Bab 43: Tidak Sanggup

Romance Series 45849

Rayyan bergegas masuk ke restoran tempat dia dan abangnya, Fariz Iskandar akan bertemu empat mata. Fariz Iskandar yang sudah lama sampai bangun dari kerusinya dengan wajah gembira. Dia ingin memeluk adiknya.

"Stop!" bantah Rayyan membuatkan Fariz Iskandar tersentak. Dengan senyuman hambar, dia menurunkan tangannya.

"Aku nak jumpa kau sebab aku ada hal penting nak cakap dengan kau!" kata Rayyan kasar.

"Apa dia dik?" tanya Fariz Iskandar.

"Kau buat apa dekat isteri aku? Sampai dia takut teruk macamtu? Kau tahu tak semalaman badan dia menggigil. Tak nak berenggang dengan aku! Kau guna-gunakan isteri aku kan?!" tuduh Rayyan membabi buta.

Fariz Iskandar beristighfar dalam hati. Mana mungkin dia tergamak menghancurkan rumah tangga adiknya sendiri.

" Sumpah abang tak buat semua tu, Rayyan. Abang cuma datang rumah Rayyan sebab abang nak bagi kek. Abang tak sempat datang ke majlis perkahwinan Rayyan dan Anis dulu." jelas Fariz Iskandar.

"Lepastu, Anis buka pintu. Abang bagilah kek cawan tu dekat dia. Abang tak tahu kenapa dia macam takut dengan abang. Dia suruh abang pergi dari situ lepastu dia lari nak naik ke atas. Tapi masa tu dia pengsan.." jelasnya lagi.

Rayyan terdiam. Dia tidak tahu sama ada perlu mempercayai atau tidak abang kandungnya itu.

" Rayyan, please percayakan abang. Takkan abang sanggup nak hancurkan rumahtangga adik abang sendiri? "

Rayyan merenung wajah abangnya. Wajah itulah yang membuatkan Anis tidak menoleh sikitpun pada dia masa hari pertama dia balik ke kampung. Tapi abangnya kelihatan seperti benar. Kalau bukan Fariz Iskandar, tapi siapa?

" Aku! " suasana di Zouk pada malam itu langsung tidak membuatkan telinga Nina pekak dengan muzik. Dia tersedak apabila wanita di hadapannya ini sedang memulakan rancangannya.

"Kau apa?" tanya Nina.

"Aku yang buat Anis jadi macamtu." Lia dengan muka sombongnya mengakui perbuatan melampaunya itu. Terkejut Nina. Disangkanya hubungan Rayyan dan Anis kian membaik tanpanya, rupanya ada parasit datang menganggu sebuah istana cinta.

Pada awalnya, Nina menegur Lia yang dulunya berjilbab dan menutup aurat kini datang ke tempat begini dan jawapan yang diterima pun not bad..

"Aku bukannya malaikat tak pernah buat salah. Aku ada nafsu, aku ada keinginan."

Seleoas itu, Nina juga bergurau dengannya tentang dirinya yang sudah lama single. Terkejutlah dia apabila diberitahu Lia akan berkahwin tidak lama lagi.

"Dengan siapa babe?" tanya Nina teruja.

"Adalah. Tapi wife dia tu sombong sangat. Nak jadi madu pun tak boleh. Suami dia tu tak boleh bercakap dengan perempuan langsung. But I yakin, dia sukakan I. Sebab tu I buat something sikit dekat wife dia.." kata Lia dengan maksud tersirat.

"At first, I tak yakin dengan plan ni, but ayah mertua dia pun tak suka dia sebab menantu dia tu jenis tak tutup aurat. Dia kata suka I lagi jadi menantu dia sebab I pandai jaga aurat. So, kita jalankan rancangan ni. You nak tahu, kesian husband dia. Ada laki pun still pandang lelaki lain. Sampai terangsang bagai.. " perli Lia walaupun perbuatan itu dilakukan olehnya sendiri.

" Ye? Jahat betul wife dia tu? Siapa diaorang? Sepupu you ke? " tanya Nina ingin tahu.

" Taklah, jiran I dekat kampung. Parents I memang rapat dengan diaorang. I pun berkenan dengan anak lelaki bongsu diaorang. Handsome! Tapi dia dah kahwin. Dengan orang kaya. " kata Lia.

" Dah kahwin tak payah kacau. Biarlah diaorang dengan hidup diaorang sendiri.. " kata Nina. Dia sudah tidak mahu lagi menjalankan perbuatan itu. Dia ingin bersendirian sekarang.

" Tapi dia handsome sangat. I tak tahan. Sebab tu I tetap usaha. You nak tahu nama dia tak? "

" Apa dia? "

" Rayyan Fateh bin Hamid! "

Tersembur air dari mulut Nina. Rayyan? Habistu, wife..

"Wife dia yang garang tu pulak, nama dia Anis. Dia tulah yang suka cari fasal dengan I.." perli Lia.

"You buat apa dengan wife dia?" tanya Nina dengan nada suara yang sudah berubah.

"I cuma buat sihir sikit dekat dia. Bagi dia suka dengan abang ipar dia sendiri. Dia mesti tak tahan punya. Kalau Rayyan nampak , dia mesti marah dan ceraikan Si Anis tu. Waktu tu I akan pujuk Rayyan dan jadi isteri dia!" bayang Lia tanpa sedar raut wajah Nina berubah.

Rayyan sampai di rumah. Di menutup pintu lalu berpaling ke belakang. Dia terhenti apabila melihat Anis sedang tidur nyenyak di sofa. Rayyan mengeluh perlahan sebelum tersenyum. Dia ingin berangkat ke dapur.

Belum pun sempat dia pergi, dia terdengar bunyi orang mengigau..

"Abang Riz.." tanpa sedar, Anis memanggil dalam mimpi. Rayyan yang terdengar akan hal itu terus berpatah balik ke arah sofa tempat isterinya tidur. Dengan tidak sengaja dia menampar pipi isterinya sehingga Anis bangun.

"Eh, awak! Dah lama balik?" Anis terpisat-pisat menggosok mata sambil bangun namun wajah Rayyan sudah tegang.

"Siapa yang kau sebut dalam tidur tadi?!" bentak Rayyan. Anis terkejut.

"Apa yang awak cakap ni?" tanya Anis ketakutan.

"Aku tanya siapa yang kau sebut dalam tidur tadi?" tanya Rayyan sekali lagi.

"S-saya s-sebut siapa?" tanya Anis cemas. Dia yakin dia salah.

"Kau.." Rayyan menuding jari ke arah Anis. Matanya memerah. Dadanya berombak menahan marah.

"Awak saya minta maaf!" jerit Anis dengan tangisan hiba sebelum mencapai tangan Rayyan lalu dicium berulang kali. Rayyan pula terus merasa lemah sebelum melepaskan tangisan kuat.

"Saya minta maaf! Saya minta maaf!" berulang kali Anis menyebut perkataan maaf, namun Rayyan seolah-olah tenggelam dalam tangisan.

"Saya bodoh! Saya gila! Saya minta maaf dekat awak!" lirih Anis dengan tangisan hiba. Dia tahu siapa yang dia sebut tadi. Dan ketika itu dia menyesal.

"Kau cintakan dia?" tanya Rayyan dengan sebak.

"Tak! Tak! Saya cuma cintakan awak je! Saya minta maaf! Betul, saya tak sengaja!" Anis terus memeluk Rayyan dan melepaskan tangisan di bahu Rayyan. Seakan-akan tidak mahu melepaskan..

"Tapi awak.."

"Kesilapan! Ya, kesilapan! Saya tak tahu kenapa saya jadi macamni! Saya asyik terfikirkan dia! Saya rindu dia! Tapi saya yakin, saya cintakan awak!" jelas Anis laju.

Keadaan menjadi senyap seketika. Hanya bunyi tangisan sahaja yang kedengaran di rumah itu. Rayyan meleraikan pelukan. Dia memegang kedua-dua pipi Anis dengan penuh rasa sayang. Anis pula sudah banjir airmata.

" Kalau awak sayang saya, kita berubat ea?" tanya Rayyan. Dia yakin isterinya terkena buatan orang.

Anis mengangguk berkali-kali. Dia terus mendakap Rayyan dengan erat. Rayyan pula hanya berdoa semoga diberikan kesenangan dalam perkara yang akan mereka lakukan nanti..

Sorry lambat update.. Author busy sangat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience