Setelah dua hari Anis dibawa berubat dengan seorang ustaz oleh Rayyan, keadaannya pun kian membaik. Rayyan menarik nafas lega kerana isterinya tidak lagi seperti dulu.
Bahu Anis dipaut sambil berjalan di sekitar Alamanda. Pinggang Rayyan pula dirangkul kemas oleh Anis yang sedang seronok menikmati aiskrim yang dibeli oleh Rayyan. Pengunjung-pengunjung yang agak ramai membuatkan keadaan menjadi sedikit bising namun tidak menganggu mereka yang sedang bersuka-ria dan berbual sambil berjalan - jalan.
"Sayang suka tak aiskrim tu? Nak lagi?" tanya Rayyan dengan senyuman mekar di bibir.
Anis menggelengkan kepala. Bibir dikemam membuatkan pipinya bertambah gemuk. Rayyan mencubit pipi isterinya itu. Isterinya kebelakangan ini agak ceria walaupun..kembali menjadi seperti dulu.
Selepas sihat, Anis memang tidak bercakap. Ini membuatkan Rayyan terasa bagaikan seperti ketika Anis bisu dulu. Tetapi Rayyan tidak kisah. Dia akan cuba berusaha untuk membahagiakan Anis sebagai ganti kerana dia asyik membuat Anis marah dan menangis semasa awal perkahwinan mereka dulu.
Rayyan tersedar apabila dia terasa ada tarikan di lengan bajunya. Pantas dia menoleh ke arah Anis.
"Ya, sayang nak apa?"
Anis menunjuk ke arah depannya. Rayyan yang tersenyum terus berubah wajahnya apabila melihat Nina.
Nina dengam wajah kekoknya hanya tersenyum paksa.
"Hai Rayyan. Hai Anis.."
Rayyan memaut bahu Anis yang berada di tepinya. Mereka bertiga termasuk Nina sedang berada di sebuah restoran masakan cina di kompleks tersebut.
Anis dapat merasakan aura tegang dari Rayyan. Lelaki itu bagaikan tidak mahu dia disakiti dan sentiasa ingin dekat dengannya.
"Stay with me.." bisik Rayyan di telinga Anis. Anis hanya mendiamkan diri sambil merenung wajah suaminya.
"Ehem.." Nina membetulkan peti suara setelah menyesuaikan kedudukannya di situ. Dia kini sedang berhadapan dengan Rayyan dan Anis. Dia rasa bertanggungjawab untuk memberitahu segala kelakuan Lia pada pasangan suami isteri itu. Walaupun Lia kawan baiknya namun Rayyan dan Anis keutamaannya.
"Actually, I ada sesuatu nak beritahu dengan you berdua.." kata Nina.
Nina memandang wajah Anis. Gadis itu sedang melihatnya.
"Apa dia?"
Lia menggigit kukunya sambil melihat phone. Wajahnya gelisah tidak tentu. Puas pintu biliknya diketuk oleh ibunya namun dia tidak mahu keluar.
"Lia! Kamu dah kenapa? Sejak pulang dari KL hari tu berkurung je kamu dalam bilik ni! Apa nak jadi dengan kamu ni?!" marah ibunya dari luar bilik.
Lia berdecit. Susah sungguh dia ingin mendapat ketenangan di sini. Dia datang cuma mahu menunggu masa untuk Rayyan datang meminangnya. Kata Encik Hamid, setelah rancangan mereka berhasil, dia akan meminang Lia untuk Rayyan. Tetapi sampai sekarang belum lagi ada tanda Rayyan akan datang. Jangankan Rayyan, khabar tentangnya pun tidak ada. Sudah dua minggu dia berkurung di sini.
"Lia!!!!"
Lia merungut kuat saat ibunya mula memekik. Dia turun dari katil lalu membuka pintu dengan kasar.
"Mak ni dah kenapa bising-bising ni?! Orang nak tidurlah!!" tengking Lia.
"Tidur apa?! Dah nak petang tidur lagi?! Kau ni memang buat malu betullah Lia! Anak orang lain waktu - waktu ni tolong mak diaorang dekat buat kerja rumah. Bukan time ni je, dari pagi tadi! Tu, anak Che Som tu, dari pagi sampai ke petang tolong mak dia! Kamu! Ada tolong aku buat kerja rumah dua minggu ni?! Takde! " bebel ibu Lia.
" Tulah mak, selalu sangat banding orang dengan anak orang lain! Apa kata, mak suruh anak Che Som tolong mak buat kerja pulak?! " tempelak Lia lalu menutup pintu dengan kuat. Mulalah dengar suara pekikan dari luar.
" Lia!!!! "
Rayyan sedang membasuh pinggan di dapur apabila terasa seperti sesuatu memeluk pinggangnya dari belakang. Dia tersenyum kerana dia tahu Anis yang memeluknya. Rumah baharu mereka cuma ada Anis dan Rayyan sahaja.
"Nak apa sayang? Orang nak basuh pinggan ni.." kata Rayyan dengan lembut.
Terasa geselan di bahagian belakang badannya. Rayyan tersenyum lebar. Diberhentikan dulu kerja nya lalu membasuh tangan yang penuh dengan buih. Selepas mengelap tangan dengan kain, dia memusingkan badannya lalu memegang kedua-dua pipi Anis.
Sorry, author buat sikit je untuk sekarang. Author baru pulih dari covid, so ambil masa untuk rehat..
Share this novel