"Hah, kenapa pulak?!" sergah Anis selepas pulang dari tandas. Mana tidaknya, dia disuruh berpura-pura kononnya dia terjatuh cinta dengan Fariz Iskandar. Dan suaminya berpura-pura ingin mengahwini Lia?! Gadis tak malu tu?! Cewah! Ni dah melebih dah ni..
"Cuma tu je caranya nak sedarkan abah dan Lia tu. Awak janganlah marah.." pujuk Anis.
"Tak marah macamana?! Awak tu sedaplah nak kena ijabkabul sekali lagi! Ni! Mata saya yang seksa ni tengok awak dengan Lia tu tau!!" marah Anis.
"Bukan real pun sayang.." Rayyan masih membela diri.
Anis ketawa paksa. Wah, dia ni betul-betullah! Fariz Iskandar pula masih duduk kaku di tengah - tengah mereka. Nak menyampuk, Anis tengah angin satu badan..
Anis bangun dari duduknya. Rayyan dan Fariz terkejut. Apabila Anis bercekak pinggang dengan wajah bengis, Fariz Iskandar dan Rayyan perlahan-lahan mengengsot ke tepi kerana takut. Anis bukan boleh percaya sangat. Nakal tak bertempat.
"Okay! Nak sangat kan! Boleh! Saya boleh ikut rancangan awak yang tak masuk akal tu! Tapi, kalau awak betul-betul kahwin dengan dia, Rayyan Fateh! Saya cincang awak biar lumat! Hadam tu!" ugut Anis lalu berlalu naik ke atas meninggalkan Rayyan dan Fariz Iskandar termangu berdua.
" Bini kau garang sangatlah Rayyan.. Kau yakin ke rancangan ni berjaya? Bukan apalah, aku takut, kalau kau terkahwin dengan Lia tu, seumur hiduplah kita jadi bahan lumat.." kata Fariz Iskandar dengan perasaan gerun.
Rayyan menelan air liur. Dia pun takut jugak sebenarnya. Apatah lagi dia terpaksa menahan 10 hari melihat isterinya berdampingan dengan abangnya. Hadeh.. Demi kejayaan..
" Aku tak ada pilihan. Aku nak abah dengan Lia dapat pengajaran setimpal! Aku buat bukan untuk orang lain, untuk isteri aku juga."
Rayyan masuk ke dalam bilik. Dia melihat isterinya sedang memeluk tubuh di balkoni bilik mereka. Rayyan menghela nafas panjang. Anis mungkin merajuk lagi..
Dia berjalan ke arah Anis lalu memeluknya dari belakang. Anis menoleh melihat Rayyan dan pantas dirinya meleraikan pegangan Rayyan di pinggangnya.
"Nak tidur!" balas Anis dengan nada dingin lalu menuju ke katil mereka. Anis terus menarik selimut menutupi kepalanya.
Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macamana ni? Kalau Anis tidak mahu bekerjasama dalam rancangan ni, hancurlah rancangannya. Nak tak nak, kau kena pujuk dia dulu Rayyan!
Anis merasa ada sedikit gerakan di sebelahnya. Dia yakin itu Rayyan walaupun dia tidak membuka matanya.
Anis sedikit kesal apabila Rayyan tetap mahu meneruskan rancangannya. Padahal, dia boleh sahaja memilih untuk memaafkan mereka berdua seperti dirinya. Atau mungkin, Rayyan sudah suka pada Lia? Sebab itu dia buat begini? Sebagai alasannya sahaja?
Sorry lambat update.. Author buat sikit je hari ni
Share this novel