Bab 42 : Cinta Hati

Romance Series 45849

Rayyan dan Nina keluar dari pejabat. Mereka baru selesai bercerai.

Rayyan dan Nina berhadapan. Nina tersenyum tawar.

"So, I harap lepas ni, takde lagi kesalahfahaman antara kita. Dan, I tak nak ada apa-apa ikatan dengan you lagi. You faham?" tanya Rayyan lebih kepada memerli.

Nina tersenyum tawar. Dia mengangguk faham. Dia sudahpun menjelaskan yang dia tidak mengandungkan anak Rayyan sedikitpun dan tidak ada penghuni pun di dalam rahimnya. Dia sempat meminta maaf kepada Rayyan.

" I harap, you dengan Anis bahagia untuk selamanya. And, I juga harap kita..tak putus kawan?" kata Nina.

Rayyan terdiam sebentar sebelum mengangguk perlahan. Nina mula tersenyum lebar lalu mempamitkan diri. Kini tinggalah Rayyan seorang diri di situ.

Dia masuk ke dalam kereta. Dia bersandar sekejap. Fasal penceraian ini, Rayyan berasa Anis tidak patut tahu. Biarlah menjadi rahsia..

Sekarang, satu beban di kepala sudah selesai. Dia menarik nafas lega. Duduk di sini, teringat pula pada isterinya di rumah. Senyuman Rayyan terus melebar apabila teringatkan isterinya. Dia terus start enjin lalu menekan gear dan pulang ke rumah.

Di rumah,

Anis baru selesai membasuh pinggan di sinki. Mereka sudah berpindah ke rumah baharu mereka dan semestinya mengemas merupakan hal utama. Nasib baik Rayyan membantunya semalam.

Ting Tong!

Anis berhenti sebentar sebelum menjenguk kepala ke ruang tamu. Dia berpaling lalu mengelap tangannya menggunakan kain pengelap sapu tangan yang tergantung di dinding lalu membuka pintu.

"Ya, nak cari siap--" dia tercengang seketika.

Lelaki itu tersenyum manis pada Anis. Anis pula sudah mahu pengsan di situ. Dia tidak tahu kenapa dia terpesona pada lelaki itu.

"Assalamualaikum Anis! Sorry tak beritahu. Ingat nak buat surprise.." Fariz Iskandar terus memberikan satu kotak kek cawan yang dibelinya kepada adik iparnya itu atas tujuan untuk meraikan perkahwinan adiknya. Dia tidak dapat hadir kerana punya urusan di luar negara.

Anis terketar-ketar menerima pemberian kek itu. Dia menundukkan pandangannya lantaran takut tidak dapat menahan hawa nafsu.

Fariz Iskandar mula berasa aneh melihat adik iparnya yang sudah merah mukanya itu. Disangkanya Anis sakit.

"Hey, kenapa ni? Sakit ke?" Fariz terus sahaja melabuhkan tangan ke dahi Anis. Anis yang merasakan tangan itu terus sahaja menepis lalu mengundur ke belakang sambil menunduk. Riak wajahnya sangat cemas.

"Pergi! Pergi!" jerit Anis dengan kuat lalu berlari ingin naik ke atas namun dia pengsan sebelum sempat mendaki tangga.

"Sayang! Sayang!" Anis tersedar dari pengsan apabila terasa tangan menepuk lembut pipinya. Pandangan bertukar jelas mempersembahkan wajah suaminya. Terus sahaja dia bangun memeluk suaminya itu.

"Awak.." meledak tangisan Anis saat memeluk Rayyan. Rayyan yang terkejut juga mengeratkan pelukan pada isterinya.

"Awak kenapa?" tanya Rayyan.

"Dia... Dia.." Anis menangis memikirkan hal tadi. Tapi dia juga tercari-cari lelaki itu. Ke mana dia pergi?

Rayyan menenangkan isterinya. Balik tadi, dia terkejut melihat kereta abangnya berada di perkarangan rumah. Lantaran teringat janji yang dia bikin dan cara pandangan Anis pada Fariz Iskandar, terus sahaja dia berlari masuk ke dalam rumah.

Masuk ke dalam rumah, dia terkejut melihat isterinya pengsan di lantai dengan hidung yang berdarah dan abangnya yang mencangkung di tepi isterinya sambil melihat Rayyan.

"Rayyan, biar abang jelaskan--" belum pun sempat Fariz Iskandar menjelaskan, dia ditarik berdiri oleh Rayyan lalu ditumbuk dengan kuat sehingga tersungkur ke lantai.

Fariz Iskandar tersentak. Dia memandang adiknya. Wajah bengis itu sangat menakutkan.

"Kau buat apa dengan isteri aku?!" jerkah Rayyan lalu bergegas ke arah Anis. Diangkatnya Anis lalu dicempung ke arah sofa. First aid diambil lalu diletakkan di atas meja.

"Tak, dengar dulu! Tadi Anis pengsan. Abang tak tahu kenapa, dia nampak takut tengok abang then abang tanya dia sakit atau tak, abang sentuh dahi dia lepastu--"

"Kau sentuh isteri aku?! Siapa benarkan?!" bentak Rayyan yang menoleh ke belakang. Fariz Iskandar tersentak.

"Ab-Abang nak pastikan dia okay atau tak.." kata Fariz Iskandar cuba membetulkan keadaan.

"Keluar sekarang!!" jerkah Rayyan.

Fariz Iskandar tercengang. Namun, melihatkan wajah bengis adik bongsunya, dia terpaksa akur. Dia keluar dari rumah itu dengan perasaan hampa dan sedih..

Rayyan mengesat kesan airmata di pipi Anis dengan kedua ibu jarinya. Anis cuma diam dan kelihatan murung.

"Sayang, kenapa jadi macamni? Saya risau.. Cuba awak cerita. Abang Riz ke yang buat awak jadi macamni?"

Mendengar nama 'Abang Riz' itu, Anis menekup telinga. Entah kenapa dia cukup membenci dirinya yang terangsang dengan mendengar nama itu..

"Jangan sebut nama dia lagi!" kata Anis dengan suara yang tegas sambil menekup telinga.

"Kenapa? Semua ni sebab dialah kan?"

"Tak faham ke?! Jangan sebut nama dia!!!" tengking Anis sebelum memeluk erat tubuh Rayyan. Rayyan tersentak.

"Saya cuma cintakan awak! Tak ada orang lain! Please jangan tinggalkan saya, okay?!" kata Anis dengan wajah ketakutan dan suara yang tegas seperti orang hilang kewarasan.

Rayyan memandang aneh isterinya di balik bahunya. Apa yang telah terjadi?

"Anis awak kenapa? Tak sihat ke?"

"No! Saya sihat!" kata Anis sambil memeluk ketat tubuh Rayyan sehingga Rayyan merasakan sesak nafas.

"Sayang.. Awak peluk.. Kuat sangat.."

Anis seakan tersedar lalu melepaskan pelukan. Rayyan terbatuk-batuk..

"Sorry sayang. Err. Awak nak makan? Saya dah masak. Jom! Tapi.. Argghhh buang kek cawan tu!" teriak Anis tergesa-gesa seperti orang gila lalu berlalu dari situ sendirian. Rayyan ditinggalkan dengan perasaan pelik di situ.

Malam itu, Anis memang tidak mahu lepas dari pelukan Rayyan. Ke mana sahaja Rayyan pergi, dia mesti ikut. Sehinggakan di atas katil juga, Anis sentiasa mahu dipeluk oleh Rayyan.

Tetapi, Rayyan merasakan isterinya sangat pelik. Anis menggigil dalam pelukannya dan seringkali menggigit kuku sambil termenung ke arah jendela dalam pelukannya. Bila ditanya, Anis cuma diam..

Rayyan mengeluh perlahan.

"Sayang, awak okay?" entah ke berapa kalinya dia menanyakan hal itu namun apa yang didapatnya cuma gelengan beserta muka cemas.

Bagi Anis pula, setiap minit, jam dan saat, otaknya tidak boleh lari dari memikirkan Fariz Iskandar. Memikirkannya membuatkan badannya terasa panas. Apa yang telah terjadi padanya? Mungkinkah dia telah jatuh cinta? Tetapi dia sudah punya suami. Cintanya pada Rayyan Fateh menebal tetapi kenapa, melihat wajah Fariz Izkandar membuatkan nafsunya bergelora?

Anis menggelengkan kepalanya dalam pelukan Rayyan yang sudah tidur. Tidak! Dia tidak boleh terua begini. Dia harus menetapkan keputusan. Dia tidak boleh berjumpa dengan Fariz Iskandar. Dia takut akan membuat sesuatu yang tidak senonoh.

Dan berada di sisi Rayyan membuatnya selesa. Dia yakin, cintanya pada Rayyan sudah tepu dan tidak boleh diisi dengan wajah orang lain. Rayyan cinta hatinya. Dia akan cuba sedaya upaya supaya tidak tertewas dengan godaan syaitan itu.

'Maafkan saya, awak.'

Sorry lambat update..

Share this novel

norsila
2022-01-30 23:40:00 

laaaa ingat dio bomohkn lakinya...ruponya anis..aduh..harap anis perasan dn gi brubat dn rncangan ppuan jahat tu gagal...huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience