Bab 26 : Lawan Rayyan.

Romance Series 45849

Anis dengan wajah berseri menjengketkan sedikit kakinya untuk membetulkan tali leher Rayyan. Rayyan pula dari tadi dok pandang - pandang je..

"Kenapa pandang saya macamtu?" tanya Anis hairan. Dahi berkerut walaupun bibirnya tersenyum.

"Saje. Cantiklah pula awak hari ni.. Tergoda saya.." sakat Rayyan.. Maklumlah, hari ni hari pertama dia akan bekerja di Hawri. Corp sebagai seorang CEO menggantikan Alan. Ini semua atas permintaan Alan sendiri..

Anis membersihkan debu di baju kemeja putih di bahu Rayyan. Dia mula menempel sambil memeluk pinggang Rayyan. Dagunya menempel di dada Rayyan dan mukanya diangkat ke arah Rayyan.

"Isteri nombor dua awak tu tak cantik ke?" serkap Anis.

Rayyan menggeleng sambil tersenyum..

"No. Awak paling cantik. Dahlah sayang, tak payah cakap fasal dia. Awak sejak boleh bercakap ni kan, makin banyak pulak awak soal saya eh?" Rayyan mencuit hujung hidung Anis membuatkan gadis itu ketawa..

Mereka turun bersama - sama sambil memaut pinggang masing-masing.. Di meja makan, Nina yang sedang melihat mereka turun menjeling..

Anis menarik kerusi untuk Rayyan. Rayyan terkesima.

" Duduklah. Saya nak ke dapur. Tolong kawan-kawan." kata Anis sopan.

"Awak yang patutnya duduk. Makan dengan saya." ajak Rayyan cemas. Tetapi Anis menggeleng.

"Nope! Awak duduk. Saya ada surprise untuk awak.. And juga untuk you.." kata Ania sambil memandang Nina jengkel dari atas sampai bawah dengan senyuman sinis tetapi apabila Rayyan memandangnya terus dia senyum manis ke arah Nina..

Tiba-tiba, Nina bangun dan menyendeng tepi Rayyan. Rayyan terkaku.

" You... " meleret panggilan Nina sambil memeluk lengan Rayyan.

"Kaki I sakit.. Tolong hantar I pergi kerja boleh?"

Rayyan menoleh ke arah Anis. Kelihatan gadis itu mengetap giginya. Dia mengangkat sebelah alis.

"You ada kereta kan? Boleh pergi sendiri?" tanya Rayyan sambil menepis lembut tangan Nina. Nina cemberut mukanya.

"You tak kesian ke dengan anak you? Baby ni?" tanya Nina sambil memegang perut kempisnya. Rayyan pula bagaikan kasihan. Bab anak ni dia lembut sikit..

Anis yang melihat terus menggempal penumbuk. Kalaulah Rayyan tak ada dekat sini, sumpah memang keluar rumahlah aku tendang kau!

Anis cuba berlagak tenang. Dia tersenyum ke arah Nina.

"Excuse me..perut kempis lagi kan? Saya rasa tak terbentuk pun lagi baby dalam kandungan you tu. So, boleh you drive sendiri?" sindir Anis.

Rayyan menghela nafas panjang lalu menarik tangan Anis perlahan ke dinding.

"Apa?!" bisik Anis keras.

"Nina tu kan mengandung. Kesian dia.." kata Rayyan perlahan.

"Oo.. Sekarang awak nak bela dialah? Sebenarnya siapa yang awak sayang ni?! Saya atau dia?! Entah-entah tak mengandung pun, saja je..." sindir Anis perlahan sambil memeluk tubuh. Entah bagaimana ayat akhir itu didengari oleh Nina. Kepalanya berasap.

"Hei, you siapa nak tuduh I tak mengandung?! Ni memang anak suami I lah!!" marah Nina terus mara ke arah mereka.

"Stop it Nin--" belum sempat Rayyan memarahi Nina, tubuhnya tertolak ke tepi oleh Anis yang berhadapan dengan Nina. Gadis itu terkebelakang sedikit..

"Siapa suami kau?! Ni suami aku!! Kau yang perangkap suami aku!!" tengking Anis.

Rayyan segera mendapatkan dua orang isterinya itu.

"Rayyan cintakan I lebih dari you! You tu sekadar perempuan bisu je. Dahlah pekak!" sindir Nina..

"Stop!!"

Tetapi tengkingan Rayyan tak membawa apa-apapun. Anis pula ketawa paksa. Lalu..

Buk!!

Terjatuh Nina dek kerana tumbukan kuat Anis. Rayyan terlopong..

Nina menyentuh hidungnya. Berdarah!!

"Darah!!"

"Nina!!" Rayyan terus mendapatkan Nina. Manakala Anis pula terkedu. Rayyan menyelamatkan Nina..

"Rayyan, hidung I berdarah! Perempuan tu yang buat.." lirih Nina.

"Ya, I tahu. I bawa you pergi hospital eh.." nasihat Rayyan lalu mencempung Nina. Dia sempat memandang ke arah Anis yang memerah matanya.

"Awak tunggu saya balik nanti!" kata Rayyan dengan tegas. Lalu tubuh Nina dibawa keluar dari rumah itu..

***

Dean sedang berjalan dengan kekasihnya, Mina di sebuah taman. Mereka berjalan berpegangan tangan.

Dean ialah seorang pramugara dan Mina ialah seorang pramugari. Mungkin pada pandangan orang, mereka kelihatan mesra namun hakikatnya Mina jenis yang suka memandang semua lelaki sampaikan Dean berasa tidak dihargai. Hinggalah apabila dia tidak tahan lagi, Dean membuat keputusan untuk putus namun Mina mula merayu padanya supaya jangan diputuskan hubungan mereka. Mina sudah berjanji padanya bahawa dia akan setia dengan Dean..

"You nak pergi mana lepas ni?" tanya Mina walaupun nada dering dalam poketnya berbunyi.. Mesti daripada contact lelaki yang diminta nombornya oleh Mina.

"I tak ada pergi mana-mana. I nak duduk dekar bangku tu je." kata Dean acuh tak acuh. Dia sudah tawar hati dengan Mina.

"Ouh, okay. I teman you eh.." pintanya dengan nada lembut.

Dean hanya mengangguk tanpa tersenyum.

Mereka duduk di bangku berhadapan dengan tasik. Mina sudah mengeluarkan phone dan Dean tahu tidak akan ada penghabisan untuk Mina menutup phonenya.

Dean bukannya jenis yang suka tengok phone sangat. Kawan pun tak ramai..

Dean mengeluh kuat. Dia tahu Mina tidak akan mendengar. Dia berpaling ke tepinya. Kira-kira dua meter daripadanya terdapat seorang gadis yang duduk di atas rumput dengan memeluk kedua lututnya. Kepalanya dibenamkan di atas lutut itu. Dapat dilihat badan gadis itu terhinjut-hinjut seperti menangis.

"I pergi sana jap." kata Dean. Tetapi seperti yang dijangka, Mina tidak kisah. Dean menaikkan bola matanya. Dia bergerak ke arah gadis itu.

"Hai!" sapa Dean teruja menyebabkan gadis itu terkejut lalu dia mengangkat kepalanya. Dean terpana kerana wajah gadis itu sangat cantik dan menawan meski dalam tangisan.

"Hai je?! Salam takde?!" sembur gadis itu dengan suara serak.

Gulp!

'Uish, garang betul..' desis Dean.

"Er.. Assalamualaikum.." ucap Dean sambil mengusap lehernya malu.

"Wassalam!" kata gadis itu kasar. Air mata dikesatnya kasar.

Dean duduk di tepi gadis itu dengan mengucap berkali-kali. Buatnya disembur, lari terus dia..

Dia melihat gadis itu menyedut hingus.

"Menangis kenapa?" tanya Dean sambil menghulurkan sapu tangan.

Gadis itu memandang jengkel ke arah Dean.

"ikut suka hatilah nak menangis ke nak ketawa ke.. Ni dah kenapa bagi sapu tangan ni.." rungut gadis itu.

Dean hampir hilang ketawa apabila disergah begitu. Dia ni dari alam dinosaur kut..

"Buat sapu air mata awak tu lah.." kata Dean sebelum menghulurkan sapu tangan lagi.

Nak tak nak, gadis itu ambil juga. Ketika dikesat bau wangian masuk menyerbu hidungnya. Dia mengerutkan dahi.

"Kenapa sapu tangan ni bau wangi? Awak sembur minyak wangi ke?" tanya gadis itu..

Sekali lagi Dean tersentak. Manalah dia tahu. Mungkin bau badan dia kut..

Malas nak hiraukan, dia bertanya nama gadis tersebut.

"Nama awak apa?"

Gadis itu menjeling sebelum menjawab pertanyaan Dean.

"Anis." jawabnya dengan dingin..

"Saya Dean."

"Kenapa duduk dekat sini?" tanya Dean lagi..

Anis memandang hairan ke arah Dean.

"Ada tanda yang mengatakan tempat ni dilarang untuk duduk ke?" sindir Anis.

Dean berubah menjadi batu.. Dia terkebil-kebil.

"Bukan macam tu.. Saya.. Isy, takpelah.." giliran Dean pula yang bengang. Orang cakap betul-betul dia main-main.

Anis melihat perubahan Dean yang senyap tak bercakap dah. Marahlah tu..

"Marah nampak?" perli Anis. Tangisannya sudah berhenti.

" Tak boleh marah ke? Ada nampak papa tanda yang mengatakan tak boleh marah di sini?" Dean membalas perlian Anis.

Anis mahu ketawa melihat ekspreasi wajah Dean sekarang ni. Buruk dho! Mesti jenis tak suka muram ni..

"Ikut kita.." perli Anis.

Dean melirik sedikit ke arah Anis. Gadis itu dah tersenyum sedikit.

"Tadi adalah saya nampak perempuan cantik tengah nangis. Pastu adalah seorang lelaki kacak ni pujuk.." guraunya merujuk kepada mereka berdua..

Anis mengangkat sebelah alis.

"Saya nangis bersebab.."

"Jadi ceritalah sebabnya.." terus Dean memandang ke arahnya dengan wajah comel.

Anis mula menceritakan sedikit demi sedikit tentang pergaduhannya dengan madu 'terjadi' nya itu. Kadang-kadang, Dean terkejut, kadang-kadang dia ketawa, kadang-kadang dia marah. Marah sebab suami si Anis ni bodoh betul.. Dah tahu kaki perempuan, pergi keluar juga dah kenapa? Kan dah mendapat..

Tanpa mereka sedar, mereka mula bangun dan berjalan bersama-sama sambil bergelak ketawa. Masing-masing dah melupakan pasangan masing-masing. Mina masih ditinggalkan di situ..

Sorry lambat update.. Author buat hambar sikit. Tak tahulah fun ke tidak.. Lagipun watak lelaki tambahan dah muncul. Anis akan berubah hati ke? Rayyan macamana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience