Bab 34: keluarga sebenar

Romance Series 45849

"Sayang.." panggil Rayyan mesra. Anis yang sedang menyiapkan bekalan makanan terus memandang Rayyan.

"Awak dah siap? Sorry, tadi Nina nak jumpa awak. So, saya bagi dia masuk bilik dan jumpa awak. Awak dah jumpa dia?" tanya Anis polos.

Rayyan tergamam. Rupanya Anis tahu. Betullah apa yang dijanjikannya. Anis sudah tidak cemburu lagi dengan Nina.

"Oh, ya! Saya dah jumpa dah dengan dia. Ermm.. Lain kali tak payah bagi dia masuk bilik kita ea?" pinta Rayyan sambil memeluk bahu Anis.

Anis mengerutkan dahi.

"Kenap--" belum sempat dia bertanya, mulutnya ditutup dengan tangan Rayyan.

"Syhh.. Takyah cakaplah hal ni. Yang penting sekarang, awak dah kemas barang-barang yang awak nak bawa tu?" tanya Rayyan.

Anis menepis tangan Rayyan dan mula mengangguk tanda mengemas semua dan seterusnya sesi berleter panjang-panjang tentang barang yang akan dibawa nanti. Rayyan hanya menggeleng perlahan mendengar omelan Anis.

Beg baju yang dibawa diletak di dalam bonet kereta. Anis dan Rayyan menyapu tapak tangan ketika selesai menutup bonet kereta. Mereka bertentangan mata dan tersenyum sendiri lalu keduanya masuk ke dalam kereta.

Mereka berangkat ke kampung beserta lambaian dari semua maid. Anis tidak mengajak Aqil atau bodyguard yang lain untuk menjaga perasaan Rayyan.

Di balik senyuman gembira itu, sepasang mata sedang merenung tajam di sebalik tirai. Nina sangat bencikan senyuman itu. Walaupun Anis sudah meminta maaf padanya, namun dendamnya pada Anis masih belum tamat. Akan dia balas suatu hari nanti..

Ambil masa beberapa jam, mereka sampai akhirnya di rumah abah Rayyan. Keluarnya mereka dari kereta, anak-anak buah Rayyan meluru ke arah Anis.

Anis yang suka dengan budak-budak terus mengangkat Mia yang menjerit gembira.

"Comelnya dia! Macam awaklah Rayyan!" puji Anis depan-depan. Ya, ada iras-iras Rayyan sikit.

Rayyan mengembangkan hidungnya apabila dipuji oleh Anis. Bukan senang nak dapat pujian ni..

"Alah, tak acilah asyik Mia je yang didukung! Aiman pun nak dukung jugak, mak cik.." rengek Aiman mendongak ke arah Anis.

Hampir jatuh lututnya mendengar panggilan 'mak cik' daripada Aiman. Biar betul? Tua sangat ke dia ni?

"Kalau nak kena dukung, kena panggil mak su. Bukan mak cik. Aiman panggil pak su bukan pak cik kan?" kata Anis.

Aiman mengangguk faham.

"Okay, mak su!" jawab Aiman teruja.

Anis menurunkan Mia lalu pula mengangkat Aiman. Dia berpaling ke arah Rayyan.

"Awak tak nak masuk? Saya seganlah.." kata Anis dengan perlahan.

Rayyan cuma tersenyum.

"Buat apa nak segan? Keluarga awak juga. Lagipun, dua orang budak kecil ni kan ada?" kata Rayyan sambil mencubit pipi Mia yang berpegangan tangan dengan Anis.

"Ha'ah lah mak su. Takyah malu-malu.. Aiman dengan Mia ada.." pujuk Aiman lagi.

Anis mencubit pipi Aiman kerana geram dengan pipi tembamnya. Mia dari tadi merengek kerana cemburu dengan Aiman yang dari tadi ketawa riang.

"Pergilah masuk dulu. Saya nak jumpa abah dekat kilang. Tak jauh pun. Dekat-dekat sini je.." kata Rayyan.

Anis mengangguk sambil tersenyum lalu beriringan masuk ke dalam rumah bersama dengan Aiman dan Mia..

Sorry lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience