Anis memandang Rayyan yang sedang memandu kereta di tepinya. Wajah lelaki itu cukup tegang dan dingin.
Anis senyum kerana walaupun Rayyan berwajah tegang dan dingin, namun tangan Anis tetap juga dipegangnya dan dicium penuh syahdu.
"Awak.." panggil Anis dari tepi.
Rayyan mengalihkan sekejap matanya ke arah Anis sekilas lalu memandang ke hadapan.
" Kenapa awak cakap macamtu dengan abah? Tak baiklah.." kata Anis lembut.
"Dah dia cari fasal dulu. Boleh dia kata isteri saya macamtu masa saya ada depan dia? Memang mendapatlah. Saya pantang kalau orang kata hak milik saya tak sempurna. Bagi saya, harta saya paling sempurna." rungut Rayyan.
Anis tersenyum. Ya, Rayyan memang begitu dari sekolah menengah lagi. Dia cukup pantang jika hak miliknya dipermainkan orang. Dekat situ juga dia belasah.
" Betulla apa abah cakap tu. Saya bukan baik sangat. Suami sendiri pun saya tak boleh jaga." lirih Anis sambil menunduk. Rayyan mula memandang ke tepi.
"Hey, awak dah cukup sempurna untuk saya. Saya yang tak cukup sempurna untuk awak. Saya dah banyak lukakan hati awak mula dari Nina. Maafkan saya..."
Anis menggeleng kepala sambil tersenyum. Dia ketawa kecil.
"Taklah awak, saya gurau je tadi. Awak pun sempurna untuk saya.." kata Anis.
"Chiechiechie.." usik Rayyan membuatkan mereka berdua ketawa besar di dalam kereta. Kereta milik Rayyan dipandu dan diparkir di depan sebuah kedai makan.
Selepas melepas seatbelt, Rayyan memandang Anis.
"Sorry, sayang. Sini takde restoran. Ada kedai makan je."
" Takpelah! Saya tak kisah pun. Kan saya dah kata saya akan ikut awak ke mana pun awak pergi?" kata Anis.
Rayyan tersenyum lebar lalu keluar dari kereta dan menuju ke belah penumpang. Dibukakan pintu lalu meraih tangan Anis dengan lembut. Mereka masuk ke dalam kedai makan itu.
Mereka duduk di tempat yang jauh sedikit. Rayyan memegang tangan Anis di depannya membuatkan Anis tersipu malu. Belum pun sempat mereka berpelukan, seorang pelayan tiba-tiba datang.
"Nak pesan apa, encik?" tanya Pelayan yang bertag nama Hakim kepada Rayyan. Dia menahan tawa melihat pasangan sejoli di depannya ini kelihatan resah seperti ular kena palu.
"Awak nak makan apa?" tanya Rayyan berpura-pura tenang.
"Apa-apa jelah.." kata Anis senyum.
"Okay, kalau macamtu kita makan nasi berlauk, nak?"
Muka Anis memuram.
"Apa pula? Kat rumah dah ada lauk. Baik makan kat rumah je.."
"Nasi ayam?"
"Takde mood."
"Nasi goreng?
" Bosanlah. "
Rayyan merengus. Tadi kata apa - apa jelah. Dah aku pilih banyak pula songeh dia..
" Habistu nak makan apa? " tanya Rayyan.
" Ish, saya kata apa-apa je. Susahlah dia ni.. Kalau gitu nasi ayam arh! " rungut Anis dengan muka cemberut.
Rayyan melopong mulutnya. Pelayan itu hanya ketawa perlahan. Siaplah encik suami..
"Tadi saya request nasi ayam, awak kata tak nak.."
"Habis tu? Awak ada cadangan?" soal Anis.
Rayyan terkebil - kebil. Dia memandang pelayan lelaki itu.
"Perempuan memang complicated." katanya pada pelayan itu.
"Ya, nasib enciklah.." kata pelayan itu sebelum bertanya order. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk order nasi briyani kerana Anis menukar pada saat - saat akhir.
Sedang mereka makan, tiba-tiba seorang gadis bertudung labuh dan berbaju kurung menyapa Rayyan.
" Hai abang Fateh!" sapa gadis itu.
Rayyan yang menyuap nasi terkebil-kebil memandangnya. Bukan kerana kecantikan. Kalau cantik tu ada pada Anislah jawabnya. Tapi tujuan gadis itu di sini.
"Eh, Lia! Buat apa dekat sini?" tanya Rayyan. Dia dapat melihat wajah cemburu Anis walaupun gadis itu tidak menunjukkannya.
"Saja jalan-jalan. Lapar. Makan dekat sini. Abang pula?" tanya Lia. Dari tadi dia melihat wanita di depan Rayyan ni.. Siapa dia?
"Owh, abang makan dengan isteri abang dekat sini. Kenalkan, isteri abang. Anis Wana." kata Rayyan lembut dan tersenyum manis pada Anis.
Lia kelihatan cemberut berhadapan dengan Anis sebelum dia menghulurkan tangannya.
"Owh, ni isteri abang ea? Sorry tak perasan.." kata Lia walaupun dia sudah lihat kehadiran Anis di situ.
Anis cuma tersenyum walaupun hatinya meletus bagaikan gunung berapi. Boleh kau kata tak nampak aku yang besar dapur ni depan mata? Sah-sah kau nak tengok laki aku je!
" Takpe-takpe! Tak marah pun. You bukan penting nak nampak I!" sindir Anis. Dia ketawa diva.
Rayyan hanya menahan tawa melihat wajah Anis yang mampu kawal rasa marahnya walaupun adalah sikit sindiran pedas tu..
Lia kelihatan sedikit terganggu dengan sindiran itu namun untuk menjaga imejnya, dia berpura-pura tersenyum.
"Abang dah siap makan ke?" tanya Lia.
Rayyan yang hanya menunduk kerana takut pandangan isterinya lantas memberi isyarat supaya Anis mengurus manusia itu. Anis mengenyit mata tanda setuju.
"Hello, who you call 'abang'? This is not your abang! Jauh lagi you punya suami.." sindir Anis.
Rayyan menyorokkan thumbs up untuk Anis daripada Lia. Takut gadis itu terkecil hati.
Lia mengangkat sebelah alis.
"Saya memang panggil suami awak abang dari dulu lagi. Salah ke?" tanya Lia sinis.
Namun dia belum kenal Anis. Nak berdebat salah oranglah! Ini Anis Wana. Takkan kalah walaupun selalu kena marah dengan orang..
"Sekarang ni siapa isteri dia? Cuba you bayang ea, kalau you ada suami, then makhluk asing girl yang entah datang dari mana tiba-tiba call your hubby, abang. What do you feel? Fikir biar cerdik, cik adik! Bercakap jangan sembarangan.. Awak masih bergetah lagi. Jangan tunjuk murah. Nanti orang ingat awak tak ada maruah.. " herdik Anis lalu menarik tangan Rayyan supaya bangkit dari kerusi.
" Kejap sayang, abang belum bayar lagi. " kata Rayyan sengaja menguatkan suara agar Lia mendengar.
" Yelah, abang pergilah bayar. Sayang dah merah tangan kena gigit 'nyamuk' tadi.. " sindir Anis. Dapat dia lihat wajah Lia bertukar merah.
Masuk dalam kereta, kedua-duanya ketawa terbahak-bahak. Rayyan menyandarkan kepalanya ke kusyen pemandu sambil memandang isterinya. Dia mencubit pipi Anis.
" Pandai ea.. Belajar dari mana ni? " tanya Rayyan sekaligus memeluk leher Anis. Anis ketawa.
"Abang, kalau bab macamni melanda setiap wanita, tak payah ada skill, semua diaorang sembur terus. Orang tak reti malu macamtulah.." herdik Anis.
Rayyan juga turut ketawa. Lia memang suka menyapanya dari dulu sampailah sekarang. Perasan tak habis bila Encik Hamid memberitahu gadis itu bahawa Rayyan menyukainya suatu masa dulu. Eihhh, beranganlah kau, perempuan!
Rayyan memegang tangan Anis. Anis terkedu.
"Saya janji, tak ada orang ketiga dalam hubungan kita. Kalau ada juga, saya sendiri akan buang!" tekad Rayyan.
"yalah, Rayyan sayang!" jerit Anis sambil memicit kedua pipi Rayyan sampai kembung.. Mereka pulang ke rumah Encik Hamid dengan suasana ceria.
Sorry lambat update..
Share this novel