Bab 22: Rancangan Nina

Romance Series 45849

"Aku terima nikahnya Nina Najwa binti Halim dengan mas kahwin sebanyak RM500 ringgit." tangan Rayyan digoncangkan oleh tok kadi.

Selepas disaksikan oleh dua orang saksi, maka sahlah mereka menjadi suami isteri. Nina di tepi kelihatan teruja sambil dipeluk kawannya. Walaupun begitu, wajah Rayyan tampak pucat dan letih. Dia juga bergunung rasa bersalahnya. Mereka menikah di pejabat kadi tanpa dihadiri oleh ahli keluarga. Anis pun tidak tahu tentang perkara ni.

Selesai sahaja akad nikah, terus Rayyan keluar dari pejabat dengan riak dingin. Nina yang cuba mengejarnya tidak dihiraukannya.

"Rayyan! Tunggulah I!" Tangan Rayyan dirangkul namun Rayyan merentapnya sampai Nina terjatuh ke tanah. Dia mendongak ke atas. Wajah Rayyan tegang.

"Aku dah kahwin dengan kau! Sekarang aku tak ada kena-mengena dengan kau lagi! Mana video tu?!" bentak Rayyan keras.

Nina tersenyum sinis. Dia bangun dan menyapu debu di punggungnya.

"Kan I dah cakap, video tu kawan I yang rakam. And dia tak ada di Malaysia. So you tak boleh ambil lagi video tu. Jadi.."

Nina mendekati Rayyan dan memeluk lehernya tetapi dengan sekali tolakan, dia terjatuh lagi. Kali ni lebih kuat.

"Kalau kau tipu aku, aku takkan teragak-agak nak bunuh kau! Dan kau ingat, kalau wife aku dapat tahu semua ni, nahas kau aku kerjakan!" ugut Rayyan.

Dia pantas pergi meninggalkan Nina yang masih tercengang dengan perilakunya. Sofea, kawan baik Nina yang menyaksikan kejadian itu dari jauh mula bergerak ke arah Nina. Dia memapah Nina bangun.

" Dia creepylah sekarang. Kau yakin boleh bertahan dengan dia sampai dia betul-betul cintakan kau. Aku tak yakin.." kata Sofea menyedarkan kawannya.

"Dia tak macam ni bila dengan aku dulu, Sofea. Dia lemah-lembut dengan perempuan. Tapi disebabkan perempuan bisu tak guna tu, dia berubah drastik!" luah Nina.

Mereka masuk ke dalam kereta. Sofea memegang stereng kereta. Gear digerakkan dan kereta itu berundur lalu keluar dari kawasan itu.

" Perempuan bisu tak guna yang kau cakap tu wife dia tau. Of courselah dia marah.. Kau perangkap dia untuk kahwin dengan kau. Dia dah marah sampai macamni sekali. Cuba bayangkan kalau dia dapat tahu yang kau tak rakam pun sebenarnya aksi panas korang tu.."

Nina telan air liur. Semestinya dia tak akan terselamat.

***

Rayyan memandu kereta dalam keadaan stres. Lebat air matanya mengalir. Matanya sudah sembap.

Dia berasa sangat bersalah kepada Anis walaupun gadis itu tidak mengetahui tentang pernikahan ini.
Baginya, dia ibarat pengkhianat. Cemburu buta terhadap isteri tetapi dia sendiri berbuat salah. Jujur dia rasa mahu cekik si Nina tu sampai mati! Berani-beraninya Nina memerangkapnya.

Dia sampai di rumah tepat pukul 5 petang. Dia keluar dari kereta dengan lemah-longlai dan menunduk ketika berjalan. Ketika dia membuka pintu, pintu dibuka terlebih dahulu.

Mata Rayyan dan Anis bertaut. Belum sempat Rayyan berkata apa-apa, Anis merangkul leher dan memeluknya dengan kerisauan amat sangat. Dia risau kerana Rayyan tidak balik semalaman.

Rayyan terkejut. Dari tenang menjadi gelabah semula. Air matanya kembali mengalir. Lalu dia membalas pelukan Anis sambil menangis di bahunya..

Anis meleraikan pelukan apabila bahunya bergetar. Dia memandang wajah Rayyan yang menunduk sambil mengesat air mata.

'Kenapa?' tanyanya pada Rayyan dalam bahasa isyarat.

Rayyan menggeleng menunduk sambil mengesat air matanya. Dia mendongak ke arah Anis dan tersenyum lemah.

Anis dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Segera dia meraih tangan Rayyan dan memandunya ke sofa.

Rayyan yang pada masa itu rasa stres sangat. Dia meletakkan kepalanya di riba Anis dan memejamkan mata. Cuba menghindari fikiran negatif.

Anis mengelus lembut rambut lebat keperangan Rayyan. Dia mengusap mata sembap Rayyan. Rayyan memandangnya.

Rayyan bangun dan menghadap Anis yang bersila di atas sofa. Mereka berdua bersila. Rayyan tanpa disangka memeluk Anis dengan menggeselkan wajahnya pada telinga Anis. Ania terkejut.

"Don't leave me.." bisik Rayyan pada Anis walaupun dia tahu gadis itu tidak boleh mendengar.

Anis pula bagaikan terasa deruan nafas di telinganya bagaikan Rayyan sedang menyampaikan sesuatu padanya.

***

Alan bersandar pada kerusi dan memicit batang hidungnya. Penat setelah lama menghadap laptop. Berpinar - pinar matanya.

Dia sudah penat untuk semua ni. Dia ingin sambung belajar memandangkan Anis dah berkahwin. Dulu, semasa Anis masih bujang, pernah dia tetapkan pada dirinya nak teman Anis.

Dia mula berfikir. Rayyan sudah menjadi suami Anis. Kenapa tidak dia serahkan jawatan ni padanya?
Alan mula mengambil phone dan berniat ingin menghubungi Rayyan tetapi tidak jadi kerana pintu dirempuh masuk oleh dua orang lelaki yang sangat dia kenal.

"Our Alan!!" jerit Fahrin tersenyum lebar. Di belakangnya adalah Affan. Sepupu Fahrin yang paling dingin dan menakutkan..

"Fahrin, kau hampir buat aku sakit jantung." dengus Alan lantas meletakkan kembali phonenya di atas mejanya.

Fahrin ketawa sementara Affan hanya menggelengkan kepala sambil meneliti fail yang tersusun di meja Alan.

"Rilekslah Alan. Aku main-main je."

"Yelah tu. Fan, kau bila balik dari Dubai?"

"Dua minggu lepas." jawabnya selamba sambil meneliti fail itu.

Alan yang mendengar lantas membeliakkan biji mata.

"Dua minggu lepas? Dan baru sekarang kau jumpa aku? Apa punya kawanlah kau ni.." sindir Alan.

Affan hanya menjeling sebelum matanya tertumpu pada satu gambar. Dia mengerutkan dahi. Siapa lelaki di sebelah Anis ni?

"Ni siapa, Alan?" tanya Affan dengan wajah seriusnya sambil menayangkan gambar Anis bersama Rayyan.

Alan memandang lantas dia menjawab,
"Suami Anis. Nama dia Rayyan."

"Anis dah kahwin?! Kenapa kau tak beritahu aku?" bentak Affan. Bukan dia cemburu, tapi apa-apa hal melibatkan Anis, dia kena doublecheck. Kalau misalnya Rayyan sengaja nak kenakan dia, macammana?

Alan dan Fahrin berpandangan sesama sendiri. Fahrin kemudian merampas gambar tersebut dan ditelitinya.

" Jadi, inilah Rayyan Fateh? Pemilik resort terkenal di Malaysia?" teka Fahrin yang telah duduk di kerusi.

Alan mengangguk.

"Hmm.. Not bad. Kacak jugak. Sesuai dengan Anis."

Affan memicit pelipis.

"Ini bukan soal kacak atau tidak, Rin. Kau pernah dengar desas-desus tentang dia tak? Dia playboy ni.. Macamana kalau dia curang belakang Anis?"

"Dulu. Sekarang dia dah berubahlah." potong Alan.

"Ye ke dah berubah? Kau tahu, haritu aku nampak dia di night club. Dia sedang minum seorang diri di bar. Masa tu ada seorang perempuan tengah goda dia." terang Fahrin.

Serta-merta Alan dan Affan menoleh ke arahnya.

"Dia buat apa?"

"Aku tengok perempuan tu main raba je dia. Dia biarkan je. Dari atas sampai bawah dia raba weyh! Kau tahu bahagian apa paling sensitif untuk lelaki kan?" tanya Fahrin sambil tersenyum - senyum.

Alan dan Affan berpandangan sesama sendiri. Kemudian dia memandang ke arah Fahrin pula.

" And then, dia angkat perempuan tu bawa keluar dari kelab malam. Aku tak siasatlah dia pergi mana lepas tu sebab aku pun tengah enjoy juga dengan lady ni. Terbaik body dia!!" kata Fahrin tanpa perasaan malu.

Mereka menjeling kearah Fahrin. Serta-merta, Alan menjadi risau.

" So kita nak buat apa sekarang? Kalau betullah Rayyan tu curang dengan Anis, kita tak boleh biarkan semua ni.. "

" Kalau aku dapatlah si Rayyan tu, memang aku patah-patahkan badan dia! Aku dah cakap dah, siasat dulu latar belakang semua orang! Korang tak endah apa aku cakap! " bentak Affan.

Alan dan Fahrin masing-masing terdiam.

***

Malam itu, Nina terbaring di atas katil. Dia melihat siling sambil tersenyum seorang diri. Akhirnya Rayyan menjadi miliknya juga. Dia tidak akan pernah lepaskan lelaki itu.. Tapi dia peliklah, apa yang cantik sangat Anis tu sampaikan Rayyan tak mudah dekat dengan perempuan sekarang ni?

"Kalau akulah jadi perempuan tu, aku akan sedar diri aku yang aku ni bukan sempurna. Dia tak layak untuk Rayyan!" dia bercakap seorang diri.

Tiba-tiba satu idea menjengah.. Dia mencapai phonenya dan menghantar satu mesej kepada Anis. Nombor gadis itu diambil semasa malam dia dan Rayyan tidur bersama.

Anis yang sedang mengulit Rayyan yang tidur segera mencapai phone apabila phonenya bergetar di atas meja. Dia membuka WhatsApp dan mengerut dahi tatkala ada satu ruangan chat asing di situ.

'Hi Anis.. I Nina. Kita boleh berkawan?'

Tapi Anis seorang positif. Dia tersenyum dan membalas chat itu.

'Boleh. Apa salahnya?'

Nina di dalam bilik tersenyum sinis. Anis belum tahu dia dan Nina sudah bermadu.

'I dapat nombor ni dari Rayyan. Rayyan abang I. Dia suruh I chat you memandangkan you kelihatan bersendirian.'

Sekarang barulah Anis faham. Nina itu 'adik' Rayyan. Tapi dia tidak tahu yang Nina menipu.

'Ouh, saya ingatkan siapa tadi.'

Nina menaikkan bola matanya ke atas. Perempuan bodoh macam dia memang senang ditipu.

'Tak bestlah chat dekat sini. Apa kata esok I datang rumah you? Kita boleh sembang panjang..' cadang Nina. Tujuan sebenarnya adalah dia nak jumpa Rayyan. Rayyan takkan halang dia kerana Nina tahu Rayyan cintakan Anis sangat - sangat. Dia boleh pecahkan rahsia tu bila-bila saja dia mahu.

Anis pula cukup gembira kerana masih ada orang yang mahu berkawan dengannya. Cepat-cepat dia membalasnya.

'Boleh! Tentulah boleh!'

'Okay, esok I datang. See you soon! Bye!'

Nina mencampak phone dan membalikkan matanya. Menyampah betul!

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience