Rambut kusut Rayyan disikat elok seperti biasa oleh Anis. Baju kot disarungkan ke badannya. Rayyan masih cemberut mukanya.. Anis menggeleng kepala.
Tadi selepas sahaja melayan kerenah Rayyan, Alan datang ke rumah agam. Cepat sahaja Anis berlari ke pintu utama meninggalkan Rayyan yang terpinga - pinga.
Apabila turun ke bawah, barulah dapat tahu rupa-rupanya Anis bergegas ke bawah kerana Alan. Dari situ, cemburunya semakin lama semakin kuat. Kenapa Alan datang sini?
Dia berjalan dengan angkuh menuju ke sofa. Dia berdiri di tepi sofa sambil tangan diseluk ke dalam poket seluar treknya sambil menunduk memandang Anis dan Alan yang berbual menggunakan bahasa isyarat.
Alan perasan akan hal itu tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Tujuannya datang ke sini adalah untuk memberitahu Anis bahawa dia akan meletakkan jawatan sebagai wakil CEO Hawri. Corp. Sengaja dia buat-buat mesra dengan Anis.
Tapi bila pandangan Rayyan terlalu tajam, dia mengalah. Dia berpura-pura tidak sedar Rayyan ada di situ. Anis memang tak sedar sebab dia membelakangi Rayyan.
"Eh, aku tak sedar pula kau ada dekat sini.." kata Alan buat-buat ramah. Apabila dia mendongak ke tempat lain, automatik pandangan Anis menghala ke situ jugak. Terua dia tersenyum lebar pada Rayyan.
Rayyan memutarkan bola mata ke atas.
"Macamana kau nak sedar kalau asyik seronok sembang dengan isteri aku?" sindir Rayyan yang duduk di sebelah Anis lalu memaut lehernya. Anis terkebil-kebil.
Alan memandang tangan Rayyan yang melekat di leher Anis. Dia marah. Tapi ditahan. Kerana dia tahu dia bukan sesiapa.
" Aku datang sebab aku ada sesuatu nak bincang dengan Anis.."
"Then, aku pun perlu ada jugak. Anis is my wife. I'm her husband." bantah Rayyan tenang. Anis di tengah hanya memandang mereka silih berganti.
Alan malas hendak melayan. Dia mengeluarkan dokumen dari briefcasenya lalu dihalakan kepada Anis. Anis yang masih dipaut lehernya oleh Rayyan membaca dokumen itu bersama - sama.
Wajah Anis bertukar riak. Dia mendongak memandang Alan.
'Awak nak letak jawatan?' soal Anis dalam bahasa isyarat.
Alan mengangguk. Dia mengambil semula dokumen dari tangan Anis. Dia mengeluarkan pen dakwat hitam lalu dia sain di ruang tandatangan di situ. Anis hanya memerhati dengan wajah sedih.
Alan memberi semula dokumen itu pada Anis. Tapi Anis tidak menyambut. Dia menunduk. Alan menghela nafas.
Dia memetik jari di hadapan wajah Anis. Anis mendongak sedikit.
" Lepas saya letak jawatan, saya tetap akan berada di sisi awak." kata Alan sambil membuat bahasa isyarat.
Rayyan menatap Anis di sebelah. Isterinya tersenyum. Dan ketika itulah tangannya turun dari leher Anis. Dia terus berlalu dari situ.
Rayyan bermain dengan jari-jarinya. Dia duduk di balkoni..
Kenapa dengannya? Kenapa dia merasa cemburu tetapi tak boleh marah pada Alan.. Sepatutnya dia yang berada di sisi Anis. Bukan lelaki itu..
Tiba-tiba, phonenya berbunyi.. Rayyan berdecit sebelum mencapai phonenya.
'Hai Rayyan. I Nina. Dah lama kita tak jumpa kan? Nak keluar?'
Rayyan mengerut dahi membaca mesej Nina. Siapa pulak perempuan ni?
Tapi bila dia ingat balik keseronokan Anis bersembang dengan Alan, dia rasa marah. Ada lebih baiknya dia keluar jumpa si Nina ni..
Setelah bersiap, Rayyan membuka pintu bilik. Dia terpaku seketika apabila wajah Anis di hadapannya.
Rayyan menghela nafas panjang. Dia berjalan memintasi Anis namun berhenti apabila tangannya dipegang Anis. Rayyan menoleh..
'Awak nak pergi mana?' tanya Anis dalam bahasa isyarat.
"Keluar." kata Rayyan dalam bahasa isyarat tetapi tanpa senyuman. And tak ada ayat-ayat manis.. Dia ingin bergerak sekali lagi tetapi dipegang Anis sekali..
"Aduh, apa lagi?!" marah Rayyan pada Anis. Anis tersentak. Dia terkejut.
Tangan Anis laju melepaskan pegangan pada tangan Rayyan.. Dan ketika itu Rayyan tersedar.. Dia ingin memujuk namun tak sempat kerana Anis sudah bergerak masuk ke dalam bilik dan menguncinya..
Dia mengurut pelipisnya. Dia bergerak ke pintu bilik lalu mengetuk pintu.
"Sayang.." panggil Rayyan sambil mengetuk pintu tetapi tiada jawapannya. Lama dia berdiri tetapi hampa..
'Takpelah. Nanti aku pujuk dia balik..' Rayyan memujuk dirinya.. Dia bergerak keluar dari rumah itu..
***
Sorry lambat update..
Share this novel