Bab 14: Yes!

Romance Series 45849

"Anis Wana, sudi tak awak jadi isteri saya?" Rayyan melamar dalam bahasa isyarat..

Anis terkejut. Matanya terkebil-kebil. Dia memandang Alan dan Alan kelihatan seperti tidak percaya.

'Saya tak layak untuk awak..' kata Anis rendah diri.

Rayyan beransur ke depan Anis dan meraih kedua tangannya.

'Saya tak sempurna untuk awak.' kata Anis dalam hati.

"You're perfect. Awak orang istimewa pernah saya ada." Kata Rayyan seolah-olah dapat memahami isi hati Anis.

Mata Anis berair dan memerah tapi tidak lama kerana Alan menariknya.

"Kita pergi.." kata Alan dengan bahasa isyarat. Dia menarik tangan Anis yang masih kebingungan masuk ke dalam kereta. Sempat Anis memandang Rayyan yang berwajah sedih sebelum dirinya sempurna masuk ke dalam kereta.

Rayyan pula, masih terdiam di situ. Dia menunduk sambil menelan air liur. Dia betul-betul mencintai Anis. Adakah keputusannya salah? Tapi, abah selalu pesan, kalau betul kita mencintai seseorang, kejarlah semampu yang boleh tapi jangan melebihi cintakan dia daripada Allah.

****

"Argggh! Ada orang suka Cik Anis!" Farah, Melati dan Aya bersorak gembira. Mana tidaknya, dahlah akan dapat majikan in law nanti, dan yang melamar Anis tu pulak, jejaka paling handsome!! Hooray!!

Para bodyguard yang lain menutup telinga sementara Anis rileks je.

" Eh, dahlah! Serabut aku tengok korang melompat macam kongkang ni.." sindir Aqil yang berada di tepi Anis..

Farah, Melati dan Aya buat-buat pekak.

"Biarlah, yang jadi kongkang tu kitaorang, bukan kau! Kau tolong zip mulut ye. Dari tadi bebel macam radio klasik je.." sakat Farah pula.

Anis walaupun tidak boleh mendengar, tapi dia tahu maidnya berbicara tentang Rayyan. Selepas dia sampai ke rumah, dia terus memberitahu Farah, Aya dan Melati tentang lamaran Rayyan. Patut ke dia setuju? Dia tidak sempurna seperti gadis - gadis yang lain.. Dia tak mahu Rayyan menyesal di kemudian hari..

Anis memandang Alan yang berada di hujung sofa. Lelaki itu diam sahaja. Entah apa yang difikirkan. Tadi dia melihat wajah Alan yang seolah-olah marah pada Rayyan. Takkan sebab Rayyan ajak dia nikah kut Alan nak moody bagai ni?

"Cik Anis!" menepuk bahu Anis menyebabkan Anis terkejut.

"Tulah, mengelamun lagi.. Ni, fasal Encik Rayyan tu, Cik Anis terima jelah." kata Aya.

'Kenapa? Nak suruh saya cepat keluar dari sini?' gurau Anis.

"Eh, bukan macamtu Cik Anis.. Kitaorang nak Cik Anis terima sebab kitaorang nak tengok Cik Anis bahagia.." luah Aya.

Anis tiba-tiba diam.. Bahagia? Ya, dia sentiasa bahagia. Tapi hidupnya keseorangan. Kawan tak ada, parents tak ada.. Harta yang berlambak ni pun tak menjamin kebahagiaannya.

" Tapi kan? Kenapa Cik Anis nak keluar dari sini? Cik Anis dan Encik Rayyan boleh je tinggal dekat sini.. Fasal resort tu, biarlah dia suruh pekerja dia uruskan." kata Melati pula.

"Senang hati kau.. Habistu, nak dia lenggang kaki je dekat rumah ni?" tanya Aqil.

"Mestilah nope! Encik Rayyan akan jadi CEO Hawri. Corp yang baru!" kata Melati.

Alan yang termenung tadi terus tersedar. Dia bangun dan berdiri.

"Tak! Dia tak boleh jadi CEO Hawri. Corp. Aku yang akan uruskan semuanya!! Dan kau, jangan nak memandai macam kau yang handle semuanya!!" marah Alan lalu pergi dari situ.

Anis dan maid yang lain terkejut.

"Apa kena dengan Encik Alan tu?" tanya Aya.

Semua mengangkat bahu kecuali Anis. Dia mengetap bibir dan terus keluar mencari Alan.

Anis ragu-ragu menepuk bahu Alan. Alan sedang berada di taman bunga milik Anis. Dia sedang duduk di pondok sambil menongkat kedua-dua tangannya.

Alan sedar kehadiran Anis namun dibiarkannya sahaja. Anis mengeluh perlahan.

Anis menyandarkan kepalanya di bahu Alan. Alan masih diam.
Anis bermain pula dengan jari - jemari Alan. Kali ini Alan menoleh sedikit.

Anis melepaskan jari Alan.. Dia menggapai satu buku kecil yang sudah comot lalu dibukanya. Pada muka surat keempat, dua orang lidi yang satunya perempuan dan lelaki dilihat berpegangan tangan. Dan yang lebih detail lagi, satu Alan satu Anis.

Anis memandang Alan. Lelaki itu melihat buku kecil itu.

'Ini awak dan ini saya..' kata Anis dalam bahasa isyarat.

Alan tercengang.. Buku ini sebenarnya kepunyaan Alan waktu kecil. Dia dan Anis ialah kawan baik dari kecil lagi. Lukisan ini pun Alan yang lukis..

Anis menongkat tangannya pada dagu manakala sikunya direhatkan pada pehanya. Matanya memandang Alan.

Alan menulis sesuatu pada buku itu dan memberikannya pada Anis. Anis membacanya.

'Dia bukan orang yang baik. Dia kaki perempuan. Saya kenal dia macamana..' tulisan Alan.

Anis mendongak memandangnya.

'Dia akan hargai saya..' Anis membuat bahasa isyarat.

Alan mengambil semula buku itu dan menulis lagi. Dia serahkan balik pada Anis.

'Saya takut Cik Anis akan terluka. Lelaki seperti dia, cuma tahu berfoya-foya dengan gadis di luar sana. Kalau dia buat begitu pada Cik Anis, saya takkan lepaskan dia..' tulis Alan lagi.

Anis tersenyum. Alan sangat mengambil berat padanya.

'Saya janji itu takkan berlaku..' kata Anis.

'Dan andainya ia berlaku, saya akan jadikan Cik Anis sebagai isteri saya.'

Anis tercengang. Rupa-rupanya selama ni Alan menyimpan perasaan padanya. Tapi dia tersenyum. Dia mengangguk..

***

Anis mengangguk.

Rayyan terkebil-kebil. Apa dia?

'Saya setuju.' Anis berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

"Awak setuju?" tanya Rayyan senyum lebar.

Anis mengangguk lagi.

"Yes! Yes! Thank you! Thank you very much!" jerit Rayyan kegembiraan. Dia ingin mencium Anis namun dia menghalang.

'Tak boleh lagi..' kata Anis.

Rayyan daripada ingin mencium Anis, dia mencium tiang berkali-kali. Rasa gembira melebihi segalanya..

Dia kemudiannya memegang tangan Anis. Anis mendongak melihatnya.

"Saya janji saya akan jaga awak dengan baik. Takkan sia-siakan awak.." ucap Rayyan.

Anis pun harap begitu. Perasaannya pada Rayyan juga bercambah. Tapi bagaimana kalau Rayyan mungkir janji?

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience