Anis mendesis kesakitan apabila tangannya ditarik kasar oleh Rayyan ke luar.
Belum pun sampai ke luar, Anis merentap tangan Rayyan yang berwajah agak tegang. Matanya mencerlung ke arah Anis yang memegang pergelangan tangannya kerana sakit.
"Siapa benarkan awak buat macamtu dekat Nina?!" bentak Rayyan sambil menuding jari. Masakan tidak, Nina sampai termuntah-muntah kerana dia tidak boleh makan pedas. Rayyan pula memikirkan 'kandungan'nya yang dikandung oleh Nina.
Anis tergamam. Jadi sebab dia marah kerana Nina?!
"Awak tahukan dia mengandung anak saya?! Kalau ada masalah apa-aap macamana?!" Rayyan terus-menerus membentak Anis.
Dada Anis berombak menahan marah.
"Kenapa awak tak terus-terang dengan saya yang awak suka Nina? Memang perancangan awak berdua kan nak kahwin? Bukan tersengaja?" duga Anis.
Rayyan diam. Dia mati kata. Matanya memandang wajah Anis.
Melihat reaksi Rayyan, rasanya betul apa yang Anis cakap. Dia ketawa sendiri.
" Jadi betullah? Awak memang rancang nak kahwin dengan Nina? Awak tipu saya kan? " Anis terus-terusan mencabarnya.
Pang!!
Satu tamparan hinggap di pipi Anis sehingga dia terteleng ke tepi. Anis tergamam sambil memegang pipinya.
"Aku dah lama tak puas hati dengan perangai kau semenjak boleh bercakap ni! Berani keluar dengan lelaki lain, hina orang lain, kenakan orang lain, kau ingat mereka tak ada perasaan ke hah?!" jerkah Rayyan.
Anis terdiam. Matanya berkaca-kaca.
"Sekarang aku dah dapat Hawri. Corp. Kau kena ingat aku berkuasa atas segalanya sekarang ni.. Kau pun aku boleh halau dari sini!"
Deng!!
Anis menghadap wajah ke arah Rayyan dengan mata yang memerah. Rayyan terdiam.. Dia berfikir balik apa yang dikatakan. Ya tuhan, dia tidak ubah seperti seorang yang tamakkan harta..
" Anis.. Saya.. " Rayyan cuba meraih tangan Anis namun Anis menepis sambil berundur dua langkah.. Air matanya mengalir namun dia tidak teresak-esak.
"Awak nak halau saya? Sebab Nina? Halaulah! Halau! Saya memang tak penting pun bagi awak.
Sampai awak tipu saya hidup-hidup.. Saya ingatkan awak lain dengan lelaki dekat luar sana.. Rupanya awak lebih teruk dari diaorang!"
Rayyan tergamam. Kepalanya berdenyut hebat. Bukan niat dia mahu berbicara seperti itu. Dia terlalu mengikut kata hatinya. Kepalanya digeleng laju..
" Saya minta maaf.. Saya tak bermaksud.. " luah Rayyan dengan air mata. Tapi Anis memandangnya dengan jengkel. Dia fikir itu air mata palsu.
"Dahlah! Tak payahlah nak buat scene air mata palsu awak tu! Awak cuma nak harta saya je kan?!"
Lagi laju air mata Rayyan keluar.
"Awak jangan risau. Saya tak kisah pun fasal syarikat tu! Awak ambillah. Untuk teruskan hidup awak dengan Nina eh?!" sindir Anis lalu berlalu dari situ.
"Anis! Sayang!" jerit Rayyan lalu turut mengejar Anis yang sudah menaiki tangga menuju ke bilik. Anis menghempas pintu bilik dengan kuat apabila Rayyan ingin masuk ke dalam bilik itu. Terhinjut bahunya.
"Anis.. Saya minta maaf.." Rayyan mengetuk bertalu-talu pintu bilik. Tapi tiada tanda Anis keluar dari bilik. Tiada langsung suara dari dalam.
Dari bawah, Aya, Melati dan Farah semua berpandangan sesama sendiri. Mereka memandang Nina yang standard bagai tiada apa-apa berlaku padahal semuanya berpunca dari dia..
Rayyan menghela nafas.
'Mungkin dia perlukan masa..' desis Rayyan. Lalu dia turun ke bawah.
Dalam bilik, Anis berdiri di balik pintu. Dia cukup menyesal dengan keputusannya berkahwin dengan Rayyan. Lelaki itu cuma mahukan hartanya.
"So disgusting! Tak ubah seperti gigolo. Nasib aku tak serah tubuh aku lagi.." dia bermonolog sendirian. Dia naik ke atas katil lalu termenung menghadap siling.
Dan siapa sangka, itulah kali terakhir mereka bercakap panjang. Anis mula menjauhkan diri dari Rayyan walaupun lelaki itu cuba mendekatinya. Kalau sedang makan, Anis akan pastikan Rayyan tidak ada baru dia makan. Kalau melepak, dia akan pastikan Rayyan tidak ada. Dia sudah muak dengan suaminya itu. Pernah terfikir untuk meminta cerai namun dibatalkan dulu untuk melihat perangai Rayyan.
Tok! Tok! Tok!
"Anis, awak dah makan belum?" tanya Rayyan di balik pintu. Memang begitulah rutin hariannya selepas pulang dari office. Dia tahu perangai Anis yang berubah mendadak menjadi seorang pendiam, dingin. Bercakap pun bila perlu je..
Dia tersenyum nipis apabila terdengar sayup-sayup suara dingin yang berkata "dah." dari dalam bilik. Selepas mendengar suara itu barulah dia boleh tidur dengan tenang.
Mereka juga tidak tidur bersama lagi. Anis menyuruh Rayyan tidur bersama Nina.
****
Sorry lambat update..
Share this novel