Nina di dalam bilik bagaikan histeria. Masuk-masuk je terus mencapai barang perhiasan lalu mencampaknya ke merata tempat.. Habis kaca di atas lantai.
"ARGHHHHHH!!!" jerit Nina histeria sambil menekup telinganya. Dia meluap-luap menahan nafas dan marah..
Mana mungkin Rayyan lupakannya? Rayyan bagaikan gila bayang ketika mempunyai hubungan dengan Nina dulu. Dan sekarang ni, dia dah kahwin?
"Tak boleh jadi! Tak boleh jadi!" Nina meraung tak tentu arah dan menyelongkar handbagnya. Dia mengeluarkan phone lalu mendail nombor Rayyan..
Tit.. Tit..
Berbunyi tetapi tidak diangkat. Nina bengang. Dilemparkan phone itu ke atas katil. Dia pula ke hulu-hilir sambil memegang kepala..
"Siapa perempuan yang berani rampas Rayyan dari aku hah?! Aku akan bunuh dia!!" jerit Nina tak tentu arah..
****
Rayyan membuka pintu rumah senyap-senyap. Dia menjengulkan kepalanya ke dalam rumah agam itu. Mungkin semua dah tidur lantaran pula dia pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.
Dia senyum nakal. Ditutupnya pintu rumah dengan berjaga - jaga. Lalu menyelinap masuk naik ke tangga dan ke bilik.
Lepas jumpa dengan Nina pagi tadi, Rayyan bad mood. Dan tempat dia hilangkan bad mood dia adalah kelab malam. Minum dua tiga teguk, then pergi ke resort dia untuk hilangkan mabuk dan bau arak. Dia tertidur dekat situ dan pulang pagi buta macam ni..
Rayyan masuk ke dalam bilik. Dia memandang ke arah katil. Anis tiada di situ. Dia mulai mencari di sekitar bilik itu. Bilik mandi dia mengetuk dulu, baru dia buka, Anis juga tiada di situ.
"Sayang.." panggil Rayyan meleret.
Tapi tidak terlihat kelibat Anis di situ. Dia risau. Mula dicari di bawah, di bilik-bilik lain. Tapi tidak ada. Nak call, takut Anis tak angkat. Jadi Rayyan turun dan mencari Aya, Melati dan Farah.. Dia bertanyakan perihal Anis.
" Cik Anis keluar dengan Tuan Fahrin tadi." kata Aya selamba.
Bagaikan petir, Rayyan tiba-tiba mengamuk tak tentu arah. Yelah, suami mana tak marah kalau isteri dia keluar dengan jantan lain? Selama ni dia tak tahu pula kalau Anis ada ramai kawan lelaki. Aqil, Alan, ni Fahrin mana pulak?
" Kenapa dia tak minta izin saya dulu?! Dia ingat dia masih bujang macam dulu ke?!" Rayyan melampiaskan kemarahan pada Aya. Aya pula, tak boleh main sergah macamtu je..
"Encik Rayyan, Cik Anis keluar dengan Tuan Fahrin bukan saja-saja. Diaorang ada hallah!" marah Aya.
"Hal apa?! Anis tu bukannya boleh buat apapun. Dahlah pekak, bisu pulak tu!" Rayyan terlepas cakap. Dia kalau marah memang semua yang difikirkan terhambur macamtu je..
Aya, Farah dan Melati terkejut. Terkejut dengan Rayyan satu hal, sekarang ni Anis dan Fahrin tercegat depan pintu.. Aya, Melati dan Farah tak boleh jamin Anis tidak akan marah kerana di sebelahnya ada Fahrin. Fahrin pula jenis nak mengadu dombakan orang je..
"Cik Anis.." kata Melati perlahan. Rayyan perasan akan hal itu tetapi dia tidak mahu memandang Anis lantas dia menghentak kaki menuju ke atas.
"Wana, percayalah cakap aku.. Rayyan tu cuma nakkan harta kau je.. Buktinya, tadi depan mata kita sendiri, dia cakap macamtu. Aku tahulah kau tak dengar tapi aku dengar. Kalau kau tak percaya, kau tanya maid kau.." terang Fahrin panjang lebar dalam bahasa isyarat.
Fahrin Danial, kawan rapat Anis. Kiranya kawan masa kecil jugaklah. Alan pun kenal dia ni.. Fahrin ni memang dari dulu mulut puaka.. Tapi, dia ni amat disayangi Anis sebab dia selalu jaga Anis. Mungkin sebab dia dah janji dengan papa Anis untuk jaga dia.
Fahrin memang kurang suka dengan Rayyan kerana apa yang dia dengar dari Alan, Rayyan kaki perempuan dan mempunyai banyak tabiat tak elok. Malahan pula, dia datang dari keluarga biasa. Banyaklah pula rumor tak baik fasal dia..
Dan Fahrin yakin, Rayyan kahwin dengan Anis sebab harta. Kerana itulah sebab kenapa ramai orang rapat dengan Anis. Dia tidak mahu Anis merana di kemudian hari. Kerana itu dia mencari cara untuk pisahkan Anis dengan Rayyan..
Anis hanya menghela nafas. Bahu Fahrin ditepuk perlahan. Dia senyum tawar.
'Aku okay. Kau jangan risau. Masalah aku dengan dia. Biar kami yang selesaikan..' Anis berbicara dengan bahasa isyarat..
Fahrin mengeluh..
"Aku bukan apa.. Aku risaukan kau. Dia bukan orang baik Wana. Kalau betullah dia kahwin dengan kau sebab harta, kau rasa aku kena jawab apa dengan ayah kau kalau kami berjumpa di akhirat nanti?" Fahrin sengaja menimbulkan rasa bersalah pada Anis.
Anis hanya tersenyum..
'Aku okay.. Kau jangan nak beritahu kawan kita yang lain eh? Terutama sekali Affan.. Naya aku nanti..' Anis berkomunikasi dalam bahasa isyarat dengan nada bergurau.
Affan? Siapa ni? Lain cerita..
Fahrin menunjukkan jari okay.. Anis pula naik ke atas dan Fahrim disuruh makan dahulu sebelum keluar. Anis memang kalau sesiapa datang dan ingin pergi, dia akan memberikan jamuan dulu..
***
Anis membuka pintu bilik.. Tiada orang.. Dia bergerak ke bilik air..
'Mungkin Rayyan ada dalam bilik ni..' desis hati Anis.
Anis mengetuk pintu.. Tetapi tiada orang membukanya. Dia mengetuk lagi dan lagi sehinggalah dia terdengar bunyi limpahan air dari dalam bilik..
Anis panik. Apa yang dibuat Rayyan dalam tu? Anis mulai mengetuk dengan agresif. Tapi Rayyan tidak membuka pintu..
Anis risau.. Risau kalau apa-apa jadi dekat Rayyan. Segera dia turun ke bawah untuk memanggil Fahrin.. Fahrin bangun dengan malasnya menuju ke atas..
Pintu dibuka dengan cara tolakan kuat. Fahrin menghempaskan badannya ke pintu berkali-kali sehingga pintu terbuka.
Terkejut tahap maksima mereka ketika itu melihat Rayyan cuba melemaskan dirinya dengan sengaja di dalam tab mandi.. Anis terbeliak matanya lantas mengalih keluar hos getah yang melimpahkan air keluar dari tab mandi sementara Fahrin pula mengangkat badan Rayyan dari tab mandi itu dengan ayat " Budak ni dah gila ke?!"
Tetapi Rayyan tidak mahu keluar.. Dia mendalamkan lagi selamannya.. Menyebabkan buih dari mulut keluar..
Anis menangis semahu-mahunya sambil menarik Rayyan keluar dari tab mandi.. Fahrin masih gigih menarik keluar...
Akhirnya selepas beberapa minit, Rayyan mengalah.. Dia pun sudah tidak tahan bertahan di dalam air.. Fahrin mengeluarkan Rayyan dari tab mandi dan dicampaknya ke lantai. Tercungap-cungap kedua-duanya..
Fahrin yang letih merangkul kolar baju Rayyan dan menengkingnya..
"Kau dah gila ke?! Nak bunuh diri?!" jerit Fahrin dengan wajah bengisnya..
Rayyan hanya bercakap melalui mata. Matanya kuyu-kuyu.. Dia memandang Anis yang teruk menangis di sebelahnya..
"Kau nampak apa yang kau dah buat dekat isteri kau?! Apa yang jadi pada dia kalau kau takda?! Eh, aku pantang betullah dengan orang bodoh macam kau ni!" marah Fahrin lagi..
Mata Rayyan masih fokus memandang Anis.. Anis semakin teruk menangis.. Dia menarik Rayyan ke dalam dakapannya.. Dia memeluk kepala Rayyan yang tersandar di bahunya dengan erat..
Fahrin meraup wajahnya manakala Rayyan semakin lama matanya semakin tertutup sebelum dia pengsan di situ..
***
Sorry lambat update..
Share this novel