Bab 15: Sweet..

Romance Series 45849

Anis mundar-mandir di dalam bilik di rumah agamnya. Kejap lagi pengantin lelaki akan sampai. Dia walaupun sudah dirias, masih gementar.
Kain baju pengantin yang dipakainya turut terbang mengikut di mana sahaja haluannya.

'Ya Allah, kenapa aku gementar sangat ni..' desisnya dalam hati.

Mungkin dia terlalu takut berhadapan dengan orang ramai. Kalau dia ada sesuatu nak dibicarakan pun, dia akan menyuruh Aqil atau Alan..

Tiba-tiba pintu diketuk. Anis memandang ke arah pintu. Terjengul kepala Aqil dari luar.

"Cik Anis dah siap? Kalau dah siap kita boleh turun.." kata Aqil dalam bahasa isyarat.

Omaigaadd! Anis masih gementar. Dia mencari alasan untuk berada di dalam bilik beberapa minit lagi.
Anis mengaut semua barangan kosmetik masuk ke dakapannya sambil menunjukkan ke arah Aqil. Aqil yang faham segera mengangguk.

"Kalau Cik Anis siap, panggil saya, okay?"

Anis mengangguk. Aqil pun keluar dan menutup pintu. Anis mengibas-ngibaskan mukanya yang menghangat sebentar tadi.

***

Rayyan masuk ke dalam kereta abangnya. Dia menumpang abangnya kerana satu destinasi. Dia malas memandu. Tak lama kemudian, abang iparnya, Aiman masuk ke dalam kereta. Kereta mereka bergerak laju menuju ke rumah Anis.

" Nervous, Rayyan?" tanya Aiman dalam kereta.

"Adalah sikit, bang." kata Rayyan.

"Biasalah. Kahwin. Abang dulu pun macamtu jugak masa nak kahwin dengan kakak kau. Nervous sampai sakit perut. Nasib baik kakak kau tolong tenangkan abang.." terang Aiman.

"Kahwin seronok tak, bang?" tanya Rayyan ingin tahu.

"Kahwin? Huishh! Seronoklah.. Ada orang teman. Boleh bermanja.." kata Aiman..

****

Pihak lelaki akhirnya sampai ke rumah agam. Anis yang dibawa turun sebentar tadi sedang bersimpuh sambil menunduk di atas alas. Rayyan ketika berjalan ke arah Tok Kadi, matanya masih melirik ke arah Anis..

Rayyan kini duduk di hadapan Anis menghadap Tok Kadi. Tangannya dipegang erat oleh Tok Kadi.

"Sedia?" tanya Tok Kadi..

Rayyan menarik nafas.

"Sedia." balasnya.

"Rayyan Fateh bin Hamid, aku nikahkan akan dikau dengan Anis Wana binti Dato'Arief dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai.."

Tangan dihayunkan..

"Aku terima nikahnya Anis Wana binti Dato'Arief dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai.." kata Rayyan.

"Bagaimana saksi, sah?" Tok Kadi memandang ke kiri dan kanannya.

"Sah.." kedengaran suara sipi-sipi namun jelas.. Tok Kadi mengucap alhamdulillah dan berdoa.. Rayyan ketika berdoa sempat lagi dia berpaling ke belakang memandang Anis. Anis juga memandangnya dan tersenyum..

Selepas itu, Rayyan bergerak ke arah Anis untuk upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum itu, dia sempat terpana dengan senyuman itu.

Anis tanpa melengah-lengahkan masa terus meraih tangan Rayyan dan menciumnya. Setelah kepalanya diangkat, Rayyan mencium dahinya pula.

Sesungguhnya perasaan Anis pada masa itu tidak boleh dihuraikan. Dia terlalu gembira dan sedih.. Sedih mungkin kerana dia sudah tidak bebas. Dan gembira kerana dapat seorang peneman hidupnya..

****

Anis menutup mata sambil berpaling menghadap pintu apabila Rayyan berada di hadapannya dengan hanya memakai tuala. Ceritanya begini, tadi Anis keluar kejap dari bilik sebab dia haus air manis. Rayyan pula telah naik ke atas mandi.

Anis masuklah ke dalam biliknya kerana dia ingatkan Rayyan dah siap mandi dan dah pakai baju. Sebab lama jugalah dia duduk bawah. Lepas minum air, tengok Spongebob Squarepants sekejap. Tetamu semua dah balik.

Anis pun masuklah ke biliknya. Tiba-tiba nampak Rayyan sedang duduk di birai katil, tilik phone dan masih bertuala di pinggangnya. Air rambutnya menitis.

Cepat-cepat Anis tutup mata dan berpaling ke arah pintu. Berdosanya mata dia tadi..

But wait! Why berdosa? Husband you kan? Omaigadd! Go Anis!

Anis menarik nafas dua tiga kali dan berpusing. Sebelah matanya ditutup dan berjalan ke arah Rayyan yang masih tidak perasan. Entah apa yang dia tengok dalam phone dia pun tak tahu.

Bahu Rayyan yang terdedah ditepuk. Rayyan tersedar dan terus mendongak melemparkan senyuman pada Anis. Anis sedikit hanyut..

"Eh, sayang nak apa?" Tanya Rayyan dalam bahasa isyarat.

'Kesat rambut tu.' kata Anis dalam bahasa isyarat..

"Tangan abang lenguhlah. Tolong kesatkan boleh?" pinta Rayyan.

Anis tergamam apabila Rayyan memeluk pinggangnya dan menyandarkan kepalanya di perut Anis. Erat bagai tidak mahu di lepas..

Anis tiada pilihan lain. Dia meletakkan tuala di kepala Rayyan perlahan-lahan lalu mengesat rambut suaminya. Lembut dan tidak kuat menyebabkan Rayyan tersenyum.

Selepas itu, Anis mengacukan pula pengering rambut ke rambut Rayyan. Berterbangan rambut itu.

Setelah siap, dia meletakkan pengering rambut di atas meja.. Dia menunduk memandang Rayyan yang masih memeluk pinggangnya. Manakala Rayyan, masih menunggu Anis menegurnya tapi tak ada pun..

Mereka melayan perasaan masing-masing. Tak lama kemudian, Rayyan bangun dan itu mengejutkan Anis.

Kini, Anis pula mendongak ke arah Rayyan. Rayyan menekap kedua-dua pipi Anis menyebabkan ia mengembung. Mata Anis membulat.

Rayyan mencium dahi Anis sekali lagi dan pantas memeluknya. Anis terkejut. Matanya membulat.

"Always remember that I love you.." bisik Rayyan di telinga Anis walaupun dia tahu gadis itu tidak boleh mendengar. Dan bagi Anis, dia dapat merasakan angin yang masuk ke dalam salur telinganya.

Pelukan dilepaskan. Rayyan sekali lagi menekap pipi Anis dan mencium habis seluruh muka Anis. Dahi, pipi, dagu..

Dia tersenyum dan mencubit pipi Anis lalu berlalu ke wardrobe dan memakai baju di dalam bilik air. Manakala Anis, mematung disitu. Dia terkejut. Memegang dada. Degupan bertambah kuat. Apakah perasaan ini?

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience