Bab 51: Pergi ke mana?

Romance Series 45849

"Lepaslah!" kata Anis dengan dingin. Rayyan terkebil-kebil.

"Kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Rayyan cuba memegang bahu Anis namun ditepis.

Anis menyelak selimut lalu membungkus dirinya. Rayyan ditinggalkan bersendirian sambil memikirkan salahnya sendiri.

Dia mengeluh perlahan apabila dirinya tidak dapat menyelak memorinya sendiri. Seingatnya, dia cuma keluar bersama dengan Fariz Iskandar sahaja tadi. Dia emosi sendiri lalu keluar dari bilik itu.

Apabila terdengar pintu sudah ditutup, Anis terus mengeluarkan kepalanya dari selimut sambil menoleh ke pintu. Dia memukul tilam tanda marah.

"Huh! Bukan nak jelaskan ke apa, marah pulak!" rungut Anis.

Keesokkan harinya,

Anis turut tolong membantu Hamidah dan Wardah memasak di dapur. Dalam tempoh mereka memasak itu, Anis langsung tidak melihat kelibat ayah mertuanya. Dia juga pelik. Rayyan? Dari semalam selepas keluar dari bilik, entah ke mana dia menginap..

"Kak Wardah.." panggil Anis. Wardah dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya terus menoleh ke arah Anis.

"Kenapa?"

"Anis peliklah kak.. Dari semalam Rayyan dengan Anis balik sini, kelibat abah pun tak nampak. Abah pergi mana sebenarnya?"

Wardah kelihatan berfikir sejenak. Dia tersenyum hambar sebelum mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Entahlah. Abah tu sebenarnya dari minggu lepas dah tak balik. Bila kakak call, dia cakap dia tidur dekat kilang. Entah betul ke tidak dia cakap tu.."

Anis pura-pura mengeruhkan wajahnya sedangkan dia tahu mengapa Encik Hamid tidak pulang. Mungkin takut rancangannya terbongkar.

Sedang mereka mengemaskan dapur, Rayyan tiba-tiba muncul dengan membawa satu plastik barang basah yang baru dibelinya. Dia melintasi Anis tanpa sedikitpun memandang ke arahnya.

"Nah, barang dapur. In case kalau tak cukup.." kata Rayyan dengan wajah dingin.

Hamidah terus mengambilnya. Dia terkebil - kebil memeriksa kandungan tiga plastik besar di atas lantai itu.

"Rajin kamu beli barang dapur. Ada apa-apa ke?" tanya Hamidah berseloroh.

Rayyan hanya menggeleng. Ketika melintasi Anis, dia hanya memandang dingin lalu keluar dari dapur dan terus menaiki tangga.

Anis terdiam. Wajah Rayyan seakan-akan menggambarkan kemarahan. Tapi kenapa? Kerana dia tidak melayan lelaki itu semalam? Tapi itu salah dia!

Anis terus meninggalkan dapur dengan wajah dingin membuatkan Hamidah juga tergamam melihatnya. Dia berkerut dahi. Dah kenapa dua orang ni?

Di bilik mereka, Anis senyap-senyap masuk ke dalam bilik. Sempat dia mengerling ke arah bilik air di mana Rayyan sedang mandi. Apabila terdengar bunyi air, terus dia menyambar beg tangannya lalu memecut keluar dari bilik.

Wardah yang baru selesai solat mengerutkan dahi melihat Anis yang tergopoh-gapah keluar ke muka pintu rumah. Terus dia menegurnya.

"Anis nak ke--"

"Keluar kejap!" laung Anis kepada Wardah yang kehairanan. Selepas menyarung kasut, dia membuka pintu kereta, tapi dia teringat sesuatu. Terus dia ke pintu rumah semula yang menempatkan Wardah di situ.

"Kak, nanti kalau Rayyan dah siap mandi, beritahu dia Anis keluar sampai malam.." kata Anis dengan sopan.

"Anis nak ke mana? Nantu marah Rayyan tu nanti.." tegur Wardah.

"Alah, kejap je.. Anis pergi ea?" tanpa menunggu balsan dari Wardah, Anis terus mengambil tangan Wardah lalu menciumnya. Dia terus berlalu ke kereta milik Rayyan. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta Audi mulai keluar dari perkarangan rumah.

Wardah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Rayyan dahlah tengah badmood sekarang ni, kalau dia tahu isterinya pergi entah ke mana, pasti dia meradang..

"Anis ke mana kak?"

Aduh! Tepuk dahi!

Sorry lambat update, sekarang baru boleh menulis semula, sibuk sangat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience