"Saya sayang awak.. Saya minta maaf kalau awak berkecil hati sebab kawan-kawan saya.." kata Anis sebak ketika masih memeluk pinggang Rayyan. Rayyan diam mendengar semuanya.
Rayyan menolak perlahan Anis lalu menekap pipi isterinya. Mata mereka bertentangan. Rayyan berasa serba salah apabila Anis menangis sambil menatapnya.
" Betul awak sayang saya?" tanya Rayyan sambil mengesat air mata Anis dengan ibu jarinya. Anis mengangguk laju sambil menyedut mukus.
Rayyan tersenyum.
"Kalau awak sayang saya, tolong percaya pada saya.."
Anis mengerutkan dahi tidak faham.
"Saya dah beri kepercayaan pada awak--"
"No, itu tak cukup. Buktinya awak masih mengesyaki saya."
Dan ayat itu membuatkan Anis menunduk dan memintal-mintal bajunya.
"Saya nak awak kurangkan cemburu awak. Walaupun dengan Nina.."
Anis mengangkat kepalanya saat terdengar nama Nina.
"Kerana dia juga isteri saya. Saya janji, lepas je dia bersalin, saya akan ceraikan dia.."
"Tapi, Rayyan.. Awak rasa Nina tu mengandung ke? Saya tengok perut dia tak kembung pun.. Makin langsing adalah.." kata Anis. Dia mulai merasa bahawa Nina sengaja mempermainkan Rayyan.
Rayyan hanya tersenyum. Bahu Anis dipautnya dan dibawanya Anis ke tempat duduk penumpang. Dibukakan pintu lalu Anis masuk manakala Rayyan berpaut pada pintu kereta yang masih terbuka.
"Kalau dia tak mengandung pun, saya kisah apa? Awak kan ada.." jawab Rayyan nakal sebelum mengenyit mata pada Anis lalu menutup pintu itu.
Wajah Anis serta-merta menjadi merah. Macamlah dia tak faham maksud Rayyan.
***
Mereka pulang ke rumah dahulu sebelum bergerak ke rumah ayah Rayyan untuk mengambil baju mereka. Anis cuma bersetuju sahaja kerana dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan abah Rayyan merangkap mertuanya. Inilah kali pertama.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, pipi Rayyan tidak pernah kering dicium oleh Anis. Asyik berkepit walaupun ketika itu Rayyan sedang memandu.
"Sayang, saya nak drive ni.. Kalau awak peluk and kiss saya, macammana saya nak fokus?" kata Rayyan sambil ketawa geli kerana masa dia bercakap pun Anis tidak berhenti menciumnya.
"Awak drive okay je.. Tak boleh ke saya nak cium pipi awak? Awak handsome sangat Rayyan!" kata Anis manja..
Lagilah berbunga hati Rayyan mendengarnya.
" Ye ke? Saya handsome banyak ke, Dean handsome banyak?" Rayyan sengaja memerangkap Anis.
"Tentulah..."
Anis tersenyum manis.. Dia memeluk Rayyan yang sedang memandu.
".. Dean yang lagi handsome!" Anis kembali duduk di tempat duduknya sambil menilik phonenya dengan wajah selamba membuatkan Rayyan membulatkan mata memandang isterinya. Ingatkan Anis nak kata dia yang lagi handsome..
"Awak tahu muka dia macam Lee Min Ho! Mana saya tak gembira kalau jumpa dia.."
Muka Rayyan sudah muram apabila Anis memuji Dean lebih-lebih. Stereng diketuk tanda tidak puas hati dengan pujian melambung untuk mamat mangkuk ayun tu..
Anis yang perasan riak wajah Rayyan hanya tergelak dalam hati!
" Tapi.. Buatlah macammana sekalipun, wajah awak dah lekat dalam hati saya!" kata Anis ceria.
Rayyan tersenyum sinis.
"Habistu, Dean nak letak dekat mana? Bijak sangat..."
Anis mencubit pipi Rayyan yang ketika itu sedang mengembung kerana marahkannya. Mereka sudah sampai di rumah namun masih tidak turun lagi..
"Dean mana ada tempat dekat hati saya.. Awak je yang ada dekat sini.."
Rayyan tersenyum sedikit demi sedikit apabila dikata begitu. Dia rasa terbang di awang-awangan..
Anis meraih tangan Rayyan. Mata mereka bertautan.
"Saya janji mulai hari ini saya akan hormat awak sebagai suami saya. Dan saya tak akan benarkan sesiapapun campur tangan dalam urusan kita. Saya sayang awak!" luah Anis lalu memeluk Rayyan.
Rayyan pula membalas pelukan Anis. Mereka ketawa sebelum keluar dari kereta dan berpegangan tangan memasuki rumah mereka..
Sorry lambat update..
Share this novel