Bab 23: Seen

Romance Series 45849

Rayyan bangun dari tidur dan duduk dari katil. Dia menggeliat sepuas hati. Dia menggosok mata sembapnya yang gatal.

Dia bangun lalu melihat ke cermin. Arggh! Dah macam orang cina! Nasib handsome. Dia kemudian terus turun ke bawah untuk Anis. Semenjak peristiwa itu, dia semakin susah nak menjauh dari isterinya. Mungkin dia takut Anis meninggalkannya.

Di dapur, Anis turut membantu maidnya mennyiapkan makanan. Bukan main banyak.

"Cik Anis, siapa yang nak makan banyak-banyak ni?" tanya Melati.

Anis mengangkat kepala lalu membuat bahasa isyarat.

'Kawan saya. Kalau tak habis awak semua makanlah..'

"Cik Anis dapat kawan baru?! Wah! Satu pencapaian yang menarik. Itu maknanya masih ada lagi orang nak berkawan dengan Cik Anis."

"Kawan apa?" tiba-tiba Rayyan muncul dari belakang dan merangkul pinggang dan mencium pipi Anis.

"Cik Anis dapat kawan baru!"

"Really? Lelaki ke perempuan?" Rayyan sengaja.

Anis berpaling dan mencubit pipi Rayyan.

"Perempuan.." Anis membuat bahasa isyarat.

Barulah Rayyan lega. Dia mengikut Anis ke mana aje dia pergi. Anis naik hairan. Setelah siap kerja di dapur, Anis terus berehat di sofa. Rayyan pun duduk di sofa dan merangkul lengan Anis dan melentokkan kepalanya di bahu Anis. Jari Anis diraih lalu ditilik sebelum dicium berkali-kali.

Anis naik hairan. Namun tidak pula dia menolak. Dia pelik kenapa Rayyan terlebih manja hari ni?

Tiba-tiba Aqil datang dan menunduk hormat kepada Anis dan Rayyan. Anis mendongakkan kepala manakala Rayyan buat tak tahu.

"Cik Anis, ada orang nak jumpa. Dia kata dia kawan cik Anis. Tapi saya rasa curiga dengan dia. Sebabtu saya tanya Cik Anis dulu." terang Aqil.

Muka Anis terus berubah teruja. Dia bangun begitu sahaja meninggalkan Rayyan yang hampir terjatuh kerana hilang sokongan badan tadi. Dia terus bangun dan berjalan ke arah Anis untuk melihat siapa kawan baharu Anis.

Deng!!

Jantungnya berdegup laju apabila memandang wajah Nina yang dipeluk Anis melirik sinis ke arahnya. Wajahnya berubah pucat. Apa tujuan dia ke sini?

***

Fahrin menggunakan 'lady' nya untuk menyiasat tentang Rayyan. Plus enjoy sikit.

Leny yang berpakaian dress seksi paras peha itu duduk di atas riba Fahrin sambil mereka berciuman di kelab itu. Tangan nakal Fahrin perlahan - lahan mengusap peha wanita itu atas bawah sambil memejam mata. Leny memang pandai melayannya.

"Stop!" tegas Fahrin. Leny merengek.

"I datang sini bukan nak enjoy okay! I cuma nak tahu, you kenal tak Rayyan?"

Leny buat tak tahu je. Fahrin menaikkan bola mata ke atas.

"Okaylah, nanti kita check in hotel. You boleh cium I sepuas you.." kata Fahrin pasrah.

Wajah Leny tiba-tiba teruja.

"Betul ni? I boleh buat apa je?"

Fahrin mengangguk malas.

"Tapi you jawab soalan I dulu. You kenal tak Rayyan Fateh?"

"Kenal. Dia pelanggan tetap kelab ni. Tapi sekarang dia jarang datang. Tak tahu kenapa.."

'Memanglah dia jarang datang, dia dah ada isteri.' desis Fahrin dalam hati.

"Dia tiada girlfriend ke, mistress ke.." anggar Fahrin.

"Tak ada. Tapi you tahu tak, ada sorang pekerja dekat kelab malam ni yang obses sangat dengan Rayyan tu."

"Siapa?"

Leny melihat sekeliling sebelum membisikkan ke telinga Fahrin.

"Nina."

Fahrin memandang Leny. Mata mereka bertaut.

"Nina?"

Leny mengangguk.

***

Nina yang mengunyah makanan tidak boleh melarikan perhatiannya pada Rayyan di depan. Rayyan yang sedang pura-pura bergurau dengan Anis asyik berasa tidak selesa. Dan takut.

Tiba-tiba garfu dan sudu diletak dengan sedikit kuat. Rayyan dan Anis memandang ke arah Nina.

"Beruntungnya you dapat suami macam Rayyan.." Nina membuat bahasa isyarat.

Anis sedikit hairan. Macammana Nina tahu nama suaminya Rayyan?

'Rayyan?' tanya Anis.

Nina sedar bahwa dia terlanjur percakapan. Pantas dia cover.

"Kan you ada beritahu nama suami you semasa kita bercakap dalam phone?" sangkal Nina. Rayyan yang mendengar sudah tahu bahawa itu cuma penipuannya semata-mata.

Anis mengangguk meskipun dia tidak tahu bila dia beritahu Nina.

Di bawah meja, Nina menggeselkan kakinya di betis Rayyan. Rayyan yang sedang makan tersentak. Pantas dia melihat Nina dengan pandangan tajam. Nina pula mengenyit mata ke arahnya.

Farah yang secara senyap-senyap memerhatikan mereka dari dinding dapur mengecilkan mata melihat Rayyan dan Nina. Entah kenapa dia merasakan seolah-olah mereka saling kenal.

"Aya! Aya!" panggil Farah dengan nada berbisik. Belakang Aya yang tidur beralaskan lengan di meja ditepuknya kuat sambil mata terus memandang ke depan.

Aya yang terkejut lantas bangun dan menggosok matanya.

"Kenapa?" tanya Aya mamai.

"Tu, kau tengok tu!" Farah menunjukkan ke arah Nina dan Rayyan.

Aya bangun dan berdiri di belakang Farah di tepi dinding. Mata yang mamai tiba-tiba jadi segar-bugar apabila melihat Rayyan dan Nina.

"Aku rasakan diorang ni ada hubunganlah.." teka Farah.

"Memang diaorang ada hubungan pun.." kata Aya rileks.

"Hah? Macamana kau tahu?" tanya Farah dengan mata terbeliaknya.

Aya memandang jengkel kepada Rayyan.

"Lelaki memang tak cukup satu! Boleh dia curang dengan Cik Anis?! Tu kau tengok kaki minah tu buat apa dengan Tuan Rayyan?!" marah Aya dengan bisikan keras.

Farah melihat ke arah bawah meja. Dia menumbuk dinding apabila melihat Rayyan kelihatan steady ketika kaki Nina menggesel pehanya.

" Boleh diaorang buat macamtu? Aku nasib baik Tuan Rayyan tu suami Cik Anis, kalau suami aku memang dah lama aku celar kepala dia dalam mangkuk sup yang menggelegak. Biar mampuslah dia dalam tu!" Aya menyumpah seranah Rayyan.

"Dah tu, takkan kau nak biar Cik Anis kena tipu hidup-hidup?"

"Alah, rilekslah. Cik Anis ramai pengawal kut. Aku dengar Encik Affan dah balik. Confirm! Memang si Rayyan tu kena soal siasat nanti. Lagipun, Tuan Rayyan tu tak tahu dengan siapa dia cari fasal." herdik Aya.

***

Nina dan Anis duduk bergelak ketawa sama-sama di pinggir kolam renang. Bagaikan adik-beradik, mereka bermain-main di situ.

Tapi Anis tidak tahu, Nina punya rancangan datang ke sini. Tujuannya adalah Rayyan sahaja.

Tiba-tiba mereka dipanggil Rayyan yang mengajak mereka minum petang. Makanan dah tersedia di sebuah meja kecil di tepi kolam itu.

Rayyan bergerak ke arah mereka berdua. dia bergerak ke arah Nina. Nina menyangka Rayyan hendak menyapanya tetapi hampa kerana Rayyan berjalan melintasinya begitu sahaja lalu bergerak ke arah Anis dan mendukungnya dengan mesra. Anis pula kelihatan sangat gembira.

Sungguh dalam hati Nina kini bagai sebuah gunung berapi yang menunggu masa sahaja untuk meletup. Dia tidak betah memandang pasangan dua sejoli itu lama-lama. Terus dia bergerak ke meja dengan pantas.

Nina memperhatikan gelagat Anis dan Rayyan yang mengambil masa begitu lama untuk ke meja makan. Rayyan terlebih dahulu memanjakan isterinya dengan mendukungnya sambil berpusing dan Anis merangkul lehernya dengan kuat. Dia mengaku, gadis itu kelihatan sangat menawan walaupun mengalami kecacatan fizikal.

Rayyan mendudukkan Anis di kerusi dengan teliti. Dia mencium tepi kepala Anis dan duduk di tepinya sambil tersenyum sinis ke arah Nina. Nina mengetap gigi.

Mereka juga berborak dengan santai sekali. Tetapi setiap kali Nina mahu menyapa Rayyan, lelaki itu seolah-olah membuat dirinya tidak wujud di situ.

"So, dah lama rasanya you duduk dekat sini, tak nak balik ke?" sindir Rayyan sambil menyuap donut ke mulutnya. Anis hanya memandang kerana fikirnya Rayyan sedang berbual dengan Nina kerana muka masing-masing tidak keruh jadi dia tidak curiga.

"I tak rasa nak balik lagi because my husband ada dekat sini.." Nina memulangkan balik paku keras pada Rayyan sampai Rayyan berubah riak. Nina bebas berbicara apapun kerana Anis tidak boleh mendengar.

Dia tersenyum balik.

"Tak malu ke duduk rumah orang lama-lama? You tu orang asing je.." sindir Rayyan.

Tiba-tiba turun setitis demi setitis air hujan. Mereka melihat. Nina tersenyum sinis sambil memandang Rayyan yang berwajah kelat.

"Oh my! Dah hujan. I nak balik macamana ni?" sengaja dia tanya pada Anis yang terkebil-kebil.

Anis memandang Rayyan yang sedikit menggelabah. Kenapa dia yang menggelabah tapi bukan Nina?

"Awak boleh tidur dekat sini.." Anis berbicara dengan bahasa isyarat.

Terbeliak mata Rayyan. Dia menarik tangan Anis lalu menggelengkan kepala.

"Really! Oh terima kasih! Youlah kawan baik I!" kata Nina teruja dengan bahasa isyaratnya sambil memeluk Anis. Dia menggigit bibir memandang Rayyan di belakang. Rayyan menelan air liur. Inilah kelemahannya.. Wanita.

***

Affan meraup wajah. Mukanya memerah.

" Jantan tu memang tak guna betullah! " marah Affan sambil melempar beberapa keping gambar yang menunjukkan Rayyan sedang berciuman dengan wanita yang berlainan.

Alan dan Fahrin hanya menghela nafas.

"Aku dapat gambar ni dari lady aku. Perempuan yang korang nampak dalam tu adalah pelayan di kelab malam tu. Dia kata, Rayyan memang selalu sangat datang ke situ sebelum dia kahwin." terang Fahrin.

"Jadi dia dah kahwin sekarang ni. Mesti dia dah tak jejak kaki dah kesitu kan?"

"Kau faham tak apa yang Fahrin cakap hari tu? Rayyan sampai bawak betina tu check in hotel Alan! Kau tak fikir ke macammana perasaan Anis bila dia tahu?!" Affan menengking.

Alan dan Fahrin hanya memekakkan telinga. Affan ni cuma tahu menengking je! Lama-lama boleh rosak gegendang telinga diorang dibuatnya.

" Lady aku cakap ada seorang pelayan ni obses gila dengan Rayyan.. "

Alan dan Affan memandang ke arahnya.

"obses?" tanya mereka serentak.

Fahrin mengangguk.

"Nama dia Nina. Dan dialah orang yang Rayyan bawak check in tu."

"Kau boleh kesan mana dia tinggal?" tanya Affan garang.

Fahrin menggeleng.

"Dia cakap Nina dah kahwin. Baru je."

"Bermakna dia curang dengan suami dia."

"No!" Fahrin menggeleng kepala.

"Kenapa pulak?" tanya Alan.

"Suami dia tu... Rayyan."

Flashback..

"Nina?"

"Nina kata dia satu universiti dengan Rayyan dulu. Sampai akhirnya mereka berpisah kerana Rayyan curang. Dia menyesal lepas tu and cuba cari Rayyan sampai jumpa. Dia beritahu I Rayyan tak macam dulu sejak dia kahwin.
Sehinggalah satu masa tu dia perangkap Rayyan dengan ubat perangsang. Dan, you tahu apa yang terjadi kan? Nina ugut kalau Rayyan tak nak bertanggungjawab, dia akan beritahu semuanya pada isteri Rayyan. "

Flashback end..

" Dia madukan Anis?! " tengking Affan.

" Hoi, bisinglah kau! Cakap slow slow dahlah! Nak memekak je tahu.. " kata Alan.

" Macamana aku nak cakap slow, Rayyan tu dah madukan Anis. Ni kalau Anis tahu ni, kita nak jawab apa dekat Pak Cik Arif?"

"Makin kuat pulak suara dia.." gumam Alan.

****

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience