Anis tergamam sebentar apabila Encik Hamid memberikan sepasang baju kurung dan tudung labuh ke atas tangannya. Dia terkebil-kebil melihat bapa mertuanya.
"Kenapa abah bagi saya tudung ni? Ini tudung dan baju siapa?" tanya Anis.
"Ini semua milik ibu Rayyan. Abah nak kamu pakai ni. Sesak mata tengok pakaian kamu yang tak lengkap tu." sindir Encik Hamid sebelum turun dari tangga.
Anis memandang baju yang dipakainya. Skirt labuh dan blouse, apa yang tak lengkapnya? Anis juga turun mengikuti bapa mertuanya.
" Tapi apa yang tak kena dengan pakaian saya? Saya bukannya pakai pakaian seksi." kata Anis.
Encik Hamid berpaling ke belakang memandang menantunya.
"Cuba kamu tengok anak jiran-jiran abah. Ada ke pakai macam kamu? Kalau ada pun, baju kurung bertutup. Kamu, pakai apa kain macamtu? Entah - entah dalam kain tu pun tak--"
"Abah!" laung Rayyan dari atas tangga. Dia sudah lama mendengar suara isterinya dari bawah. Kerana itu dia keluar dari bilik.
Anis dan Encik Hamid memandang ke atas tangga. Rayyan mulai turun dari tangga dan berjalan ke arah Anis. Bahu Anis dipautnya.
"Abah jangan nak kata benda tak elok ea? Ini isteri saya! Saya je yang berhak tegur dia!" bentak Rayyan mula panas.
"Kalau kamu tak nak abah tegur isteri kamu ni, ajar dia untuk pakai macam Lia tu! Ini pakaian tak serupa bikin, memang orang kaya macamni ke?!"
Rayyan merenggut kolar baju Encik Hamid dengan kasar. Dia bagai hilang kawalan. Dia mengangkat tangan lalu ingin menumbuk muka Encik Hamid.
" Rayyan! " Rayyan terdiam apabila suara Anis melengking di dalan rumah itu. Tindakannya terbantut. Baru dia sedar. Hamidah dan Wardah yang mendengar suara Anis terus menuju ke arah tangga dan terkejut melihat adik bongsunya.
Encik Hamid yang terkejut mulai marah dengan tindakan Rayyan.
Pang!!
Pipi Rayyan ditamparnya. Rayyan terteleng. Anis segera menyambut suaminya daripada terjatuh.
"Disebabkan perempuan ni, kamu sanggup nak tumbuk ayah kandung kamu sendiri! Ayah kandung sendiri, Fateh!" marah Encik Hamid.
Rayyan terpempan.
"Abah.." panggil Rayyan sebak. Dia menyesal.
Encik Hamid menepis.
"Sekarang ni, pilih! Abah atau isteri kamu ni! Kalau kamu pilih abah, ceraikan perempuan ni dan abah akan kahwinkan kamu dengan Lia. Tapi kalau kamu pilih isteri kamu, keluar dari sini dan jangan tunjukkan muka kamu di depan aku!" pekik Encik Hamid.
Rayyan menelan air liur. Dia gementar. Dia sayang abahnya. Tetapi itu tidak bererti dia sanggup ceraikan Anis.
" Saya.. " Rayyan memandang wajah Anis yang mengalirkan air mata. Anis tersenyum dan mengangguk menyuruhnya memilih abahnya.
Rayyan mengeluh perlahan. Tangan Anis dilepaskan.. Dia berjalan ke arah Encik Hamid. Anis terkejut.
Rayyan mencium tangan Encik Hamid dan melutut di hadapannya. Encik Hamid tersenyum puas..
Sorry lambat update..
Share this novel