Bab 38: Ibu!

Romance Series 45849

"Rayyan minta maaf, abah. Rayyan buat abah marah." luah Rayyan sambil melutut padanya.

Encik Hamid memandang sinis pada Anis yang masih terdiam. Wajah gadis itu memerah.

"Kau tengok? Anak aku tahu hormat aku.. Kau yang baru masuk keluarga ni buat tak dengar je arahan aku.. Sekarang, kau juga yang merana kan?" sindir Encik Hamid.

Anis menundukkan kepala. Air mata dikesat perlahan sebelum senyum pada bapa mertuanya.

"Tak apa. Anis tak kisah. Anis lagi suka kalau Rayyan hormat abah. Anis sedar siapa Anis. Cuma gadis biasa yang tiada ibubapa." kata Anis sebelum ketawa perlahan.

Hamidah dan Wardah menggigit bibir melihat keadaan adik iparnya. Encik Hamid pula hanya menjeling mata sahaja.

" Tak payah buat cerita sedih tak laku depan aku! Kau putar-belit macamana sekalipun cerita kau, aku takkan terima menantu macam kau.." kata Encik Hamid pedas.

Anis mengangguk perlahan sebelum berundur dan berpusing. Sempat dia menghadiahkan senyuman pada Hamidah dan Wardah sebelum naik tangga menuju ke bilik. Rayyan pula seakan-akan terpaku di situ tanpa menoleh ke arahnya.

" Hello.." panggil Anis melalui phone.

"Hello, Cik Anis! Ada apa call saya?" tanya Aqil dari corong telefon.

"Aqil, awak boleh ambil saya dekat kampung mertua saya tak?" tanya Anis berhati-hati.

"Boleh, cik Anis. Tapi Encik Rayyan mana?" tanya Aqil.

Anis mengesat matanya yang merah sambil merenung jendela.

"Rayyan.. Dia tak sihat sikit. Sebabtu saya suruh awak ambil.."

Belum sempat Aqil mencelah, kedengaran satu suara mencelah dari belakang.

"Siapa kata saya tak sihat?"

"Opocot!"

Hampir terjatuh phone dari tangan Anis kerana terkejut. Dia berpaling ke belakang dan melihat Rayyan dengan wajah dingin berpeluk tubuh.

"Awak.." gumam Anis. Mukanya blur.

Rayyan mengambil perlahan phone dari tangan Anis. Panggilan Aqil ditutup sebelum phone milik Anis diletak di atas meja kecil.

Anis tersentak apabila tangannya diraih oleh Rayyan. Dia mendongak memandang Rayyan. Rayyan juga begitu.

"Awak dah janji dengan saya yang awak akan setia ikut saya ke mana sahaja saya pergi." kata Rayyan dengan wajah sebak.

"Saya tak layak untuk awak. Awak berhak dapat seseorang yang baik, yang sopan, yang tak kurang ajar macam saya.." rintih Anis mendongak ke arahnya. Kolam matanya bergenang.

"Dan awaklah orang itu! Saya cuma cintakan awak!" kata Rayyan.

Imbas kembali...

Rayyan menutup mata sambil melutut di hadapan Encik Hamid ketika terdengar derapan kaki Anis yang semakin jauh.

"Rayyan, Rayyan ikut cakap abah. Ceraikan perempuan tu dan kahwin dengan Lia. Lia tu baik. Abah suka dia.." kata Encik Hamid dengan nada lembut.

Rayyan mengeluh perlahan.

"Rayyan, kalau sayang dekat Anis, jangan ikut cakap abah!" marah Hamidah sambil memandang abahnya.

"Yang kamu ni dah kenapa Midah?! Bela perempuan tak cukup kain tu pulak?" marah Encik Hamid.

"Betul apa yang Kak Dah cakap tu abah! Rayyan, kalau sayang isteri, jangan pernah sakitkan hati dia. Pergi pujuk dia sekarang!" arah Wardah lembut.

Rayyan masih melutut sambil menunduk menutup mata.

"Rayyan, Rayyan hormat abah kan? Takkan nak jadi anak derhaka?" sindir Encik Hamid.

Lama Rayyan membuat keputusan. Dia mengeluh lalu mendongak ke arah Encik Hamid.

"Betul cakap abah. Seorang anak patut hormat orang tuanya." kata Rayyan.

Hamidah dan Wardah terkejut mendengar penyataan itu. Encik Hamid hanya tersenyum puas.

"Tapi.."

Rayyan bangun dan berhadapan dengan abahnya. Riak wajahnya bersahaja. Tiada langsung riak marah atau apa.

"Tak guna juga kalau abah pun tak hormat keputusan saya."

Encik Hamid terkedu mendengar ayat Rayyan. Wajahnya mula tegang.

"Anis isteri saya. Walau macamana pun saya takkan tinggalkan dia. Kalau abah tak suka isteri saya, kenapa abah tak kata semasa kami memutuskan untuk berkahwin dulu? Kenapa mesti sekarang?"

Encik Hamid hanya memandang Rayyan dengan riak tidak puas hati. Dadanya berombak menahan marah.

" Ke sebab abah dengar sesuatu tentang rumahtangga saya dan Anis? Saya duduk rumah dia, makan harta dia, dia control saya. Macamtu? Kalau abah rasa dia control saya, abah silap! Anis tak pernah sekalipun control saya. Duduk rumah dia, makan harta dia? Tak! Sebaliknya dia rela beri saya jawatan CEO di syarikat milik orang tuanya! " luah Rayyan.

Hamidah dan Wardah hanya mengeluh memerhatikan dua beranak ini.

" Abah ingat anak abah ni baik sangat ke? Untuk pengetahuan abah, anak bongsu abah ni tak menjaga batas pergaulan antara jantina. Rayyan duduk KL, selain urus bisnes Rayyan, Rayyan juga berciuman, raba-raba perempuan dekat sana! Anak abah ni..pernah minum jugak dan pernah masuk ke club! "

Pang!!

Encik Hamid sudah tipis kesabarannya. Tidak disangkanya selama ini, anak yang diajar penuh dengan didikan agama berubah begitu sahaja ketika merantau di tempat orang.

Sementara Rayyan hanya merelakan sahaja tamparan itu. Dia tahu dia salah. Dan dia patut menerima hukuman atas apa yang dilakukannya.

"Dan sejak Rayyan jumpa Anis, Rayyam cuba ubah diri Rayyan. Hanya kerana dia."

Rayyan memandang sayu Encik Hamid.

"Kalau abah kata dia tak elok, anak abah juga lagi tak elok! Malahan Rayyan yang patut dipersalahkan kerana gagal mendidik dia. Mungkin abah hanya tengok luaran, tapi dalaman abah tak pernah nak tengok! Sebaliknya orang yang abah agung-agungkan tu, abah juga tengok luaran, tapi dalaman.. "

" Jadi kamu nak kata Lia tu tak elok? " sergah Encik Hamid.

Rayyan tersenyum sinis. Dia berpusing sebelum mendaki tangga menuju ke bilik.

Anis membelai rambut Rayyan yang sedang asyik tidur di ribanya. Nyenyak benar suaminya itu tidur selepas sesi luahan hati tadi. Anis sudahpun memberitahu Aqil bahawa bodyguardnya itu tidak perlu datang mengambilnya.

Sedang Anis termenung, terasa seperti ada tangan menarik tangannya. Dia memandang ke bawah. Rayyan yang bergarit sedikit menarik tangannya lalu diletak di dadanya.

Anis ketawa kecil. Manja sangat! Dia menunduk lalu mencium rambut suaminya sedikit.

"Seronoknya.." gumam Rayyan yang tersenyum namun masih tidak membuka matanya.

"Kenapa seronok?" tanya Anis menyakat suaminya.

"Macam ada ibu balik.."

Kata - kata Rayyan tadi menyentakkan Anis. Rayyan juga senasib dengannya walaupun Rayyan punya ibu.

"Ibu awak..dah baik?" tanya Anis.

Mata Rayyan terbuka semula. Dia memandang mata Anis.

Cup!

"Ihh.. Apa ni?" tanya Anis dengam wajah cemberut apabila Rayyan mencium hujung hidungnya. Dia menjauhkan mukanya dari Rayyan.

Rayyan ketawa apabila Anis mengesat hujung hidungnya. Anis juga ketawa apabila Rayyan ketawa.

Tiba-tiba, Rayyan berhenti ketawa dan tersenyum melihat Anis yang masih ketawa. Rambut isterinya diselit tepi telinga.

Anis juga perlahan-lahan berhenti ketawa. Dia mengacak-ngacak rambut Rayyan. Mereka tersenyum menatap satu sama lain.

"Ibu..masih belum pulih lagi.." kata Rayyan perlahan.

Anis menatap Rayyan.

"Ibu dekat mana sekarang?"

Rayyan mengeluh perlahan.

"Hospital. Tapi bukan yang macam Tanjung Rambutan tu! Dia dirawat secara khas."

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience