"Bawa kerepek - kerepek tu pindah sini.." arah Encik Hamid, ayah Rayyan. Seketika kemudian, pekerjanya memindahkan beberapa paket besar kerepek ke tempat yang diarah oleh Encik Hamid.
Sedang dia memerhatikan pekerja-pekerjanya, kedengaran satu suara di belakangnya.
" Assalamualaikum.. "
Dengan pantas kepala berpaling ke belakang. Bibir mengukir senyuman lebar apabila melihat figura anak bongsunya.
"Rayyan.." Encik Hamid pantas memeluk anak bongsunya. Rayyan juga membalas pelukan abahnya.
"Lama kamu tak balik.." kata Encik Hamid pada anaknya.
"Sibuk sikit abah.." kata Rayyan lalu dia dan abahnya berjalan di sekitar kilang itu.
"Kamu dah melawat mak kamu di hospital?" tanya Encik Hamid sambil meneliti kerja pekerjanya.
"Belum lagi. Ingat nak lawat mak dengan Anis sekali.." kata Rayyan dengan sopan.
Encik Hamid berhenti berjalan. Dia memandang anaknya.
"Anis? Isteri kamu tu?"
Rayyan mengangguk.
"Boleh ke dia terima orang macam mak kamu tu? Dia tu orang kaya. Kita ni biasa-biasa je.." sindir Encik Hamid.
Dengan serta-merta, senyuman Rayyan memudar. Dia memandang abahnya.
"Kenapa abah cakap macamtu? Rayyan kenal isteri Rayyan.."
Encik Hamid hanya bermuka selamba.
"Abah cakap je. Yang kamu nak sentap dah kenapa?"
Rayyan tergeleng kepala melihat kelakuan abahnya. Setahunya, Encik Hamid bukan orang macamni.
"Apa-apa jelah bah. Yang Rayyan tahu, Anis bukan macam apa yang abah cakap. Buktinya, dia tak geli langsung untuk masuk rumah kita." kata Rayyan sebelum keluar tanpa pamit.
"Assalamualaikum.." kata Rayyan dari luar rumah sambil menanggalkan kasutnya.
Kelihatan Mia dan Aiman terkocoh-kocoh berlari ke pintu rumah sebelum menjawab salam.
"Waalaikumussalam.." jawab mereka ceria.
Rayyan menunduk lalu mengusap kepala anak - anak buahnya itu. Matanya kemudian melilau-lilau mencari si isteri..
"Mak Su mana?" tanya Rayyan.
"Ada. Dekat dapur. Tolong ibu masak.." kata Mia teruja.
Mereka kemudiannya bergerak ke dapur. Sambil - sambil itu Rayyan berborak dengan anak-anak saudaranya.
Sampai di dapur, Rayyan terus menerpa ke arah Anis yang sedang memotong sawi untuk dimasak nanti manakala kakak sulungnya, Hana sedang menggulai ayam dan kakaknya yang satu lagi sedang menyiang ikan.
"Eh, apa ni? Kakak awak tengoklah." bisik Anis pada Rayyan ketika suaminya itu memeluknya.
"Biarlah.." kata Rayyan sambil memeluk isterinya. Mulalah kedengaran bunyi usikan dari kedua orang kakaknya.
"Amboi, tak menyempat ke sampai dekat sini pun nak peluk?" usik kakak pertama, Hamidah.
"Emmph, tak dan lah tu, Kak Dah oi.. Macam kau tak tahu perangai adik bongsu kita ni.. Manja dari dulu sampai sekarang.." usik kakak kedua pula, Wardah.
Kesemua mereka ketawa ceria disamping usikan sesama adik-beradik. Mulalah Hamidah dan Wardah membongkarkan segala kehingusan Rayyan ketika masih kecil. Riang tawa di dapur bersama - sama sehinggakan wajah Rayyan memerah apabila Hamidah membongkarkan kisah di mana kepala adiknya itu tersekat di celahan tangga.
Ketika mereka sedang menyiapkan makanan di atas meja makan, Encik Hamid pun pulang. Hamidah dan Wardah meluru menyalami abahnya. Apabila tiba giliran Anis, Encik Hamid hanya menyentuh hujung jarinya sahaja lalu terus pergi ke meja makan.
Anis tergamam diperlakukan begitu. Dia tersentak apabila bahu disentuh. Dia menoleh memandang Hamidah dan Wardah yang tersenyum tulus padanya.
"Jangan ambil hati ya.. Biasalah, abah penat tuu.." kata Hamidah.
Anis mengangguk sambil tersenyum walaupun hatinya dibadai seribu satu perasaan. Mereka berpapasan tangan menuju ke meja makan.
Rayyan yang baru siap mandi turun ke bawah untuk makan. Dia duduk di tepi isterinya. Anis tersenyum padanya.
" Awak nak apa? Saya ambilkan.." kata Anis lalu mencedok nasi ke pinggan Rayyan.
"Apa-apa je. Awak masak semua sedap.." puji Rayyan. Anis tersipu malu. Kakak - kakak Rayyan serta anak-anak saudaranya juga tersenyum melihat kemesraan mereka.
"Pandai ke masak? Entah-entah semua Hamidah dengan Wardah yang masak.."
Mereka semua memandang ke arah Encik Hamid yang sedang menguis nasi dengan wajah dingin. Serta-merta, senyuman Anis kendur.
"Tapi ayah, kebanyakan lauk ni semuanya Anis yang masak. Pandai Rayyan cari isteri.." puji Wardah pula.
Rayyan tersenyum lantas merangkul bahu Anis. Anis hanya tersenyum tawar.
Encik Hamid kemudian menoleh ke arah Rayyan yang ingin menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
" Kamu Rayyan, kalau nak cari isteri, carilah yang betul-betul boleh buat semua kerja. Ini setakat masak je, apa yang hebatnya? Maklumlah, anak orang kaya kan?" sindir Encik Hamid.
Ting!!
Semua tersentak apabila Rayyan menolak pinggan dengan sedikit kasar. Keadaan berubah menjadi tegang. Anis memegang lengan suaminya. Rayyan juga melihatnya.
" Sayang, kita makan dekat luar ea? Makan dekat rumah ni, sesak nafas pula rasa.." perli Rayyan lantas meraih tangan Anis lalu mereka bangun dan berjalan ke luar rumah. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta yang semakin lama semakin menghilang.
Hamidah dan Wardah yang melihat peristiwa itu mula mengeluh memandang abahnya.
"Abah, kalau tak suka dengan Anis, janganlah tunjuk sangat. Kesian dia.."
Encik Hamid memandang anak sulungnya itu.
"Abah cuma cakap je, nak sentap dah kenapa? Memang betul pun. Budak bandar macam dia apa tahu? Cuba kamu tengok Lia anak Temah tu.. Pandai semuanya.. Masak pandai. Hormat orang tua. Anis tu, datang tempat ayah kerja tadi tu pun tak nak. Rayyan sorang je yang datang.. "
" Dah dia tolong Idah dengan Wardah masak, buat apa dia pergi sana? " sindir Wardah lalu bangun dari kerusi menuju ke dapur. Hamidah pula menguruskan anak-anaknya yang comot makan lalu dibawa ke dapur untuk mencuci mulut. Encik Hamid ditinggalkan keseorangan di meja makan..
Sorry lambat update...
Share this novel