Selesai mandi, Anis berlari turun dari tangga ke dapur sambil menyanyi. Dia mengeluarkan sebungkus roti dan jem di atas meja. Dia pun menyalut roti itu dengan jem.
Sedang asyik menyanyi kecil sambil menyapu roti dengan jem, dia terasa dirinya diperhatikan. Dia memandang ke ruang tamu.
Benar! Rayyan sedang berdiri di hadapan tangga sambil melihatnya dengan sebelah keningnya diangkat. Lelaki itu berpakaian korporat semestinya ingin ke pejabat. Anis berasa sebal. Terus hilang selera makannya.
Dia mengangkat kaki ingin naik ke atas semula. Setelah melintasi Rayyan, tangannya ditarik ke belakang. Anis terundur sedikit. Dia memandang tangannya dan memandang Rayyan.
"Apa?" tanya Anis dingin.
"Tak elok buat macamtu dengan suami." tegur Rayyan tanpa senyuman.
Anis tersenyum sinis. Kau buat hal takpe pulak..
" Saya tak buat apa-apa.." kata Anis berpura-pura polos.
Rayyan membalikkan seluruh tubuhnya pada Anis. Mereka kini bertentangan.
"Really? Awak tak bercakap dengan saya, tak siapkan pakaian saya, cakap dingin dengan saya, itu awak kata awak tak buat apa-apa?" perli Rayyan.
"Kenapa tak suruh Lia buat? Awak nak kahwin dengan dia kan?" Anis memulangkan semula perlian itu.
Rayyan semakin panas. Bercakap dengan Anis memerlukan kesabaran yang tinggi. Dia meletakkan briefcasenya ke atas sofa. Dia memandang Anis semula.
Jari dituding ke atas dada Anis lalu ditekan-tekan. Anis membulatkan matanya.
"You.are.my.wife! Not Lia. So please behave with me!" tegur Rayyan dengan suara tegas. Dia mencapai briefcasenya lalu bergerak ke pintu keluar. Namun dia berhenti seketika.
"Really? You yang mulakan dulu, you nak lari?! Come on Rayyan, bukan salah saya! Awak yang mulakan dulu!" jerit Anis.
"Habistu awak nak saya buat macammana?!" Anis terkejut kerana Rayyan laju berpaling ke belakang lalu berjalan ke arahnya dengan wajah bengis.
"Saya buat semua ni sebab awak! Saya nak Lia dengan Abah rasa apa yang awak rasa! Awak ingat saya sengaja buat semua ni?!"
Anis tercengang sebelum berundur ke belakang. Rayyan meraup wajahnya kasar.
"Bo-boleh je awak maafkan diaorang macam saya--"
"Maaf! Maaf! Maaf! Saya bukan baik macam awak, Anis.." bidas Rayyan.
Anis memegang tangan Rayyan. Matanya memandang mata Rayyan.
"Saya tahu awak buat semua ni untuk saya. Tapi fikirkan akibatnya Rayyan. Mungkin hari pertama awak jalankan rancangan ni, tiada rasa apa-apa, but, mustahil Rayyan! Mustahil awak hati batu.. Saya nasihat sebab saya sayangkan awak, cintakan awak! Ki-kita boleh je buat laporan polis atau dedahkan apa yang mereka lakukan.. " pujuk Anis.
Rayyan terdiam sebentar. Mereka saling memandang antara satu sama lain sebelum...
"Anis betul, Rayyan.."
Mereka memandang ke pintu rumah mereka. Masing-masing Anis dan Rayyan terkejut kerana Fariz Iskandar datang ke rumah mereka. Malahan bukan itu sahaja, lelaki itu membawa seorang wanita yang mereka kenali..
"Nina?!" Rayyan dan Anis menjerit bersama..
Nina dan Fariz Iskandar hanya tersenyum antara satu sama lain sebelum memandang mereka.
****
Rayyan dan Anis sampai di rumah Encik Hamid dengan menaiki kereta. Bahkan, bukan mereka sahaja, tetapi Fariz Iskandar dan Nina juga mengikuti mereka dari belakang.
Mereka keluar dari kereta. Dari dalam sudah terdengar bunyi riuh kanak-kanak. Semestinya anak saudara mereka.
"Yeay! Pak su dan maksu datang! Yeay! Yeay!" jerit Aiman dan Mia di pintu rumah. Mereka terus menerpa ke arah Rayyan dan Anis. Rayyan mendukung Aiman, manakala Anis mendukung Mia..
"Dah gemuk dah Mia ni.." gurau Anis sambil mencubit pipi Mia. Mia merengek manja membuatkan mereka ketawa.
"Eh jap!" Aiman terus meminta untuk turun dari rangkulan Paksunya apabila dia terpandangkan seseorang.
"Uncle Riz!!!" jerit mereka berdua. Mia juga turut turun dan berebutlah mereka berdua untuk didukung oleh Fariz Iskandar. Nina di sebelah hanya tersenyum melihat mereka.
"Besar dah!" kata Fariz Iskandar.
"Uncle, kakak tepi tu siapa?" tanya Mia..
Fariz Iskandar memandang Nina sekilas lalu memandang pula anak-anak saudaranya.
Rayyan dan Anis membiarkan sahaja abang mereka berbual dengan anak-anak saudara mereka di situ sementara mereka pula bergerak menuju ke dalam rumah..
" Assalamualaikum.." sapa Anis dan Rayyan.
"Waalaikumussalam.. Rayyan! Anis! Bila sampai?" tanya Hamidah yang baru keluar dari dapur.. Anis menyalami tangan Hamidah selepas Rayyan.
"Baru je.. Tapi bukan berdua tau. Tu, Abang Riz balik jugak.." kata Rayyan sambil menuding ke arah Fariz Iskandar dan Nina yang sudah bergerak ke pintu rumah.
Hamidah mula gembira tetapi tiba-tiba wajahnya berkerut. Siapa pulak gadis yang dibawanya itu?
"Assalamualaikum.. Kak.." panggil Fariz Iskandar. Di tepinya terdapat Mia dan Aiman. Nina pula ikut berjalan di belakang.
"Waalaikumussalam.."
Fariz Iskandar menyalami kakaknya. Nina juga mengikutinya. Ketika Nina menyalami Hamidah, Hamidah terpegun melihat sifat sopan - santun pada gadis itu.
"Kak, saya pinjam Nina jap kak.. Nak bawak masuk dapur. Jumpa Kak Wardah.." pinta Anis sopan. Aiman dan Mia pula telahpun disuruh Hamidah supaya jangan menyibuk di situ. Lantas mereka naik ke atas.
"Haa, er.. Yalah. Pergilah." kata Hamidah memberi keizinan.
Anis tersenyum manis lalu menarik tangan Nina memasuki dapur..
Hamidah tersenyum ke arah Nina tetapi apabila Nina menghilang ke dalam dapur, wajahnya bertukar geram. Lantas bahu Fariz Iskandar dipukulnya.
" Aduh kak! Sakitlah!" rungut Fariz Iskandar dengan muka berkerut. Rayyan cuma membuat muka toya sambil bermain phone..
"Tahu pun sakit! Tu, yang kau pandai-pandai bawak anak dara orang balik rumah dah kenapa?! Nak buat malu keluarga?!" marah Hamidah dengan nada berbisik keras.
"Aduh, orang dah mintak kebenaran dah dari parents dia.. Ni, orang datang bawak dia ke sini, sebab orang nak minta izin.."
"Izin apa?!" marah Hamidah dengan mata bulat.
"Orang nak kahwin dengan dia.."
Sorry, author buat ikut hati je..
Share this novel
laaaa nin