Rayyan dan Anis kini bertentang mata. Anis terkejut apabila kedatangannya untuk menyatakan hajatnya pada Rayyan terbengkalai apabila dia melihat Rayyan sedang mencekik Nina..
Manakala Rayyan tergamam apabila mendengar suara Anis yang bergema di office itu lantas terburu-buru melepaskan tangan di leher Nina. Gadis itu tercungap-cungap bernafas. Dia menjeling Anis.
"Anis.." panggil Rayyan tergamam.
" Apa awak buat?! Kalau perempuan ni mati macamana?" sergah Anis tanpa memikirkan perasaan Rayyan.
Rayyan tersentak. Dia menelan liur apabila Anis bergerak pantas ke arah Nina lalu cuba mengangkatnya bangun tetapi Nina berkeras diri.
"Bangun kalau tak nak I sepak you dekat sini." bisik Anis pada telinga Nina. Wajah Anis yang tegang membuatkan Nina takut. Lantas dia berdiri dengan lagak sombongnya sambil berdehem dua kali.
"I keluar sekarang.. Sayang, makanan tu I tinggalkan dekat sini ya? Nanti you makan.." kata Nina lunak sebelum dia menjeling Anis dan terus keluar berlenggang-lenggok dari situ.
Kini tinggalah Anis dan Rayyan berdua. Anis memandang Rayyan dan menghela nafas panjang.
" Rayyan, can we talk? " tanya Anis dengan dingin.
Tetapi Rayyan hanya membekukan diri. Dia masih statik di situ. Anis membalikkan mata. Merajuk mungkin..
"Rayyan, awak dengar tak?" suara Anis kian meninggi. Rayyan pula semakin berjauh hati dengannya.
Terdengar rengusan kasar oleh Anis.
"Okay, fine! Kalau tak nak cakap sangat, saya balik dululah!" suara Anis bergema di situ. Tapi dia berhenti apabila mendengar satu suara.
"Awak memang tak ada rasa hormat langsung dekat saya kan?"
Anis berpusing ke belakang. Dilihatnya Rayyan sedang cuba mengawal air matanya agar tidak jatuh. Mata mereka bertentangan.
Anis meneguk air liur. Aku rasa aku yang merajuk.
"What do you mean?" tanya Anis berpura-pura tidak faham.
"Saya dah penatlah, Anis!" jerit Rayyan. Anis tersentak apabila Rayyan membuang kedua kasutnya dan menanggalkan vestnya juga tie dan kemudian menanggalkan butang bajunya dengan mata yang merah.
" Saya dah penat jadi boneka keluarga awak! Kenapa saya yang patut memendam rasa padahal saya suami awak?!"
Anis terdiam..
"Setiap kali saya cuba beri semangat pada diri saya sendiri, yang saya mampu membahagiakan awak, tapi kehadiran semua kawan-kawan lelaki awak membuatkan saya rasa saya jauh di belakang! Mereka melindungi awak macam saya ni musuh berbahaya bagi awak!" jerit Rayyan meluahkan perasaan hati.
" Saya tahu saya bukan orang senang, mereka tak berikan kepercayaan pun pada saya! Awak pun tak berikan kepercayaan awak pada saya! Awak buat saya macam hamba awak, Anis! "
" Jadi sekarang ni awak nak salahkan saya?! Awak lupa ke sebab awaklah rumah tangga kita hancur?! " bentak Anis sambil mara ke hadapan Rayyan.
" Ya saya tahu! Saya tewas dengan nafsu saya! Saya kaki perempuan! Apa lagi awak nak kata dekat saya? " bentak Rayyan lemah.
Anis bungkam. Rayyan betul-betul sudah patah semangat.
Rayyan menyedut mukus. Dia menyudahkan aktivitinya tadi. Baju kemejanya sudah ditanggalkan dan dicampak merata-rata seperti vest, kasut dan tienya.. Sekarang Rayyan hanya memakai baju tshirt fitnya.
"Ini semua harta awak, kan? Sokay, ambillah.. Saya akan pakai baju saya sendiri.. Saya tak nak berhutang dengan awak.." kata Rayyan lembut lalu memeluk Anis. Anis tergamam.
"Take care.. Saya mungkin tak ada dekat dengan awak. But sokay, Alan ada kan? Dia boleh jaga awak.." bisiknya kepada Anis.
Rayyan melepaskan pelukan lalu keluar dari situ dengan berkaki ayam dan hanya berbaju tshirt biasa dan berseluar slack. Ramai pekerja berasa terkejut melihat Rayyan yang selamba keluar dari situ menuju lif..
" Kenapa weyh? Kenapa?" mulalah heboh satu syarikat.. Mereka mula berasa semakin terkejut apabila melihat Anis berlari keluar dari bilik CEO dengan memakai heels!
"Gosh!" mereka mula berbicara sendiri.. Tapi tak lama kerana Alan, Fahrin serta Affan menyertai di antara mereka.
"Apa bising - bising ni?" tanya Alan..
"Tak ada apa-apa Encik.. Tadi kitaorang nampak Encik Rayyan dengan Puan Anis main kejar-kejar.. Puan Anis berlari kejar Encik Rayyan pakai heels.." cerita salah seorang pekerja mereka.
"Main kejar - kejar?" serentak Alan, Fahrin dan Affan berkata. Mereka mula berfikir sesama sendiri. Tentu ada masalah..
Tangan Anis berjaya menggapai tangan Rayyan sebelum sempat dia masuk ke kereta. Rayyan terkejut.
"Awak nak pergi mana?" tanya Anis dengan mata yang sudah berbalam. Rayyan memalingkan wajahnya dari melihat mata itu.
"Saya nak balik rumah abah.." kata Rayyan lembut.
"Nak ikut!" pinta Anis.
"Siapa nak uruskan syarikat kalau macamtu? Lagipun saya nak tenangkan fikiran saya.."
"Alan ada! Saya ikut awak ea?" pinta Anis lagi tanpa mengalah. Air matanya mula turun ketika Rayyan seolah-olah bersikap dingin dengannya.
"Rumah abah saya bukan rumah orang kaya." Rayyan masih cuba memberi alasan.
"Takpe! Saya tak kisah! Saya tak nak berjauh dengan awak.." Anis mula memeluk pinggang Rayyan.
Rayyan menitiskan air mata apabila melihat isterinya. Mana mungkin dia meninggalkan Anis sedangkan dia adalah orang yang dicintainya..
Dari jauh, Alan, Fahrin dan Affan memerhatikan situasi itu. Affan yang tidak tahan dengan tangisan Anis yang diingatnya kerana Rayyan berura - ura hendak membelasah lelaki itu namun dia ditahan oleh Alan.
"Biarkan mereka.." kata Alan.
"Tapi Anis.."
"Sampai bila kita nak masuk campur? Rayyan suami Anis! Kalau kita masuk campur, Rayyan akan rasa rendah diri.. Dia ada hak ke atas Anis, Fan!" nasihat Alan.
Affan merengus dan berlalu dari situ .. Manakala Fahrin masih ralit memerhatikan mereka.
"Romantic couple.." Fahrin tersenyum lalu berlalu juga dari situ..
Sorry lambat update.. Internet author zero seminggu ni.. But sokay, enjoy!
Share this novel