Rayyan yang berjalan ingin masuk ke dalam biliknya tiba-tiba tangannya ditarik memasuki suatu bilik.
Dia tergamam apabila Nina mengunci pintu biliknya dan mengepung Rayyan di dinding. Rayyan cemas.
"Apa you buat?" tanya Rayyan.
Nina tidak menjawab sebaliknya terus meraba dada hingga perut Rayyan. Senyuman nakal terukir di bibir.
Rayyan memejamkan mata tanda menikmati sentuhan itu. Tetapi dia tersedar bahawa dia hanya suka dengan Anis seorang. Lantas dia menepis tetapi tidak lama kerana dia terbuai dengan sentuhan Nina.
"I takutlah tidur sorang-sorang. You teman I eh? Tak payahlah teman Anis tu." kata Nina dengan nada suara lemah gemalai.
Bagaikan dijampi, Rayyan mengangguk. Nina terus menarik tangan Rayyan menuju ke katil mereka.
***
Anis mencari - cari Rayyan. Semalam dia ada, hari ni tak ada pulak. Dan dia tidak masuk bilik semalam.
Tiba-tiba dia terhenti di hadapan bilik Nina. Hatinya tergerak ingin membuka pintu itu. Akhirnya dia membuka pintu namun terkunci. Dia mengambil kunci pendua dan membukanya.
Dang!
Anis terus menutup pintu itu dengan linangan air mata. Jantungnya berdegup laju melihat pemandangan di hadapannya.
Dia melihat Rayyan dan Nina yang sedang tidur berdua di atas katil tanpa berbaju. Matanya memerah. Dia masuk ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.
Rayyan terjaga dari tidurnya. Dia seorang diri di situ. Mungkin Anis sudah bangun. Mudahnya dia tidak ingat apa yang berlaku.
Selepas mandi, dia terus turun. Kelihatan Nina sedang tersenyum ke arahnya namun dibalasnya jelingan. Dia mencari - cari Anis.
Rupa-rupanya Anis sedang membawa hidangan keluar dari dapur. Rayyan menerpa ke arah Anis. Anis terkejut dan tergamam.
Rayyan senyum sambil memaut bahunya ke meja makan. Anis pula tersenyum hambar. Hatinya masih sakit.
Duduk di meja makan, Rayyan segera mengangkat pinggannya dan menghulurkan ke arah Anis untuk diletakkan nasinya. Sedikitpun Anis tidak tersenyum atau memandang ke arah Rayyan membuatkan Rayyan berasa tersisih.
Nina mula berpindah ke tepi Rayyan. Rayyan terkejut.
"Boleh I duduk dekat sini? Dekat dengan lauk.." kata Nina pada Anis.
Anis hanya tersenyum hambar lalu berpindah ke kerusi seterusnya. Rayyan perasan sesuatu dekat Anis. Isterinya tidak seceria sebelum ini. Dia bangun dan duduk di tepi Anis.
Dia tersenyum ke arah Anis namun Anis hanya melihatnya dengan wajah datar. Tangan cuba diraih namun Rayyan terkejut apabila Anis menepisnya kasar. Lalu dia bangun dan berlari masuk ke dalam bilik.
Nina yang melihat itu cuma tersenyum sinis..
Rayyan masuk dalam bilik perlahan - lahan. Kelihatan Anis sedang duduk memeluk lutut di balkoni biliknya. Dia memerhatikan pemandangan.
Apa yang jadi pada isterinya? Kalau dulu Anis yang selalu happy, sekarang dia.. Lain..
Dia duduk di tepi isterinya. Anis kelihatan tidak mahu memandangnya. Dia cuba meraih tangan Anis sekali lagi. Kali ni Anis membiarkannya namun matanya tidak mahu memandang Rayyan.
Rayyan menarik kepala Anis supaya melihatnya namun Anis berdegil. Dia mendekatkan dirinya kepada Anis lalu membawa gadis itu dalam dakapannya.
Satu saat. Dua saat. Tiga saat.
Rayyan tersentak apabila dadanya ditumbuk kasar oleh Anis. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri namun Rayyan masih kekal begitu.
Rayyan hairan. Belum pernah Anis berkelakuan seperti itu. Seluruh tubuhnya ditumbuk kasar oleh Anis namun Sedikitpun dia tidak berganjak. Malah dia mempererat lagi pelukan itu dan mengucup kepala Anis.
"Stay.." bisik Rayyan sendiri walaupun badannya sakit.
Anis semakin menangis.. Akhirnya Rayyan tidak boleh bertahan lagi. Terus dilepaskan Anis dan gadis itu terus keluar dari bilik tersebut dengan pintu dihempas kuat.
Suasana jadi tegang kerana wajah Anis sangat menakutkan. Wajahnya bengis seperti singa. Dengan air mata yang berlinangan, Sedikitpun dia tidak lemah. Dia begitu marah..
Nina yang sedang menonton televisyen tersentak dan menjerit kuat apabila rambutnya ditarik dari arah belakang.
"Who the hell--" Dia tergamam apabila melihat wajah Anis yang bengis yang menarik rambutnya.
Nina diseret ke atas lantai dan dipukul kuat oleh Anis. Maid di situ semuanya kecoh dan riuh kerana Anis belum pernah begitu. Semuanya menahan Anis dari memukul Nina hinggalah..
"Hei, Hei!" Fahrin, Alan dan Affan ketiga-tiganya berlari ke arah Anis yang sedang berang. Rayyan yang baru turun itupun terus berlari ke arah Anis.
Nina menjerit apabila dirinya dipukul sangat kuat. Nasib baik ada Rayyan yang menahan Anis. Dia menekap pipi Anis menghadapnya.
"STOP!!" jerkah Rayyan. Nina bangun dan bersembunyi di belakang Rayyan. Anis terpempan. Ada aku kisah? Aku bukannya dengar apa kau cakap!
Dia menolak Rayyan dan menarik Nina. Terus dipukulnya. Dan ketika Alan menariknya dalam dakapannya, barulah Anis berhenti. Dia menangis tersedu-sedan di dada Alan. Affan mencerlung mata ke arah Rayyan apabila Anis menangis begitu.
"KAU BUAT APA DENGAN DIA, BABI?!" keras suara Affan.
Rayyan tidak memperdulikan amarah Affan. Dia meluru ke arah Alan. Ditarik Anis ke arahnya namun gadis itu semakin erat memeluk Alan.
Hati Rayyan sakit. Dia cuba menarik tangan Anis namun gadis itu lebih memeluk Alan.
" Dia tengah tertekan. Biar dia sejuk dulu." jawab Alan perlahan.
Rayyan memandang Nina. Semuanya gara - gara perempuan itu.
***
Sorry lambat update...
Share this novel