Bab 41: berubah hati

Romance Series 45849

Seorang wanita sedang menunggu dengan begitu tegar di dalam rumah usang itu. Di depannya ada seorang bomoh tua yang sedang melakukan membaca jampinya.

"Ada bawa gambar dia?" tanya bomoh tua itu pada wanita itu.

"Ada tok.." wanita itu mengeluarkan sekeping gambar. Lalu gambar itu diberikan pada bomoh itu.

Bomoh itu mulai menjampi gambar itu lalu dilemparnya ke dalam bekas yang mengandungi api. Kemudian, bomoh itu mengambil air di dalam botol lalu diberikan pada wanita itu.

"Air ni tok dah jampi. Bagi pada dia. Kalau dia minum, menjadilah.." kata bomoh tersebut.

Kelihatan senyuman licik dari bibir wanita itu. Sudah tiba masanya dia sengsara.

'Kau belum kenal aku Anis! Aku akan buat kau merana. Jadinya, Rayyan milik aku!' wanita itu ketawa dalam hati.

Anis dan Rayyan duduk bersama di buaian. Mereka menikmati angin malam di rumah Encik Hamid. Entahlah, selepas sahaja Encik Hamid mendengar pengakuan dari Rayyan, dia menjadi seorang pendiam. Tadi, ketika makan, dia hanya menunduk memakan makanannya sahaja. Adalah sesekali dia melirik ke arah Anis.

Malam ini adalah malam terakhir mereka di sini. Esok mereka akan segera berangkat ke Kuala Lumpur. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

"Kenapa sayang?" tanya Rayyan perlahan apabila isterinya itu kelihatan gusar.

"Entah. Rasa macam..tak sedap hati.." kata Anis perlahan. Jantungnya berdegup sangat kencang.

Rayyan memeluk isterinya. Dia juga merasakan sebegitu. Dia tidak sedap hati perihal isterinya. Mimpi yang dilaluinya cukup membuatkan hatinya resah.

'Ceraikan aku! Ceraikan aku! Aku tak suka kaulah!'

Rayyan menutup mata dan beristighfar di dalam hati. Dia menelan air liur. Mungkin cuma mainan mimpi barangkali.

"Awak.." Rayyan memandang Anis. Dia tersenyum.

"Awak, awak sayang saya kan?" tanya Anis.

Rayyan mengangguk. Dia membiarkan Anis memeluknya.

"Jangan tinggalkan saya. Walaupun... Saya...lain." katanya penuh makna.

"Apa yang awak cakap ni?" tanya Rayyan. Dia mulai tidak enak apabila dikatakan begitu.

"Tak ada apa-apa." Anis tersenyum tawar. Rayyan merenung sisi wajah Anis. Sungguh, hatinya kini resah - gelisah.

Anis mengangkat bagasi miliknya ke dalam bonet kereta. Rayyan masih lagi di atas kerana ingin mengemas barang-barangnya. Mereka sudah sepakat mahu berpindah ke rumah baharu setelah sampai di Kuala Lumpur nanti. Rumah banglo itu terlalu banyak kenangan buruk pada mereka.

Anis meregangkan bahunya. Beratnya bagasi dia. Tak ada orang nak tolong ke?

"Banyak bagasi.." Anis menoleh ke kanan melihat siapa yang berkata itu. Dirinya terpaku seketika apabila seorang lelaki kacak sedang memandangnya dengan bersandar di tepi bonet kereta itu.

"Nak abang angkat ke?" tanya lelaki itu dengan senyuman menawan. Tapi sekadar untuk menawarkan bantuan sahaja.

"Awak siap--" belum sempat dia berkata, Rayyan sudah terlebih dahulu menyapa.

"Abang Riz!!" mereka berdua serentak memandang ke arah Rayyan yang teruja melihat abangnya. Riz atau nama sebenarnya Fariz Iskandar hanya tersenyum.

"Rayyan!" mereka berdua berpelukan buat seketika sebelum meleraikan pelukan.

"Wah, makin handsome kau ea? Tapi tak boleh lawan akulah.." kata Riz dengan sombong.

Rayyan mencebik tetapi lalu memandang ke arah Anis yang entah kenapa pandangannya terhala ke arah Riz.

"Sayang! Kenalkan, ni abang saya. Fariz Iskandar." kata Rayyan sambil menepuk bahu Fariz. Fariz memandang Anis sambil tersenyum lalu menghulurkan tangan.

"Fariz, abang Rayyan.."

Baru sahaja tangan mereka ingin bertaut, Rayyan menepis tangan Fariz. Mereka berdua terkejut.

"Sorry bro. Salam-salam ni tak boleh ea.." kata Rayyan dengan tersenyum.

"Lupa, bini kau.." gurau Fariz sambil menggosok lehernya.

Entah kenapa masa itu Anis berasa marah kerana Rayyan menghalangnya untuk bersalaman dengan Fariz. Dia cuba untuk menjaga pandangannya namun tidak boleh.. Fariz dilihatnya begitu kacak.

Akhirnya mereka balik pada waktu petang. Hal ini kerana Rayyan ingin berborak dengan abangnya terlebih dahulu. Sesekali, dia curi-curi melihat wajah Fariz yang tersenyum dan bergelak ketawa ketika berborak dengan adik-beradiknya.

Beberapa kali juga dia menggelengkan kepala kerana sudah menjadi salahnya melihat lelaki itu dengan perasaan suka.

'Aku cintakan Rayyan! Aku cintakan Rayyan!'

Namun perkataan tak seiring dengan perbuatan. Di balik bahu Rayyan, dia curi-curi melihat Fariz yang tersenyum dan ketawa sehinggalah Rayyan mengajaknya pulang dengan tiba-tiba.

Sampai di rumah, Anis keluar terlebih dahulu tanpa menunggu Rayyan. Dia masih dalam khayalannya lagi. Rayyan yang melihat kejadian itu terus sahaja menutup pintu keretanya dengan kuat dan terus berlalu masuk ke dalam rumah untuk mengemas baju-bajunya. Anis ditinggalkannya tanpa wanita itu sedar.

Di bilik...

Rayyan menghempas baju-bajunya ke atas katil. Dia bercekak pinggang memandang baju-bajunya dengan menahan marahnya. Bukan baju itu yang dimarahnya namun kelakuan isterinya ketika di rumah ayahnya tadi.

Bukan dia tidak sedar isterinya curi-curi melihat abangnya, Fariz berkali-kali. Sdhinggakan dia tidak boleh menahan marah lalu mengajak isterinya itu pulang. Kenapa Anis boleh berubah begitu? Dia tidak tahukah dosa dan pahala?

Terdengar bunyi pintu dibuka. Rayyan tahu itu Anis walaupun dia tidak menoleh. Dia masih marah.

Anis melihat baju-baju Rayyan yang berselerak di atas katil. Dia penasaran.

"Awak nak buat apa dengan baju-baju ni?" tiada suara lembut dan romantis melainkan suara letih seolah-olah dia baru sahaja melakukan kerja berat.

Rayyan menoleh ke arah Anis dengan pandangan tajam.

"Awak lupa atau buat - buat lupa? Kita nak pindah kan?" kata Rayyan dengan kasar.

Anis menepuk dahi. Dia tidak ingat.

"Gerak hari ni juga ke? Tak boleh kita gerak esok je? Saya letih.." kata Anis.

Rayyan tersenyum sinis. Fikirnya Anis sengaja buat-buat alasan.

"Awak letih ke atau awak sengaja tak nak pindah sebab nak tengok dia?!" sembur Rayyan sambil melempar baju-bajunya lantai. Anis tersentak.

"Kenapa dengan awak ni?! Dia siapa?!" bentak Anis ketika dituduh sebegitu. Dahlah rupa Rayyan menakutkan.

"Jawab dengan jujur Anis Wana! Awak nak tengok Abang Riz kan?! Macam tadi? Ingat saya tak tahu?!"

Anis terkesima. Jadi Rayyan memerhatikannya dari tadi?

"Jawablah! Kenapa diam?!" desak Rayyan dengan suara perlahan. Hatinya kecewa kerana Anis seolah-olah mengiakan kata-katanya tadi.

"Awak.." Anis ingin memegang tangan Rayyan namun Rayyan menepis. Wajahnya bengang sekali.

"Sikitpun awak tak pedulikan perasaan saya masa tu! Sakit hati saya Anis! Kalau saya tahu jadi macamni, sikitpun saya takkan bagi awak kenal dia!" marah Rayyan.

Anis menunduk. Dia tahu salahnya. Dia hanya mendiamkan diri. Dia berasa bersalah pada Rayyan.

" Maafkan saya.. " esaknya.

Rayyan masih kaku. Dia terlalu kecewa. Dia ingin memastikannya..

" Awak sukakan dia ke? " Anis tersentak dengan linangan air mata ketika itu. Dia menggeleng laju.

"Tak! Tak! Saya tak cintakan dia! Saya cintakan awak!" kata Anis sambil memeluk erat tubuh Rayyan. Hatinya berbaur seribu satu perasaan ketika itu. Seperti seluruh hatinya ada pada Rayyan tetapi seakan-akan ada orang lain yang mengetuk pintu hatinya.

Rayyan mulai memeluk tubuh Anis.

" Sekalipun awak cintakan dia, saya takkan lepaskan awak! Mark my words, Anis Wana!" kata Rayyan dengan tegas lalu meninggalkan Anis di dalam bilik seorang diri. Dia sudah berikrar, tidak akan sekalipun dia membiarkan Anis berjumpa dengan abangnya. Perasaan sayang dan hormat pada abangnya ketika itu hilang menjadi perasaan benci yang teramat-sangat.

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience