borak fasal Rayyan dan Fariz masa dia kecil-kecil dulu. Nakal kan diaorang kak?" tanya Wardah cuba mengiakan apa yang dicakapkannya.
Hamidah mengambil kacang panjang lalu dipotongnya sambil tersenyum. Dapat dia lihat Nina begitu berminat untuk mengetahui cerita daripadanya.
" Ha'ah, nakal sangat.. Rayyan nakal masa remaja, Fariz pula nakal masa sekolah rendah.. Tapi kalau nak dibandingkan Rayyan dengan Fariz, akak rasa Rayyan lagi nakal.. "
Anis tersenyum. Dia tahu sendiri perangai Rayyan. Nakal tak bertempat. Selalu membulinya..
" Tapi, Anis.. Anis jangan marah ea.. Akak beritahu Anis sorang je ni.. "
" Apa dia kak? "
" Rayyan tu ada first love masa dia bujang dulu. Memang setiap hari dia akan teringat dekat cinta pertama dia tu.. Tapi Anis jangan risau.. Rayyan cintakan Anis sorang je.. "
Anis pada awalnya tersenyum terus pudar senyumannya. Rayyan ada first love? Siapa? Kenapa dia tidak mengenalinya sedangkan mereka satu sekolah dulu?
" Akak beritahu ni bukan apa, cuma tak nak Anis salah faham. Rayyan tu, kalau dia tak cerita, macam-macam benda boleh jadi.. Nak - nak lepas dia mengaku dia.. Bukannnya jaga batas masa mula-mula duduk KL dulu."
Anis tersenyum hambar. Nina dapat melihat perubahan pada wajah Anis. Tiba-tiba rasa geramnya pada Hamidah terbit. Kenapa perlu diceritakan aib orang?
" Awak duduk sini ke dengan Abang Riz? " tanya Anis pada Nina. Mereka duduk di tepi sungai di belakang rumah Encik Hamid.
"Eh taklah! Gila nak duduk sini dengan Riz sedangkan kami tak ada ikatan?" gurau Nina.
"Eh, boleh je tidur sorang-sorang.."
"Tak boleh dear.. Nanti orang ingat I sengaja nak goda laki orang. Yelah, suami bakal kakak ipar kan ada dekat sini semua.." kata Nina.
Anis memasang wajah sedih. Tiada Nina, dia nak bercakap dengan siapa?
"Habistu, saya nak bercakap dengan siapa?"
"Husband you kan ada?" kata Nina.
Serta-merta, wajah Anis jadi bengis. Dahlah tak bagitahu ada first love, Playboy pulak tu! So dia kahwin dengan aku sebab nak lupakan bakal ex future wife to - be dialah tu?!
"Tak payah cakaplah fasal orang yang dah tak ada.." marah Anis manja.
Mereka ketawa sendiri.
"Hey, hubby you dengan bakal hubby I pergi lepak mamak je tau.." gurau Nina.
Anis ketawa kemudian menyepi lagi. Nina tahu Anis terkesan dengan apa yang dicakapkan dengan kakak iparnya.
"You tak payah nak dengar sangat apa yang kakak you beritahu. Yes, Rayyan memang Playboy, tak jaga batas masa dekat universiti, tapi tu semua dah berlalu. Now, he have you.. Dia sayangkan kau.." pujuk Nina..
"Ceh! Buang tepi lautlah sayang dia tu!"
"You know what, bercakap tentang Rayyan tak bawak faedah pun, apa kata.."
Anis membalikknya sepenuh tubuhnya ke arah Nina. Nina hairan.
"Cuba cerita macamana boleh bertemu dengan abang ipar saya ni?"
Sorry lambat update..
Share this novel