Bab 40 : Saya marah!

Romance Series 45849

Sejak pulang dari hospital tadi, Anis lebih banyak mendiamkan diri. Di dalan kereta, wanita itu hanya memandang ke tingkap belah pemandu. Rayyan mula berasa risau dengan isterinya.

"Sayang, awak okay ke? Kalau tak okay beritahu sayalah.. Jangan diam macamni.." pujuk Rayyan memandang Anis sekilas.

Anis masih lagi berdiam diri. Rayyan mengeluh perlahan.

"Kalau fasal ibu tadi tu, saya minta maaf. Saya tak sangka pulak awak jadi macamni. Tulah, saya dah cakap jangan pergi dekat dia. Degil! Tengok apa jadi sekarang.." Rayyan mula membebel sambil memandu stereng. Anis yang mendengar mulai berkerut dahi lalu memandang Rayyan yang berwajah selamba.

" Kenapa kait dengan ibu pulak? " tanya Anis dingin. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba berkait dengan ibu mentuanya, membuatkan Anis berasa tidak nyaman.

"Yelah, sejak balik dari tengok ibu, awak nampak macam murung je. Saya syak ibu puncanya.." kata Rayyan.

Anis tiba-tiba berasa marah. Seolah-olah Rayyan menganggap dia tidak sukakan ibu mentuanya. Dia membalikkan seluruh tubuhnya ke arah Rayyan. Pandangannya bengis.

" Heh, tak ada kena mengena pun semua ni dengan ibu. Awak jangan nak tuduh sembarangan ea?! Awak buat saya macam, saya ni geli dengan ibu awak, tahu tak?!" marah Anis manja.

"Habistu, dah kenapa monyok muka tu? Saya tanya tak nak jawab, pastu nak marah kita.. Saya makan baru tahu!" kata Rayyan dengan senyuman nakal.

Anis membalikkan mata. Tidak mahu melayan Rayyan. Sebenarnya dia teringat akan ibubapanya yang sudah lama meninggal dunia. Ibubapanya tidak dikebumikan di Malaysia tetapi di China kerana atas urusan tertentu. Jasad mereka tidak boleh dibawa balik ke Malaysia.

Tetapi dia tidak mahu memberitahu Rayyan. Rayyan sudah terlalu banyak masalah. Dia tidak mahu membebankan otak Rayyan dengan benda remeh macamni..

Kereta mereka membelok ke kanan. Memasuki perkarangan rumah Encik Hamid. Wajah Anis yang keruh bertambah keruh lagi apabila melihat seorang perempuan yang boleh membuat darahnya naik mendadak.

"Kenapa perempuan tu ada dekat situ?!" bentak Anis sambil jarinya menuding di depan rumah bapa mertuanya. Rayyan yang baru hendak memberhentikan kereta turut melihat siapa gerangan yang dimaksudkan Anis.

Lia! Kenapa gadis itu ada di sini? Sambil tersenyum ke arah mereka seolah-olah dia dapat melihatnya. Padahal cermin kereta itu bertinted gelap.

"Saya tak tahu..." kata Rayyan perlahan. Wajah isterinya dikerling sekilas. Wajah Anis merah tidak menentu.

Kereta mereka diparkir di halaman rumpur kehijauan di halaman rumah. Anis terus sahaja keluar dari kereta. Wajahnya kelat.

BUMM!!

Bunyi hempasan pintu kereta belah pemandu cukup membuktikan Anis benar-benar marah. Dengan wajah bengisnya, dia meluru masuk ke dalam rumah. Bahu Lia sengaja dirempuh. Puas hatinya melihat gadis sok sopan itu kesakitan!

Rayyan hanya menggeleng perlahan kepalanya. Isterinya mungkin cemburu dengan Lia. Kerana itu berkelakuan seperti itu.

"Isy, sakit bahu Lia! Abang tengoklah apa yang isteri abang dah buat dekat Lia!" adu Lia dengan muka cemberut sambil menggosok bahunya.

"Saya rasa apa yang isteri saya buat tak salah. Awak berdiri depan laluan, buat apa?" perli Rayyan dengan wajah bosan. Dia melintas melalui Lia namun dia menepis tangan Lia yang memegangnya.

"Apa ni?! Main pegang-pegang pulak! Ingat tangan aku milik kau?!" bentak Rayyan.

"Lia minta maaf abang! Lia tak sengaja. Lagipun, abang yang tak nak cakap dengan Lia." kata Lia.

Rayyan mengeluh kasar. Rambut diraup kasar ke belakang.

"Sejak bila bercakap dengan kau jadi wajib pulak ni?"

Lia berasa tersindir dengan ayat Rayyan.

"Kenapa? Abang takutkan isteri abang? Macamtu? Abang, Anis tu tak boleh buat apapun. Lagipun, abang kan suami dia.. Abang berhak buat keputusan. Bukan dia yang tentukan.."

Rayyan terdiam. Bukan menghadam, namun lebih memendam amarah supaya dirinya tidak terlalu mengikut kehendak nafsu untuk membunuh gadis tidak tahu malu ini.

" Lagipun, Lia yakin, abang mesti ada rasa nak.. Ermm..nak.. "

" Nak apa?! " mereka berdua terkejut mendengar sergahan itu. Rayyan mulai berubah biru mukanya apabila Anis memandangnya dan Lia yang berada dalam keadaan yang sangat dekat.

"Rayyan nak apa?" tanya Anis.

Lia tersenyum sinis mendengar pertanyaan Anis.

"Ermm.. Macamana nak cakap ea? Ermm.. Setiap lelaki, semestinya ada pasang niat.. Untuk kahwin lagi. Betul tak bang?" tanya Lia sekadar untuk memanaskan hati Anis.

Anis tercengang. Dia melihat wajah Rayyan. Lelaki itu berulang-kali menggeleng namun suaranya seperti sudah hilang. Rayyan betul-betul tiada niat mahu memadukan isterinya itu.

Anis menahan sabar. Yang tu boleh fikir nanti fasal Rayyan, sekarang masalah ulat bulu dari planet penyondol ni!

Anis berjalan sambil berpeluk tubuh ke hadapan Lia. Wajahnya penuh dengan ejekan bagi Lia.

"Kalaupun, suami saya nak menikah lagi, saya takkan beri dia pada penyondol macam awak! Sorry to saylah, but perangai awak tak serupa dengan pemakaian awak."

Lia berasa tercabar..

Anis daripada muka sinis berubah tegang. Dengan berpeluk tubuh, dia melangkah perlahan-lahan ke hadapan Lia. Lia sedikit mengundur kerana cemas.

" Kau jangan mimpi nakkan laki aku! Sampai bila-bila pun, aku takkan lepaskan dia! Kalau aku tahu kau buat hal, nahas kau aku kerjakan!" ugut Anis dengan muka tegang.

Lia terjatuh di atas bangku rumah apabila Anis menolaknya dengan sangat kuat lalu masuk dengan tangan Rayyan ditarik. Rayyan menoleh ke belakang melihat Lia yang terjatuh lalu memusingkan kepala ke depan pula.

Dada Lia berombak menahan marah. Tunggulah! Nanti kau!

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience