"Lepak nak lepas habis shooting ni?"
Louis mengeluh perlahan, "Penatlah. Kita shoot sejak malam semalam lagi".
"Alah, sesekali apa salahnya", rengekku sambil menarik lengan baju Louis. Muka lelaki itu hanya pasrah membiarkan aku memperbesarkan lagi bajunya.
"Bolehlah Louis sayang...", rengekkan manja keluar. Kepala aku sengaja disendengkan ke bahu Louis.
Mata Louis yang tadi terpejam terus terbuka luas. Besar juga lubang hidungnya menyerup wangian yang terbit dari rambut aku.
"Kau panggil aku apa tadi?", soalnya. Terjungkit sebelah senyuman sengetnya. Senyuman mengusik.
"Ma...mana ada panggil apa-apa pun", nafiku keras.
Tanpa ku sangka tangan Louis naik ke atas kepala. Penuh kelembutan dia membelai rambutku dengan renungan redup.
"Okey kita keluar, sweetheart", balasnya tersenyum. Sesetengah kru memandang ke arah kami bersama senyuman, malah ada juga cebikan tidak berpuas hati.
Tapi ada aku kesah? Haha Tak kesah pun! Makin aku suka dimanja begitu oleh Louis. Malah sejak malam terakhir kami di New York, Louis berubah menjadi peramah dan lembut padaku. Hasilnya hubungan kami berdua bertambah rapat.
Sesetengah pihak pengambaraan mempertikaikan hubungan kami namun bagiku cukuplah hubungan kami begini sekalipun Louis tidak memiliki perasaan yang sama terhadapku.
Sekurang-kurangnya aku masih mampu memiliki senyuman dan suaranya yang indah. Kami ibarat belangkas yang saling menempel ke mana-mana seperti pasangan kekasih.
"Termenung lagi huh?", petikan jari dihadapan wajah menyentakkanku. Segera aku menoleh ke arah Louis.
Tindakanku yang secara tiba-tiba menyebabkan hidung kami berlaga. Hampir sahaja tercium! Gila!
"Louis!", jeritku seraya mengundur kepala kebelakang. Dada sendiri diurut-urut penangan terkejut dan berdebar.
Hampir sahaja aku merampas keterunaan bibir Louis!
"Kau melamun kuat sangatlah sweetheart", tegur Louis.
Aduh, makin kerap pula dia memanggil aku sweetheart. Tahu tak hati ini rasa nak melompat keluar aje! Pernah juga sebelum ini Louis memanggilku sweetheart namun hanya ketika bergurau. Sekarang kerap pula! Haih, tabahlah hati.
"Tak adalah. Tengah fikir nak makan apa je pun", ujarku senada. Badan disandar pada dada kerusi yang kami duduki. Penatlah pula!
"Aku fikir kau melamun kita berdua naik pelamin", seloroh Louis galak dengan tawa garaunya.
Terjegil biji mataku. Pelamin? Sah Louis tengah frasa biul ni!
"Pelamin? Kau mengarut apa ni?", aku buat-buat gelak perlahan dengan tangan mengipas diri sendiri. Hangat pula pipi ni!
"Kalau ada jodoh sampai ke jinjang pelaminlah kita", makin giat Louis mengusik.
"Mengarut!", makin memerah pipiku dibuatnya. Makin besarlah tawa Louis bergema.
"Cute juga kau ni", hidung mancungku dicuitnya lembut.
"Leper hidung mancung aku, kau ganti rugi pembiayaan pembedahan plastik nanti", rungutku cuba menutup malu.
"Aku sebenarnya nak perkenalkan someone special dekat kau", ucapku teruja. Terbayang di benak pertemuan antara Louis dengan Qal. Apa agaknya reaksi Louis nanti apabila dikhabarkan perihal Qal?
"Someone special? Siapa?", pertanyaan Louis berubah kasar. Wajahnya turut berubah ketat. Seolah cemburu dan diamuk amarah.
Apa hal pulak?
"Seseorang yang ada dalam hati akulah", dengan yakinnya aku menjawab soalan Louis.
Makin berapilah lelaki itu dibuatnya. Punggungnya mulai terasa panas semacam.
"Kau permainkan perasaan aku ke Vena?", perlahan Louis menyoal dengan pandangan tepat ke anak mataku tembus ke hati.
"Ap...apa maksud kau ni?", debaran dan kebingungan bercampur menjadi satu. Aku tidak mahu menebak namun pandangan Louis seolah-olah sarat dengan rasa kasih sayang!
"Kau masih tak nampak ke Vena? Kau rasa apa sebab aku ketepikan Laily untuk kau? Untuk main-main? Itu ke yang kau fikir?", selarnya garang.
Aku terbata sendiri. Kelu lidah untuk membalas. Tak...tak mungkinlah......
"Aku sukakan kau Vena. Aku tak tahu sejak bila perasaan ini wujud tapi aku tak sanggup berjauhan dari kau. Sejak pergaduhan antara kita, tak sehari pun aku tak fikirkan kau. Hanya kau yang berlegar-legar dalam minda aku", luah Louis lemah. Nadanya seakan berjauh hati.
Gila! Sesungguhnya aku rasa nak tampar diri sendiri sekarang! Ini realiti dan bukannya mimpi! Perasaanku berbalas! Sesuatu yang aku dambakan namun tidak pernah berharap akan terjadi akhirnya menjadi nyata jua.
"Macam mana dengan Laily?", soalku perlahan. Masih cuba mengawal rasa gembira dalam hati.
"Laily kawan aku Vena. Kami berkenalan sejak universiti lagi. Tak lebih dan tak kurang sebatang kawan sahaja", terangnya.
"Aku akui, aku cuba untuk menidakkan perasaan ini tapi aku tak mampu".
Aku meneguk liur kesat. Panahan mata Louis saat ini boleh membunuhku bila-bila masa sahaja.
"Ak...aku pun...", berkira-kira pula aku mahu meluahkan rasa di hati.
"Kau apa?"
"Aku pun suka kau!", ucapku senafas. Gementar punya fasal, habis seluruh baju diramas kuat. Mencari secebis kekuatan disitu.
Serentak itu tubuh Louis tegak. Wajah garang tadi bertukar menjadi lembut. Senyuman lebar ditayangkan. Semudah itu sahaja dia terus melupakan gerangan 'someone special' yang diperkatakan aku tadi.
"Good. Jumpa esok sweetheart. Hati aku pun perlukan rehat", ucapnya sambil mengenyitkan mata dengan tangan berada di dada. Lelaki itu berjalan mengundur dengan mata melekat kemas padaku.
Gila! Dia fikir hati dia seorang je. Hati aku ni pun sama! Perlukan CPR pula tu. Luahan Louis hampir buatkan aku berhenti bernafas.
Bunyi getaran telefon di poket seluar menggamit aku keluar dari keindahan luahan Louis.
Lihat sahaja nama yang tertera terus mati senyuman dibibir.
Punat hijau dileret lalu telefon dilekapkan ke pipi. "Yes Rose".
"I see some progress. How come you say nothing to me Lily?", rengus Rose agak bengan dihujung talian.
"Still on process Rose. I don't want you to be frustrated if it ain't go well", jelasku biarpun itu hanya sekadar alasan semata.
"I'm at outside. In your car spesifically", jelas Rose mendatar. Aku mengeluh lemah. Panggilan terus dimatikan dan aku mengorak langkah ke kereta.
Sebaik masuk, dua susuk tubuh manusia elok bersandar di tempat duduk belakang. Beruntung badan sebab aku bawa kereta empat pintu. Kan naya kalau aku bawa Buggati kesayangan tu.
"How? You guys looks close", komen Rose.
"Like a couple", tokok jejaka disamping Rose pula.
Aku memincingkan mata memandang mereka berdua.
"I think it is time to proceed everything. I got his trust", jelasku jujur. Memikirkan itu membuatkan aku kecewa. Misi ini akhirnya hampir tiba ke penamatnya.
"Good Lily. I know i can trust you for this".
"You seems distracted", ujar lelaki disamping Rose. Aku diam menatapnya dengan rasa geram. Menyibuk pula dia ni!
"You know Lily, i never have any objection against you. If you love him, go after him. I'm not against you. Especially my brother's happiness is my priority. And if it's you, i'm okay with that", Rose cuba bertutur lembut walaupun masih terselit kedinginan disitu. Dia bukanlah buta tidak dapat melihat sepanjang misi, Lily agak terganggu dengan perasaan sendiri.
"I have my rules Rose. I didn't deserve to fall in love. I do want him but it's only on my dream. Perhaps you forget, this hands only filled with blood not love", aku cuba mengingati Rose siapa aku.
Rose mengeluh lemah. Susah juga bercakap dengan orang degil begini.
"Louis is a guy that can't be predict. He did what he want. If marrying you are his decision, you guys will get married. That guy had some of my craziness", balas Rose selamba. Sempat juga diselit kutukan pada adik lelakinya itu.
"We'll see Rose. Let the future hold everything", jawapan mudah aku berikan.
Rose angguk sahaja. Malas sudah memaksa. Dia bukanlah gemar buka mulut sangat. Jadi ada baiknya dia tamatkan perbualan mereka disini.
"Got to go", ujar Rose sebelum keluar.
"Aku tahu siapa kau. Apa-apa yang terjadi pada Rose, kau orang pertama yang aku akan cari. Rose mungkin tak tahu, tapi aku tahu sangat siapa kau, spesies seperti kau", ucapku dingin pada jejaka yang hampir menjejakkan kakinya ke luar itu.
Dia tersenyum senget padaku melalui pantulan cermin.
"Tak semua orang sama Lily. Aku putuskan apa yang aku buat", balasnya juga dingin.
"Aku tak pernah percayakan orang seperti kau. Andai kau apa-apakan Rose, jangan pernah berharap untuk lihat dunia ini lagi", keras amaran aku berikan padanya.
Bukan takut malah dia ketawa perlahan.
"Rose nyawa aku. Perlahan-lahan aku akan tarik dia ke haluan aku. Kau tak perlu risau. Dia selamat dibawah jagaan aku. Kau cuma perlu risaukan masalah sendiri", usai berkata, lelaki bertubuh tegap itu berlalu keluar meninggalkan aku sendiri kembali tenggelam dalam fikiran sendiri.
Memikirkan kata-kata Rose, aku seolah melihat satu sinar harapan.
Namun memikirkan sisi gelap aku, menarik Louis ke dalam kehidupanku sekaligus akan mengancam nyawa lelaki itu. Haih...Aku buntu!
Share this novel