Encik Hamid tersenyum sinis. Benar telahannya. Rayyan masih lagi tidak menyedari kalau isterinya disihir. Dia mula mendail nombor Lia.
"Hello pak cik!" sapa Lia..
"Hello Lia. Ni, pak cik nak beritahu yang Rayyan nak bercerai dengan Anis!" kata Encik Hamid teruja.
Lia yang sedap landing atas katil terus bangun duduk. Wajahnya terkejut namun seketika kemudian berubah gembira.
"Ye ke pak cik? Kiranya benda tu menjadilah ya?!" tanya Lia teruja.
"Ya, baru tadi Pak Cik call Rayyan. Dia kata dia dah tak betah dengan Anis tu. Siap berkepit lagi dengan Fariz."
"Yeay! Yeay! Boleh kahwin dengan Rayyan!" Lia melompat - lompat gembira di atas katil.
"Lia sabar ya? Nanti Pak Cik suruh Rayyan hantar rombongan meminang." kata Encik Hamid.
"Okay pak cik! Jaga diri baik-baik tau! Assalamualaikum.." kata Lia dengan penuh sopan. Yelah, bakal ayah mertua kan?
Encik Hamid menutup panggilannya. Dia menarik nafas lega. Nasib baik Lia tidak mendedahkan lagi tentangnya kepada umum. Kalau tidak, rosak lah imejnya di sini..
Rayyan, Anis dan Fariz Iskandar bersemuka di sebuah restoran. Fariz Iskandar hanya memandang adiknya. Dia tidak tahu mahu berbicara apa. Dia berfikiran mungkin Rayyan mahu menuduhnya lagi.
Di sebelah Rayyan, Anis menyiku lengannya. Rayyan menyiku pula tanda tidak puas hati. Sebenarnya malu kerana telah bersangka buruk terhadap abangnya sendiri.
Pasangan suami isteri itu saling menyiku antara satu sama lain sehinggakan pening kepala Fariz Iskandar melihatnya. Dua ketul ni main apa?
"Dah dah! Penat abang tengok kamu berdua ni main siku-siku. Tak lapar ke?" gurau Fariz Iskandar sambil tersengih ke arah Rayyan. Rayyan menunduk lalu menoleh ke arah Anis. Wajahnya cemberut.
"Abang Riz.." panggil Anis. Fariz Iskandar yang sedang menilik buku menu mendongak melihat Anis.
"Sebenarnya, Rayyan ada nak cakap sesuatu.."
Bahu Anis ditampar manja.
"Apa pulak? Bila masa?" bisik Rayyan di telinga Anis. Anis membulatkan mata lalu bangun dari tempat duduk.
"Saya nak ke tandas jap. Korang borak-boraklah dulu.." kata Anis lalu pergi meninggalkan Rayyan yang sudah ingin menangis sambil terkial-kial menarik baju Anis. Anis menjelir lalu pergi ke tandas.
Kini, tinggalah mereka berdua sahaja di situ. Rayyan menelan air liur. Malu dan takut bercampur. Malu kerana telah menuduh yang bukan-bukan. Dan takut kerana Fariz Iskandar akan memarahinya nanti.
"Rayyan nak cakap apa dengan abang?" tanya Fariz Iskandar lembut.
Rayyan menunduk.
"Aku.. Aku nak minta maaf..dengan kau."
Fariz Iskandar tercengang. Dia tersenyum.
"Aku tahu..aku banyak buat salah dekat kau. Aku tuduh kau macam-macam. Tapi aku betul-betul tak berniat. Fikiran aku jadi celaru bila Anis..tengok kau semacam je.."
"Tapi dia cintakan kau kan?" tanya Fariz Iskandar.
Rayyan dari murung terus tersenyum gedik.
"Yang tu mestilah! Tapi aku rasa tergugat juga mana tahu Anis berubah hati ke.."
Rayyan memandang Fariz Iskandar.
"Sebab tu aku datang jumpa kau. Aku nak minta maaf dengan kau dan..aku nak minta tolong kau.."
Fariz Iskandar mengecilkan mata.
"Tolong? Tolong apa?"
Sorry, author buat sikit je hari ni..
Share this novel