Bab 27: Kacau Betul!!

Romance Series 45849

Rayyan meraup rambutnya kasar di bangku hospital. Nina masih dirawat di dalam bilik rawatan.

Dari tadi dia cuba menghubungi Anis tetapi tidak diangkat. Mungkin Anis marah dengannya. Tiba-tiba, doktor keluar dan bergerak ke arah Rayyan. Rayyan segera bangun.

"Macamana dengan isteri saya?" tanya Rayyan gusar.

Doktor itu tersenyum.

"Isteri Tuan okay. Cuma dia perlu berehat. Nasib baik tidak terjejas kandungan dia." kata doktor itu.

Rayyan terkejut..

"Isteri saya..betul-betul mengandung ke, doktor?" tanya Rayyan.

Doktor itu mengangguk perlahan.

Rayyan terduduk setelah doktor itu berpamit pergi darinya. Jadi Nina betul-betul mengandung sekarang ni.. Apa dia nak buat?

Rayyan masuk ke bilik rawatan yang menempatkan Nina. Kelihatan Nina sedang berbaring di atas katil sambil tersenyum padanya.

"Rayyan.." Nina meraih tangan Rayyan lalu mengucupnya. Rayyan bagai terpana.

"I minta maaf sebab dah jadi beban buat you.. I minta maaf juga sebab buat Anis macamtu.." kata Nina dengan pandangan yang berbeza.

Rayyan terkesima. Perlahan-lahan dia duduk di birai katil Nina. Nina tergamam apabila Rayyan mengucup dahinya.

"You tak salah. Anis yang salah. Dia yang buat you macamni.. Nasib baik anak kita tak ada masalah apa-apa.." katanya sambil menggosok perut kempis Nina.

Nina tersenyum penuh makna. Sebenarnya doktor itu diupah oleh Nina untuk menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Nina tidak mengandung pun..

" I janji, I akan lindungi you dan anak kita.. " kata Rayyan dengan nada romantis..

Nina bersorak kemenangan dalam hatinya. Dia tahu Rayyan sangat suka bab anak..

Namun semua itu hanya kenangan sementara sahaja. Wajah Rayyan berubah tegang apabila melihat sesuatu di skrin handphonenya. Rahangnya bergerak-gerak.

"Kenapa?" tanya Nina..

Rayyan dengan pantas menepis tangan Nina. Nina terkejut.

" Jangan sentuh aku! Yang berhak sentuh aku cuma isteri aku, Anis! Kau perangkap aku! Aku tak mungkin suka kau!" jerkah Rayyan tiba-tiba membuatkan Nina tersentak bahunya.
Rayyan segera keluar dari situ.

"Rayyan! Rayyan!" panggil Nina dengan kuat. Dia memukul - mukul katilnya apabila Rayyan sudah hilang. Dia masih tidak dapat memiliki hati Rayyan..

***

Rayyan masuk ke dalam kereta dengan perasaan berkobar - kobar. Dia bersandar dengan kasar dan meraup wajahnya yang sudah memerah kerana menahan amarah.

"Siapa lelaki tu, Anis... Siapa lelaki tu?!" tengking Rayyan di dalam kereta. Tangannya menghempuk stereng kereta berkali-kali..

Phone berbunyi. Rayyan menaikkan biji mata apabila tertera nama Alan. Lantas dia mengangkatnya..

"Hello?" jawabnya dingin.

"Hello, kau ada dekat mana sekarang ni? Kau tahu tak sekejap je lagi akan ada sidang media pelantikan Hawri. Corp yang baharu? Kau tak sampai - sampai lagi.." bebel Alan..

"Anis dah sampai?" tanya Rayyan walaupun dia tahu.

"Belum. Eh, kau yang nak jadi CEO. Anis bila-bila pun boleh datang. Cepat sikit.."

"No!" terdengar muktamad di telinga Alan.

"Kau jangan, Rayyan! Sidang media beberapa jam je lagi ni.. Kau jangan kata tak hadir pula.." seram sejuk dah badan Alan. Dahlah ramai wartawan dekat sini ni..

"Aku hadir cuma aku takkan buat sidang media tu kalau Anis tak ada. Aku nak dia sampai dulu dari aku!" Kata Rayyan sebelum dia menutup panggilan.

Alan terkesima. Dia memandang phonenya dengan wajah melopong...

****

Anis sedang makan di sebuah restoran bersama Dean apabila Mina datang menyerbu mereka.

" Oo.. Kat sini rupanya you! Dengan perempuan lain pula tu!! Sampai hati you buat I macam ni kan.." marah Mina dengan badan yang berombak-berombak marah.

Dean hanya berlagak selamba. Dia sempat berpesan pada Anis supaya menunggunya di sini sebelum dia menarik tangan Mina mengikutinya di luar restoran.. Anis cuma mengangguk.

Dia dapat melihat dua orang couple itu sedang berbalah mulut di luar. Dia menggeleng dengan nasi dikunyah.

"Haih, apa nak jadilah dengan couple sekarang ni.." rungutnya. Heh! Cakap orang, dah kau tu, masalah kau dengan Rayyan tak selesai lagi..

Dia tersedak apabila bunyi phonenya yang kuat bermain di atas meja. Bunyi trompet gila! Semua mata memandang ke arahnya. Malu betul! Kenapalah dia tak ingat nak silent tadi? Dahlah level paling tinggi.

"Hello.." jawabnya malu-malu kerana sesetengah orang masih memandangnya.

"Apa?!" suara Anis terdengar satu restoran ketika dia berdiri. Tanpa menghiraukan pandangan orang, dia bergegas mengambil beg dan terus keluar dari restoran itu.

"Er.. Dean.." panggil Anis perlahan apabila kelihatan lelaki itu masih berbalah mulut dengan Mina.

Dean mengalihkan perhatian ke arah Anis. Mina hanya ingin menjeling sambil merangkul erat lengan Dean. Takut sangat aku nak rampas boyfriend dia. Hello, aku dah off-limit okay..

"Kenapa Anis?" tanya Dean.

"Saya kena pergi dulu.. Saya ada sidang media.. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Bye, Dean. Bye Mina!" kata Anis sebelum dia berlari masuk ke keretanya. Tak lama selepas itu, kereta itu terus bergerak masuk ke jalan raya.

Dean yang tidak sempat memanggil cuma hairan.

" Sidang media? "

****

Anis menilik jam di pergelangan tangannya dengan wajah cemas. Tinggal satu jam lagi sebelum sidang media berlangsung.

Kata Alan, Rayyan takkan datang ke company jika Anis tidak sampai dulu. Adoii, dia dahlah jauh melencong ni.. Ikut Dean sangat kan?
Tangan tidak berhenti menghubungi Rayyan tetapi lelaki itu tidak menjawab..

Sedangkan Rayyan, hanya memerhatikan sahaja panggilan Anis masuk ke phonenya. Dia cemburu dengan lelaki itu. Siapa dia? Adakah dia berkawan rapat dengan Anis seperti Affan, Fahrin dan Alan juga?

Rayyan yang berada di pusat karaoke waktu itu menempah biliknya bersendirian.

Tiba-tiba, dia mendapat mesej dari Alan yang mengatakan Anis sudah sampai. Lantas dia bangun dan berjalan keluar dengan selamba sekali.

***

"Cik Anis pergi mana? Lama saya tunggu.." bebel Alan.

Anis yang masih tidak hilang-hilang peningnya apabila membuat race dekat jalan raya cuma duduk di atas sofa di bilik CEO.

"Saya dari Shah Alam.." terbeliak mata Alan.

"Cik Anis buat apa dekat Shah Alam?"

"Makan."

"Kat sini pun boleh makan.."

"Alah Alan, saya penat ni.. Rayyan dah sampai belum?"

Tiba-tiba pintu terbuka dan Rayyan berjalan selamba ke dalam bilik itu sambil membuat muka tenang dekat Anis dan Alan..

"Rayyan, awak ada masa beberapa minit lagi sebelum sidang media ber--"

"Boleh bagi saya masa dengan isteri saya, Alan?" sampuk Rayyan.

Alan terdiam. Begitu juga dengan Anis. Jantungnya mula berdebar..

"Boleh.." kata Alan sebelum dia perlahan-lahan keluar..

Rayyan cuma memerhatikan Alan keluar sebelum dia memandang Anis yang bangun dari sofa dan bergerak ke meja CEO. Dia mengeluarkan satu kertas dan bergerak menghadap Rayyan di depan.

"Nah, kertas peralihan jawatan. Awak dapat yang Alan dan saya punya.." kata Anis.

Dia mula cuak apabila Rayyan memandangnya dengan pandangan bersahaja.

"Kenapa awak pandang saya macamtu?" tanya Anis hairan.

Rahang Rayyan tiba-tiba bergerak. Dia mendekati Anis. Anis terkebelakang..

" Awak nak buat apa, Rayyan?" tanya Anis cuak. Akhirnya belakangnya bertembung meja dan Rayyan mengepungnya dengan kedua tangannya.

" Siapa lelaki tu? " tanya Rayyan dengan serius.

Anis tergamam. Mata mereka bertatapan.

"Kawan awak? Atau skandal awak?" perli Rayyan.

"Lelaki mana?" tanya Anis sudah bengang.

Rayyan ketawa sinis. Dia mengeluarkan phonenya lalu ditunjukkan depan muka Anis. Anis cuma beriak selamba sebelum dia ketawa lucu.

"Kenapa awak ketawa?" tanya Rayyan dingin..

"Taklah, awak cemburu ke?" tanya Anis masih ada sisa ketawa.

Rayyan memandang tajam ke arahnya.

"Okay - okay. Saya beritahu. Lelaki ni nama dia Dean. Dia kawan saya. Kami baru je jumpa petang tadi lepas awak bawa Nina pergi hospital." balas Anis dengan nada perlian.

Rayyan menghela nafas berat.

"Sayang.." tangannya meraih tangan Anis namun Anis menepisnya lembut dengan berkata..

"Eh, takpe - takpe. Saya okay je kalau awak nak lebihkan isteri nombor dua awak. Saya tahu siapa saya bagi awak. Cuma saya nak beritahu awak yang saya dan Dean tak ada apa-apa sebab Dean dah ada kekasih. And kekasih dia tu mirip dengan wajah Nina.. Entah adik-beradik ke tak mereka tu tapi saya tak kisah pun.. " kata Anis selamba.

Anis ingin pergi melintasi Rayyan namun tangannya ditarik lalu dia dipeluk dari belakang.

" Eii.. Apa ni? Lepaslah!! " marah Anis sambil meronta-ronta.

" Saya minta maaf, eh? " pinta Rayyan sambil meletakkan dagunya di bahu Anis.

Anis ketawa sinis.

"Kenapa minta maaf dekat saya? Mesti awak nak marahkan sebab saya tumbuk isteri kesayangan awak tu, nasib baik tak gugur kan?" perli Anis.

Rayyan berdecit perlahan.

"Anis, awak je yang ada dalam hati saya.."

"Eleh, awak je yang ada dalam hati saya konon.. Entah - entah hati awak tu ada nama Nina je. Saya dapat pankreas awak je kan? Tepilah!!" tepis Anis. Dia berjaya melepaskan diri dari Rayyan.

Dia berpaling menghadap Rayyan.

"Kalau awak boleh dekat dengan Nina, kenapa saya tak boleh dekat dengan Dean?! Awak kena ingat, awak sekarang ada dua tanggungjawab. Kalau salah seorang dilakukan tak adil, diaorang akan cari kepuasan dan kebebasan sendiri. So, pilihlah mana satu awak nak.. " perli Anis dengan senyuman sinis.

Dapat dilihat Rayyan sudah naik angin tetapi masih dikawal kemarahannya itu.

" Awak jangan berani Anis... Saya tak izinkan awak jumpa Dean! Tak akan! " marah Rayyan lalu dia beransur pergi dari bilik CEO. Anis masih tercengang.

***

"Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai CEO Hawri. Corp dan melantik Rayyan Fateh sebagai CEO Hawri. Corp yang baru." ucap Alan di hadapan 65 orang wartawan. Kelihatan cahaya kamera menyimbah di muka Rayyan tetapi lelaki itu langsung tidak terkesan. Bahkan tiada senyuman di bibir lelaki itu. Hatinya masih terkesan dengan sikap kedegilan Anis yang semakin hari semakin menjadi - jadi.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas CEO Hawri. Corp kerana telah memilih saya untuk menjadi CEO Hawri. Corp yang baharu. Saya berjanji Hawri. Corp akan menjadi lebih terkenal di peringkat antarabangsa lebih daripada apa yang dibuat oleh CEO sebelum ini.. " ucap Rayyan dengan suara garau.

Alan cuma mengetap gigi mendengar ucapa Rayyan. Entah apa balalah yang kau dah buat Alan sampai dia dengki dengan kau ni.. Desis Alan sambil bertepuk tangannya.

Ketika perjumpaan shareholder..

Disebabkan Anis tiada saudara-mara, papanya Arief membahagikan saham kepada beberapa orang kawan kepercayaannya.. Dan kerana itu sesetengah dari anak-anak rakan kongsinya ada yang menjadi shareholder di Hawri. Corp.

Rayyan awal-awal lagi dikerumuni oleh girls-girls yang menjadi shareholder di situ. Dia melayan sahaja namun matanya tetap pada Anis yang memandangnya bagai nak hancur badan. Cemburu ke cik adik?

Rayyan tersenyum sinis.

"You ni handsomelah! Phone number please.." rayu seorang gadis seksi. Juga salah seorang shareholder di situ.

"Jadi boyfriend I boleh?"

"Kenapa Anis beruntung sangat dapat lelaki sehandsome you?"

Penuh pujian diberikan pada Rayyan. Dia hanya tersenyum lebar apabila Anis mara ke arahnya. Lalu badannya ditolak oleh Anis daripada perempuan - perempuan itu.

"Sorry okay? Husband aku dah off limit. Korang boleh cari yang lain.." perli Anis. Rayyan di belakang cuma mengenyit mata ke arah mereka.

"Dia kenyit mata dekat I lah!" jerit gadis-gadis itu dengan teruja.

Anis tercengang lantas dia berpaling ke belakang. Terus dibulatkan matanya tanda marah.

"What?" tanya Rayyan tidak bersalah.

"Don't you dare!" Anis beri amaran sambil menuding jari. Dia menarik Rayyan pergi dari situ.

"Are you jealous, sayang?" sakat Rayyan apabila tangannya ditarik menuju ke luar bangunan itu.

Anis ketawa sinis. Dia berhenti di situ. Rayyan berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

" Jealous? Oh no! Memang taklah! Awak kan, gatal memang nak berbini lagi ke?! "

" Kalau diaorang nak, apa salahnya?" kata Rayyan selamba.

Anis melopong mulutnya. Dia pergi dengan menghentak kaki ke tempat parkir. Rayyan memang playboy betul!

Dia menekan kunci dari jauh dan keretanya berbunyi. Dia membuka pintu dan ingin masuk. Tiba-tiba..

" Anis! " panggil seseorang.

Anis memandang ke arah si pemanggil. Dean!

Dia menutup semula pintunya dan bergerak ke arah Dean. Mereka tersenyum antara satu sama lain.

"Awak buat apa datang sini?" tanya Anis.

"Oh, saya adalah shareholder di Hawri. Corp. Saya terpaksa hadir. Tak sempat nak jumpa CEO baru tadi.."

Anis melopong tidak percaya..

"Seriously? Bukan awak kerja di awan biru ke?"

Dean ketawa kecil.

"Memanglah. Tapi saya juga shareholder. Dan saya juga ada impian.."

Anis mengangguk faham. Tiba-tiba tangannya ditarik ke belakang.

Anis terkejut. Dia mencerlung matanya ke arah Rayyan yang berwajah dingin terhadap Dean.

"Rayyan, apa awak buat?!" bisik Anis di telinga Rayyan tetapi Rayyan tidak kisah akan hal itu. Dia menyeluk tangannya di poket seluar dengan berwajah dingin memandang Dean yang masih selamba.

"Minta maaf.. Encik ada masalah apa dengan dia?" tanya Dean dengan penuh berhati-hati. Wajahnya juga serius.

Kelihatan muka Rayyan seperti mengejek. Agaknya jantan ni tak tahu Anis isteri aku..

Rayyan berjalan mendekat ke arah Dean dengan wajah yang serius. Tanpa disangka, dada Dean ditunjal sehingga dia ke belakang.

Dean terkejut. Anis juga. Dia ingin mendekati Dean namun Rayyan pantas menarik tangannya lagi..

"Stop it Rayyan Fateh!" tegah Anis.

"Awak yang patut stop perangai gila awak, Anis! Awak sedar tak awak dah ada suami?!" marah Rayyan dengan tenungan tajam.

Anis terdiam..

Dean terkejut saat mendengar pengakuan Rayyan..

"Jadi, encik adalah suami Anis?" tanya Dean.

Pandangan Rayyan kini beralih pada Dean. Dia tersenyum sinis.

"Ya! Anis Wana isteri aku! Dan aku tak sangka kaulah Dean yang diceritakan oleh Anis. Aku nampak kau tadi di mesyuarat para shareholder.."

Dean terbuntang matanya.

"Rayyan Fateh.."

"Ya, aku Rayyan Fateh. CEO baru Hawri. Corp..."

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience