Sambil bercakap-cakap menaiki tangga, mereka memandang ke hadapan. Kelihatan Nina sedang memeluk tubuh dengan wajah dingin kepada mereka.
Rayyan memandang Anis. Anis juga melakukan benda yang sama. Mereka tersenyum. Anis melepaskan pegangan di lengan Rayyan lalu bergerak ke depan Nina. Dihulurkan tangan kepadanya.
Nina mengangkat sebelah kening. Dia memandang tangan Anis. Dia memandang muka gadis itu pula..
"Apa ni?" tanya Nina.
"Minta maaf?" kata Anis dengan wajah polos.
Nina mengecilkan matanya membuatkan Anis mengeluh perlahan..
"Saya nak minta maaf sebab selalu kenakan awak. Saya tahu saya melampau.. Kosong-kosong ea?" pinta Anis sambil membulatkan matanya.
Nina dengan lagak sombongnya mengangguk perlahan sebelum menghulurkan tangannya juga. Anis yang teruja terus memeluk Nina membuatkan Nina terkejut.
" Thank you sebab sudi maafkan saya! Saya janji saya takkan kacau awak lagi. Kita jaga Rayyan sama-sama ea?" kata Anis dengan teruja. Dia terus berlari masuk ke biliknya untuk mengemas baju..
Rayyan cuma tersenyum sebelum ingin mendaki tangga tetapi dihalang oleh Nina. Rayyan melihat lengannya yang ditahan Nina.
" Rayyan, awak tidur dalam bilik saya malam ni?" pinta Nina mencuba nasib.
Rayyan menepis tangan Nina. Nina tersentak.
"Saya dengan Anis nak balik kampung abah saya." kata Rayyan dengan dingin tanpa memandang wajah Nina.
"I nak ikut juga!" kata Nina teruja.
"No! Tak boleh! I nak bawa Anis je!" bentak Rayyan sebelum masuk ke dalam biliknya meninggalkan Nina yang berwajah merah padam.
Dalam bilik..
Rayyan menutup pintu sebelum berpaling ke arah Anis yang teruja memasukkan baju ke dalam beg bagasinya.
"Amboi, seronoknya.. Kita nak pergi sana tiga hari je sayang oii.. Bukan sebulan.." sindir Rayyan sambil memeluk tubuh bersandar di pintu.
Anis memandang Rayyan yang berwajah kosong itu. Dia bercekak pinggang.
"Mestilah seronok. Nak jumpa mertua.. Kenalah duduk lama sikit. Tolong - tolong ke apa yang patut.." kata Anis sebelum sambung mengemas baju.
Rayyan ketawa kecil. Dia mencapai tuala yang tersidai lalu bergerak ke bilik mandi. Lima minit kemudian, dia keluar dan terkejut melihat Nina sedang duduk bersimpuh di atas katil sambil galak melihatnya.
" You buat apa dekat sini? Mana Anis?" tanya Rayyan.
"Anis.." Nina mulai bangun dan bergerak ke arah Rayyan yang hanya mengenakan tuala. Dada Rayyan disentuhnya.
"Di dapur. Buat apa yang patut.." kata Nina sambil meraba dada Rayyan dengan senyuman nakalnya
Kelihatan Rayyan sudah mulai memerah wajahnya.
Tangan Nina yang merayap di badannya dipegang dan ditepis begitu sahaja. Nina tersentak.
"Tolong jangan biadab!" bentak Rayyan..
"Tapi I wife you!" jerit Nina.. Bengang juga dia.. Anis boleh pulak sentuh dia tak boleh..
Rayyan berdecit.
"Entah berapa kalilah I nak kena jelaskan dekat you yang kita kahwin bukan sebab cinta tetapi sebab you perangkap I.. You tak faham lagi ke?! I kahwin sebab nak bertanggungjawab terhadap anak yang you kandung tu.." kata Rayyan yang sudah selesai menyarungkan baju dan seluar.
" Kalau I kata yang I tak mengandung? You nak ceraikan I? " tanya Nina tiba-tiba membuatkan langkah Rayyan terhenti.
Rayyan tersenyum sinis. Dia berpaling menghadap Nina.
" Tahupun akibat dia apa.. And one more.." Rayyan mendekat ke arah Nina dengan pandangan tajam membuatkan Nina berundur ke belakang.
" I bagi you dua pilihan. Samaada you keluar dari rumah ni dan tandatangan surat cerai atau.."
Rayyan mencengkam rahang Nina.
" Bersiap sedia untuk masuk penjara. I akan dakwa you atas tuduhan penganiayaan terhadap I. Lupa malam I pergi ke kelab. You perangkap I.. "
" Tapi you pun enjoy bukan? " sindir Nina sinis.
" I enjoy kerana pengaruh pil perangsang yang you letak dalam minuman I! " bentak Rayyan membuatkan Nina terdiam.
" Macamana... " Nina hampir kehilangan kata-kata.
" Thanks to your slut friends bagi I info ini. Kalau tak mati-mati I kena tipu dengan you. I dah lama tahu yang you tak mengandung.. "
" Habis kenapa tak ceraikan I?!"
"I just nak tengok sejauh mana you akan teruskan permainan you. Dan nampaknya I sendiri kena uruskan. You macam tak nak tamatkan semua ni. Makin seronok pulak you duduk dekat rumah ni.." sindir Rayyan.
Nina mengetap bibir.
"So, kalau you tak nak masuk jail, tandatangan surat cerai yang ada bawah laci tu dan keluar dari rumah ni!" jerit Rayyan sebelum keluar dari bilik itu dan menghentak pintu dengan sangat kuat sehinggakan Nina terkejut..
Rayyan turun tangga dengan laju. Dalam hatinya berasa puas. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari cengkaman Nina. Sudah lama dia mengimpikan rumahtangga yang tiada kacaunya namun dengan kehadiran Nina, semua jadi kacau-bilau.
Rayyan mulai tersenyum lebar apabila melihat kelibat Anis sedang menutup bekas makanan yang akan dibawa ke rumah abah.
Sorry lambat update.. Author sedikit sibuk. Ni pun tak tahu jadi ke x lagi..
Share this novel