Bab 45: Selamat?

Romance Series 45331

"Manja betul sayang abang ni.." usik Rayyan sambil menekan pipi Anis. Anis sudah cemberut mukanya. Tetapi kemudian dia ketawa semula kerana Rayyan. Bukan dia tidak tahu dan tidak mendengar apa yang dikatakan Nina tadi..

"I tahu siapa yang buat Anis jadi macamtu.. I maksudkan..sihir.." kata Nina dengan menunduk.

"Siapa?" tanya Rayyan garang. Kalaulah dia tiada iman, sudah pasti akan dibunuhnya pelaku itu! Suka hatinya menyihirkan isterinya. Kau tak rasa cam mana kena tumbuk lagi!

Nina menarik nafas dalam. Bukan bermaksud ingin tikam belakang kawan, tetapi dia lebih kenal Anis dan Rayyan dulu..

"Lia."

"Saya akan pastikan Lia dapat balasan yang setimpal!" kata Rayyan pada Anis.

Anis menggeleng. Dia tidak mahu Rayyan mengikut perasaannya. Nanti kesusahan akan menimpa suaminya pula.

Mata Rayyan memerah. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak terkeluar dari mulutnya. Entahlah, ada sesetengah orang walhal dari keluarga kita sendiri sanggup buat sesuatu yang syirik. Rayyan menggempal penumbuk apabila teringat wajah seseorang yang sangat disayanginya menikamnya dari belakang.

"Abah..." Anis terkesima. Mata Rayyan memerah dan dua titis air keluar dari matanya apabila perkataan itu meluncur dari mulutnya. Anis segera menggosok tangan Rayyan dengan wajah gusar. Dia tahu sekuat mana baran Rayyan.

"Argghhh! Tak guna!!!" teriak Rayyan melempar kusyen dan bangun mendadak dengan wajah bengis menuju ke pintu. Anis dengan wajah cemas terus berlari dan berdiri di hadapan Rayyan.

"Tepi." nada tegas digunakan oleh Rayyan. Dia tidak mahu mencederakan Anis. Anis menggeleng kepala sambil menangis.

"Anis Wana!" nada noktah digunakan untuk memberi peringatan pada isterinya.

Anis menggeleng lagi. Rayyan tiada pilihan. Ditolaknya Anis ke tepi dengan lembut lalu ingin membuka pintu namun Anis memeluk pinggangnya dari belakang. Rayyan terpaku.

Keadaan jadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi sedutan hingus dan tangisan daripada Anis. Rayyan menutup mata. Air matanya mengalir.

"Saya tak sangka dia boleh buat macamni.." luah Rayyan disertai dengan tangisan.

"Saya percayakan dia.. Saya hormat pada dia.. Tapi ini yang saya dapat.. Kalau dia bencikan awak sekalipun, kenapa tak sihir saya saja? Kenapa perlu sihir awak? Kalaulah awak tidak dapat diselamatkan, saya sendiri yang akan buat benda tu dekat dia! Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah! " maki Rayyan dengan tangisan.

Rayyan berpaling ke arah Anis dengan wajah berantakan. Hingus yang meleleh, air mata yang membasahi pipi, mata yang memerah. Kesian pulak Ania tengok. Anis segera mengesat air mata suaminya.

" Mak... Abah buat Fateh macamni mak.." Anis ketawa dalam tangisan apabila mendengar aduan Rayyan yang sudah seperti budak kecil yang mengadu pada ibunya. Manakala Rayyan masih lagi galak menangis tapi dengan manja memeluk Anis.

"Pak cik! Pak cik kata Rayyan nak datang masuk meminang minggu ni! Takde pun! Berkesan ke tak?!" bentak Lia di corong telefon apabila dia mula berasa bosan menunggu.

"Sabarlah Lia.. Nanti Rayyan mesti datang." Pak Cik Hamid cuba menenangkan 'bakal menantunya' itu.

"Sabar! Sabar! Pak Cik ingat ea?! Kalau Rayyan tak datang dan plan kita tak menjadi! Lia akan bagitahu satu kampung yang Pak cik guna-gunakan menantu pak cik si Anis tu! Lia tak main-main tau!"

"Ya! Pak Cik tahu! Nanti pak cik hubungi Rayyan fasal tu.." kata Pak Cik Hamid sebelum talian diputuskan.

Encik Hamid menyeka peluh dari dahinya. Dia takut sangat jika berita itu sampai pada anaknya. Silap haribulan, dia yang akan digantung oleh anaknya itu. Jadi, sebelum itu dia perlu membuat apa yang patut.

Sorry lambat update.. Author buat sikit je hari ni

Share this novel

norsila
2022-03-17 11:31:23 

huuu bapa tikam anak huuu...snggup bsubahat dgn lia..sptutnya dri situ prangai lia dah tau btapo busuk hatinya..cmtu nk buat jadi mnantu..huuu gi mninggal joo..hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience