Bab 52: Simpan

Romance Series 45849

Anis menyisip sedikit jus tembikai yang dipesannya sesudah sampai di restoran. Dia kini sedang menunggu kehadiran seseorang.

Jantungnya berdebar-debar dan juga dalam keadaan bersedia.

"Err.. Assalamualaikum?" Anis terus berpaling ke belakang apabila terdengar satu suara lembut yang sangat dikenalinya. Dia menelan pahit air liurnya sendiri.

Anis bangun untuk berjabat tangan dengan si empunya suara.

"Cik ke yang call saya untuk berjumpa?" tanya gadis itu.

Anis tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik.

"Ya!" jawab Anis dengan ceria.

Anis memandang wajah cantik itu. Tiba-tiba, rasa insecurenya datang. Gadis di hadapannya sangat ayu dengan bertudung sopan. Tidak ubah seperti ciri-ciri yang ayah mertuanya inginkan.

"Cik?"

Anis tersedar lalu dia mempersilakan gadis itu duduk.

"Ada apa cik nak jumpa saya? Kita pernah kenal ke?"

Anis menarik nafas dalam - dalam. Dia memandang mata gadis itu.

"Ara.."

Di sebuah rumah sewa..

Lia bercekak pinggang sambil merengus memandang figura tua yang sedang tidur di atas sofa itu. Wajahnya memerah.

"Hisy! Orang tua ni, nak je aku cekik-cekik dia! Tidur dekat sini buat apa?! Tahulah dia bayar semua ni, kang tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak!" bebel Lia dengan wajah cemberut.

Memang dari hari dia keluar dari rumah ibubapanya kerana tidak tahan dibebel, dia ada meminta Encik Hamid untuk membelikannya sebauh rumah, namun Encik Hamid tidak menunaikannya kerana kononnya faktor kewangan yang tidak stabil baru-baru ni. Jadi Encik Hamid memberikan sebuah rumah sewa miliknya kepada Lia kerana kasihan dengan gadis itu.

Tetapi, semakin hari, Encik Hamid makin kerap melepak di situ. Bahkan, dia juga tidur di rumah itu dengan alasan, Rayyan ada di rumah. Lia semakin lama semakin rimas dengan kedatangan orang tua ini..

"Eii!!" bentak Lia.

Dia dengan menghentak kakinya terus ke arah sofa.

Author buat separuh dulu. Tak dan nak siapkan..

Share this novel

Zai Zai
2024-07-30 13:06:57 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience