Bab 28: Nasiblah..

Romance Series 45849

"Aku CEO baru Hawri. Corp.."

Dean tercengang. Dia memandang Anis yang merengus memandang Rayyan.

Rayyan menggenggam tangan Anis sambil memandang Dean.

" Kalau aku dapat tahu kau dekat dengan isteri aku lagi, aku takkan teragak-agak untuk buang kau dari senarai shareholder! " kata Rayyan dengan keras lalu menarik tangan isterinya pergi dari situ.

Dalam kereta, Rayyan hanya diam sahaja sambil fokus memandu. Anis di sebelah hanya memandang dengan mata sahaja. Dia mengeluh nafas berat.

" Kenapa awak buat macamtu dekat Dean? Kesian dia.." kata Anis lembut.

Rayyan tidak memandang Anis sebaliknya dia fokus di hadapan.

"Owrh, lelaki tu awak kesian sangat, saya ni?! Awak biar macamtu je?! Eh, mana malu awak sebagai seorang isteri hah?! Tak ada rasa malu eh, berduaan dengan lelaki bukan muhrim?!" perli Rayyan.

Anis melopong mulutnya. Cari fasal mamat ni! Nak aku ungkit satu-satu ke apa dia buat?

" Eh, awak tak payah ceramah sayalah! Awak sama je! Kata orang... Awak buat dekat Nina sampai awak kena kahwin dengan dia? Awak tidur dengan dia kan?! " jerit Anis sambil menuding.

"Macam yang saya cakap, saya tersilap! Awak faham tak?!" bentak Rayyan lalu menampar stereng.

Strettt!!!

Kereta berhenti mendadak apabila sebuah lori membunyikan hon pada mereka. Anis yang tidak memakai tali pinggang dengan mudahnya terhantuk pada dashboard.

" Sayang, awak okay ke? " tanya Rayyan risau. Dia menyentuh kepala Anis.

"Awak memang sengaja kan?! Awak nak bunuh saya kan?!" marah Anis mencerlung pandangannya.

"Tak sayang. I'm sorry.." pinta Rayyan seraya menarik kepala Anis dan menggosoknya. Sesekali dia menggemam tempat yang terhantuk dashboard tadi.

Anis cuma diam.. Dia mencebik sakit.

"Dekat sini?" tanya Rayyan sambil menggosok tempat itu.

Anis mengangguk sedih. Konon-konon sakitlah tu..

"Kita balik dulu and then saya ubatkan, okay?" kata Rayyan.

Anis hanya mengangguk. Kereta mereka kemudian bergerak semula dan dengan cermat Rayyan memandu kereta ke rumah mereka.

Anis menyuap makanannya dengan kasar tatkala melihat pemandangan hodoh di depannya. Nina sedang menyuap Rayyan makanannya dan Rayyan cuma melayannya sahaja.

Dia bangun dan terus menuju ke dapur. Nina yang melirik pada Anis cuma tersenyum sinis.

Di dapur..

Anis cuma memerhatikan gelagat maid aka sahabatnya menghidangkan makanan. Dia tiba-tiba terpandang hidangan ayam masak lemak cili api di dalam periuk.

"Aya, ayam ni siapa suruh buat? Saya tak suka makan pedas." kata Anis.

Aya memandang Anis. Dia membuat wajah jengkel sambil jarinya menuding ke arah Nina yang sedang menyuap Rayyan tetapi mata lelaki itu melekat pada Anis.

Anis melopong tidak percaya.

"Betina gedik tu?! Amboi, kata pregnant, makan bukan main.."

Dan secara sengaja, muncullah anasir jahat di dalam fikirannya. Anis tersenyum nakal. Alang-alang dah nama cili api, apa kata kita cuba apikan lagi? Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.. Hahahahhaaha..

Dia mengambil alih tugas membuat hidangan itu. Tanpa disedari maidnya, dia memotong beberapa lagi lada besar. Tak cukup dengan itu, lada jarum turut dia campur. Dia juga mencampurkan sambal yang ditumbuk beberapa lada dan dituangnya dalam periuk itu.

Anis tersenyum sendirian.

"Lada yang baik.. Buat betina tu pedas menyala tau.." Anis bermonolog sendirian.

Dia duduk semula di meja makan. Rayyan mengangkat sebelah alis memandangnya. Dia tahu mesti ada sesuatu Anis buat.

"Share sikit buat apa?" bisik Rayyan pada Anis.

Anis menaikkan bola mata. Dia berbisik pada Rayyan. Rayyan mula mendekatkan telinganya pada Anis berharap agar Anis memberitahunya tetapi..

"None of your bussines.." bisik Anis.

Rayyan memuncungkan mulut memandang Anis. Nina yang melihat aksi kedua married couple itu cuma menjeling.

"Sayang.." panggil Nina.

Rayyan dan Anis mendongak memandang Nina. Nina mula menggatal.

"Stop!" tegah Rayyan. Nina tersentak.

"Jangan pandai-pandai nak dekat dengan aku! Aku lempang kau nanti!" ugut Rayyan.

Nina menghentakkan kakinya di bawah meja. Dia pun meneruskan makannya dengan wajah cemberut.

Ayam masak lemak cili api sudah dihidangkan di atas meja. Nina dengan muka teruja terus menyambar makanan itu. Anis yang melirik hanya mampu menahan ketawanya.

Dengan satu suap ke dalam mulut Nina, wajah yang ceria itu bertukar merah apabila merasakan kepedasan tahap maksima. Lalu dia memuntahkan semula..

"Pedas! Pedas!"

***

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience