Nina dengan lagak manjanya masuk ruang office Rayyan. Lelaki itu pada masa itu sedang membuat kerjanya.
"Hai, sayang!" kata Nina sambil meletakkan sebuah mangkuk tingkat berisi makanan di atas meja kerja Rayyan.
Rayyan yang terkejut lantas mendongak dan dia tergamam. Lantas dia bangun dan mencengkam pergelangan tangan Nina.
"Kenapa you ni, Rayyan?! Sakitlah!" rintih Nina sambil meronta minta dilepaskan tangannya. Tiba-tiba je Rayyan menggila.
"Kenapa you datang sini? I dah cakap kan, jangan pernah berani datang sini! Kalau staf I tengok, macamana?!" bentak Rayyan dengan kasar.
Nina tersenyum sinis.
"Kenapa I tak boleh datang? I juga wife you! Bukan Anis sorang je.. Well, sekarang kita tak perlu bersembunyi lagi fasal hubungan kita.." kata Nina dengan manja.
Rayyan mengerutkan dahi.
"Apa maksud you?"
Nina ketawa kecil lantas mencuit hidung Rayyan. Kelakar..
"I dah dengar everything, Rayyan. I tahu you buat semua ni sebab I kan? You kahwin dengan I bukan sebab you nak bertanggungjawab, tapi sebab you memang tak boleh move on dengan I.. So, you dah dapat I sekarang ni.." katanya dengan bersahaja.
Rayyan terkulat-kulat. Kemudian dia ketawa kuat sehingga Nina menghilang senyumnya.
" Kenapa you ketawa? " tanya Nina.
Rayyan masih lagi ketawa setelah melihat wajah Nina. Tidak disangkanya, wanita itu cukup terkenal dengan berlagaknya.
"I rasa you dah salah faham kut.." kata Rayyan dengan sisa tawanya.
Nina mengerutkan dahinya.
Rayyan pula berjalan ke arah Nina lalu berdiri di hadapannya. Senyuman yang dipamerkan buat wanita itu sangat sinis.
"You rasa sebab you, I marah Anis?"
"Siapa lagi kalau bukan I?"
Rayyan ketawa kecil..
" Nina.. Nina.. I cuma risaukan baby I. Bukan you. I kan lelaki yang bertanggungjawab. Jadi, I just nak jaga baby I. Lepas I dah dapat baby I, you, I buang jauh-jauh."
Nina terpempan.
"Tapi, kita tak tahu siapa ayah kepada baby you tu. Yelah, you kan dah kena 'pakai' banyak kali."
"You jangan nak hina I! I isteri you!"
"Isteri di atas kertas!" bentak Rayyan. wajah Rayyan sudah berang. Jarinya dituding pada Nina membuatkan wanita itu ketakutan.
"Isteri I cuma satu. Anis Wana! Dan tak ada siapa boleh ganti tempat dia! Dalam ni.."
Rayyan memukul dadanya.
"Hanya ada nama dia! Bukan you! You perangkap I sebab tu I kahwin dengan you!"
Tangan Nina bergetar. Dia semakin mundur ke belakang manakala Rayyan semakin ke hadapan.
"Tapi semua dah rosak disebabkan parasit macam you! Hubungan I dan Anis hancur kerana you! You memang tak guna!"
Rayyan mencekik sekuat-kuatnya leher Nina. Merah wajah itu kerana tiada nafas. Rayyan bagaikan dirasuk!
"I akan buat test DNA apabila baby tu lahir! You nak tahu kenapa? Sebabnya, aku tak yakin itu anak aku! Dan aku akan malukan kau depan semua orang dengan panggilan 'Pelacur! Pelacur! Pelacur!'"
Nina dengan wajah merah menatap Rayyan dengan pandangan meminta belas kasihan.
" Dan anak tu aku akan upah orang untuk bunuh! Lepastu kau akan menyusul.. "
" Rayyan! "
Sorry lambat update..
Share this novel