Bab 39: Nangis

Romance Series 45849

"Hospital. Tapi bukan yang macam Tanjung Rambutan tu! Dia dirawat secara khas." jelas Rayyan lalu bangun dan duduk bersila di hadapan Anis.

Anis cuma mengangguk faham sambil membuat mulut 'o'. Rayyan hanya ketawa kecil melihat Anis. Isterinya kebelakangan ini sangat mudah memahami.

" Awak.. " panggil Rayyan meleret sambil meraih tangan Anis. Anis memandangnya.

"Hmmm?" tanya Anis.

"Nanti kita jumpa ibu ea? Saya rindulah dekat dia.." rengek Rayyan.

Anis ketawa kecil sebelum mengangguk. Rayyan mula melebar senyumannya. Dia memeluk Anis dengan erat seperti tidak mahu lepas.

"Sakitlah awak!" jerit Anis manja dengan keadaan tertawa ketika Rayyan memeluk erat lehernya.

"No one cares!" kata Rayyan sebelum menyembamkan mukanya di leher Anis. Di bilik itu hanya penuh dengan hilai tawa mereka.

"Assalamualaikum.." kata Rayyan sebelum memasuki sebuah bilik di sebuah hospital yang merawat ibunya. Anis hanya mengikutinya dari belakang sambil melilau matanya memandang sekeliling bilik itu.

Anis menelan air liur apabila melihat seorang wanita yang comot mukanya sedang memakan roti berinti coklat di tepi dinding. Kelihatannya seperti orang yang tak cukup makan.

"Laa, kenapa ibu makan dekat lantai ni? Katil kan ada..Nurse!" panggil Rayyan dengan nada tegas.

Anis hanya melihat sahaja Rayyan memimpin ibunya yang sudah gembira melihat Rayyan di sini. Ditarik - tariknya baju Rayyan sambil menawarkan roti yang sudah separuh padanya.

" Takpelah. Ibu makanlah.. "

Rayyan memandang Anis. Wanita itu kelihatan seperti tidak selesa. Dia cuma tersenyum pada Anis. Dia tahu, bukan mudah seseorang untuk menerima ibunya seperti ini.

Pintu dibuka. Kelihatan nurse bertag nama Suraya datang.

"Ada apa Encik Rayyan?" tanya nurse itu.

"Kenapa ibu saya makan dekat atas lantai? Awak semua tak tengok ke? Ni, dah comot dah muka ibu saya! Macamana awak semua buat kerja hah?! Saya upah awak semua, beri wad VIP untuk ibu saya, suruh jaga ibu saya tetapi awak buat macamni!!"

Berombak dada Rayyan. Nurse itu hanya menunduk sambil gementar. Dia sebenarnya baru ditukarkan ke sini. Jadi dia tidak tahu.

" Maafkan saya, encik. Saya masih baru di sini. Saya tak tahu.. " kata Nurse itu sambil menunduk.

" Kalau macamtu, panggil nurse yang lain! Biar saya tanya dia!" marah Rayyan sambil berura-rura hendak pergi keluar namun sempat ditahan Anis.

Anis memandang nurse itu dengan wajah manis.

" Terima kasih banyak-banyak sebab sudi masuk walaupun awak masih baru. Suami saya memang macamni. Dia baru datang bulan. Eh? Tak! Dia ada masalah sikit tadi.." kata Anis ketika dia melihat aura marah pada mata lelaki itu.

"Pergilah! Tunggu apa lagi?!" sergah Rayyan membuatkan nurse itu keluar tergesa-gesa.

Anis berdecit sambil mengeluh melihat suaminya.

"Awak ni kan?! Dari sekolah menengah sampailah sekarang, baran tu tak pernah nak hilang! Cubalah bersabar sikit! Huh!" rengus Anis. Rayyan cuma mendiamkan diri. Dia hanya baik dengan Anis tetapi dengan orang lain, dia main sergah je..

Anis melihat ke arah ibu mertuanya yang masih memakan roti itu. Dia memberanikan diri untuk berjumpa dengannya.

" Eh sayang! Jangan lagi. Ibu kalau dia tak kenal orang, dia akan pukul orang itu." jelas Rayyan dengan wajah bimbang.

Anis cuma tersenyum. Dia hanya menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Dia menoleh ke arah ibu mertuanya. Wanita itu memandangnya.

Anis duduk di birai katil tepi ibu mertuanya. Nama ibu mertuanya ialah Roziah. Dia hilang kewarasan beberapa minggu selepas melahirkan Rayyan akibat stress melampau.

Roziah menjadi takut. Dia mengundurkan diri daripada mendekat dengan Anis. Matanya memandang Rayyan dengan pandangan mengharap.

"K-kau siapa?!" bentak Roziah takut-takut. Namun Anis hanya tersenyum. Tangan Roziah ditarik dan diletakkan di pipinya walaupun wanita itu menarik tangannya kembali. Rayyan yang di belakang hanya menutup mata kerana takut jika apa-apa terjadi.

"Ibu.. Saya Anis." kata Anis lembut.

Roziah tergamam. Tangannya masih berada di pipi Anis. Tapi tidak pula dia alihkan.

"Anis?" tanya Roziah kembali. Anis mengangguk tersenyum.

"Saya isteri Rayyan." kata Anis lagi. Roziah memandang Rayyan dan seterusnya Anis.

"Anis.. Rayyan? Isteri?" tanya Roziah. Rayyan menurunkan tangannya dari matanya lalu mendekatkan diri dengan Anis. Bahu Anis dipegangnya.

"Ya, ibu! Ini isteri Rayyan. Menantu ibu.." kata Rayyan sopan.

Roziah tergamam beberapa saat sebelum dia senyum menampakkan giginya.

"Menantu.. Anak ibu.." kata Roziah sambil ketawa gembira melihat Anis.

"Ibu ada anak perempuan.. Menantu ibu.. Anis yang cantik.." kata Roziah sambil ketawa gembira dan mengelus rambut Anis dengan perlahan.

Tiba-tiba sahaja Anis jadi sebak. Dia tiada ibubapa sejak kecil. Mendapat perhatian dari Roziah seolah-olah merasakan bahawa dia ada ibu lagi. Dia mencebik ingin menangis.

Roziah yang ketawa terus berubah mukanya apabila melihat Anis mencebik ingin menangis. Lama-kelamaan, terdengar esakan dari dia. Roziah jadi gelabah.

"Anak ibu kenapa nangis?" tanya Roziah apabila melihat Anis tidak berhenti menangis.

"Sayang! Kenapa?" tanya Rayyan yang bimbang kerana Anis menangis tiba-tiba.

"Jangan nangis ea? Ibu nyanyi. Suara ibu sedap.." kata Roziah sebelum dia mulai menyanyi.

"Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku.. Bila ku perlukan.."

Belum sempat Roziah menyambung, Anis sudah menangis kuat sambil memeluk Rayyan. Rayyan terkejut.

"Anis kenapa nangis? Suara ibu tak sedap ke?" tanya Roziah. Rayyan hanya tersenyum tawar sahaja pada ibunya. Roziah tidak tahu bahawa Ania tidak mempunyai ibubapa. Apabila Roziah menyanyikan lagu itu, bukan hanya Anis yang sedih namun dia juga sedih..

Sorry lambat update...

Share this novel

norsila
2022-01-20 14:57:05 

lamonya ..sakit lah..hehe

norsila
2022-01-20 14:57:01 

lamonya ..sakit lah..hehe

norsila
2022-01-20 14:57:01 

lamonya ..sakit lah..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience