14 | LUKA TAK BERDARAH

Romance Series 14773

Wajah tegang Louis yang sedang ditampal bedak dari jauh menyapa pemandanganku. Tiada senyuman mahupun sebarang reaksi. Kaku sahaja lelaki itu menadah wajahnya pada jurumekap.

"Stop jap. I nak pergi toilet", pintaku pada jurumekap yang sedang menghias wajahku sebaik Louis mula berdiri hendak ke tandas.

Laju aku mengekorinya.

"Puas dah menghendap aku?", sergah Louis tiba-tiba disebalik dinding.

Terkejut aku dibuatnya. Tanpa rasa bersalah aku menarik senyum colgate pada Louis. Gaya macam tak buat apa-apa. Haha!

"Bila pulak aku menghendap kau? Aku nak pergi toilet ni".

"Oh really?", soal Louis sarkastik. Mata helangnya tajam menikam seluruh wajahku.

"Betullah. Tepi sikit. Nak lalu", tubuh Louis aku tolak ketepi namun tangkas dia memegang tanganku.

Oh My Gucci! Louis pegang tangan aku okey!

"Tandas belah sana. Kau nak buat apa dekat hutan tu?", bibir Louis sempat memuncung ke arah kiri kami sebelum bertukar serius. Gaya nak telan orang!

"Yelah, nak pergilah ni", balasku agak kuat. Dengan gaya menghentak kaki aku melangkah jua ke arah tandas.

Hancur plan aku!

"You sediakan semua ni ke?", soalku teruja. Lengan tegap Louis aku lepaskan kerana keterujaan yang lebih menguasai. Sayang sebenarnya untuk melepaskan si dia. Namun apakan daya...

"Anything for you sayang", balas Louis lembut. Dia mendekati batang tubuhku lalu dengan lembut aku ditarik memeluk tubuhnya.

Dadaku apa lagi? Berdebar lain macam la. Serasa mahu pecah sahaja. Berlakon bersama Louis merupakan satu anugerah untukku. Berada dekat dan menatap matanya yang dalam, hanya untukku dan bukannya Laily. Detik itulah yang aku idamkan dan dambakan darinya setelah rasa suka dan sayang ini bertapak di dalam hati.

"Cut!"

Laungan pengarah menyentakkanku dari terus hanyut dalam perasaan sendiri. Kacau daun betul. Nak tak nak aku tarik secebis senyuman pada lelaki itu saat dia mendekati kami.

"Nice you guys. I tak tahu la kenapa but maybe sebab you guys pernah berlakon bersama that's why keserasian you guys terserlah and i suka sangat. Lakonan you guys nampak real macam pasangan dekat dunia nyata. Marvelous!", pujinya melantun banyak. Aku menyengih nipis. Gila tak real, aku dah tahap nak meroyan kejar si Louis ni!

Louis memasang wajah kosong. Dia memilih untuk segera beredar meninggalkan aku dan lelaki tua itu sendirian.

Sungguh tak guna!

Lelaki tua itu masih ingin menyambung pujiannya namun segera aku memintas. "Okeylah Tuan. I nak sambung baca skrip".

"Eh kejaplah i belum..."

"Gotta go!", laungku kuat tanpa menoleh ke belakang. Melilau mata aku mencari tubuh Louis.

"Gotcha!", ujarku keriangan saat susuk tubuh Louis menyapa pandangan mata.

Dengan langkah bersemangat aku menuntun langkah ke arahnya namun sesaat kakiku terpegun.

Suara yang tidak lagi asing dipendengaran bergema menarik perhatian kru yang berada disekeliling kami.

Laily!

"I singgah nak ajak you keluar lunch. You dah habis kerja kan? Tadi i ada tanya manager you, dia cakap you free aje lepas scene ni".

Lagi-lagi suara gedik Laily menyapa gegendang telingaku. Tahi telinga yang keras pun boleh cair dengar suara dia.

"I ikut you. You yang offer untuk jadi driver tak berbayar i kan hari ni?"

Laily ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari ulas bibir Louis. Bersama mata yang dipincingkan ke arahku. Dia benar-benar menguji kesabaranku.

Pandangan yang dilemparkan oleh Laily seolah mengejekku.

Aku mendengus penuh amarah sebelum beredar. Makin lama berada di situ, makin aku terluka. Keakraban Louis dan Laily teramat menyakiti hatiku dan meninggalkan luka tak berdarah. Sakit tapi sukar dilihat dan disembuhkan.

"Balik!", arahku sepatah saat Amir tiba.

"Situasi darurat Boss. Zayyan tembak Rose", kalut Amir menyaingi langkahku dengan nafas yang termengah-mengah.

Ini satu lagi masalah!

"Dekat mana Rose sekarang?", soalku agak tinggi. Suara aku yang agak kuat menarik perhatian beberapa orang termasuk Louis dan Laily.

"Ravi dan Chong sudah bawa Rose ke markas. Kalau dia orang tak larikan Rose tadi, memang Zayyan bertekad untuk bunuh Rose".

"Tak guna!", amarah tadi yang belum hilang kian memuncak mendengar kata-kata Amir.

"Ke markas", laju aku membolos ke dalam perut kereta, begitu juga Amir.

"Apa yang jadi dengan bekalan senjata kita?"

"Se...sep...separuh ter...terbakar Boss", gagap Amir ketakutan.

Aku sudah memejamkan mata. Menahan amarah sendiri dari dilampiaskan kepada Amir.

Bekalan senjata yang dibawa oleh Rose bernilai 50 juta. Jika separuh terbakar, haih. Bersisa 25 juta sahaja. Jika terus-terusan begini, dia yang rugi. Kerana seorang Inspektor Zayyan menyukai Rose, dia turut terpalit sama menerima kesannya.

"Aku akan ganti rugi senjata yang terbakar".

"No need Rose. Just be healthy and get lost from my sight", ucapku dingin. Keadaan Rose yang boleh tahan parah membatalkan niatku untuk memaki hamunnya.

Apa tidaknya, jika bukan kerana kedatangan Rose ke Malaysia dia tidak akan mengalami kerugian sebesar ini.

Aku sedar Rose juga serba salah. Kami bukanlah sahabat melainkan sebatas rakan perniagaan sahaja. Namun memikirkan hubungan perniagaan yang terjalin selama bertahun-tahun aku boleh mengatakan kami saling melindungi nyawa masing-masing ibarat keluarga.

Tanpa Rose, maka tiadanya aku. Tiada aku pula, bermakna tiada juga sumber kekuatan Rose.

"Sorry..."

"Don't be. I'm just upset. You know me", pintasku melihat rasa serba salah yang menerpa diri Rose.

"This is information that you need", aku menghulurkan semua maklumat berkaitan Zayyan dan kerja haramnya.

Buat seketika aku menyentuh pipi dan hujung mata Rose yang pecah teruk. "He did this to you?", soalku agak lembut namun nada suaraku berubah dingin dan kelam.

Rose diam tidak ingin menjawab. Tak perlu jawab pun. Aku sendiri mengetahui jawapannya.

"Rest!"

Terus aku beredar namun saat melepasi pintu satu susuk tegap dan sasa berselisih denganku menuju ke bilik Rose ditempatkan. Jejaka bermata brown gelap itu tergopoh-gapah ke dalam sebelum bunyi suara pekikkan dari Rose dan lelaki itu kedengaran.

Aku menjeda memikirkan sesuatu sehingga akhirnya aku tersenyum sinis. Keadaan Rose dan lelaki itu langsung tidak merunsingkan aku jadi aku memilih untuk membiarkan sahaja mereka. Masih ada perkara penting yang perlu aku uruskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience