Bunyi suara teriakan cemas dan bisikkan orang asing membuatkan aku turut berdebar. Tubuh Qal didalam dukunganku diletakkan ke bawah.
"Qal duduk sini diam-diam sekejap tau. Kakak pergi dekat sana tengok apa yang jadi", pesanku.
Setelah memastikan Qal berada dalam keadaan selamat, laju aku menapak ke arah kerumunan orang ramai yang sedang mengelilingi sesuatu.
Satu persatu tubuh aku tolak untuk melihat apa yang terjadi.
Debaran yang tadi mulai memanaskan badan terus terasa seakan kejung saat aku memandang dua susuk tubuh kaku dicemari darah yang baru sahaja ditarik keluar dari semak.
Bunyi teriakkan kuat pengunjung di situ mulai kedengaran. Rata-rata seakan trauma melihat pasangan yang dibunuh secara kejam itu.
Seluruh anggota kaki terasa seakan tidak berfungsi. Aku terbata dipertengahan jalan. Wajah ayu Kak Dewi teruk dibasahi darah dan lebam. Manakala suaminya pula dikelar pada leher. Malah, darah merah masih giat memancut keluar.
Aku memandang Qal lama. Bersama air mata yang ditahan aku bergerak ke satu arah bagi menjauhi kerumunan orang ramai.
"Bawa dia ke bilik aku", arahku melalui corong telefon sebelum dua susuk lelaki menghampiri Qal lalu tubuh kecil itu didukung. Qal meronta-ronta untuk turun sambil menjerit memanggilku namun aku memejamkan mata dengan erat. Langsung tidak berkalih memandangnya.
Tubuh kaku Kak Dewi dan suaminya aku dekati perlahan-lahan.
"Qal dibawah tanggungjawab Vena sekarang. Vena janji untuk jaga Qal macam nyawa Vena sendiri. Itu janji Vena pada Kak Dewi".
Selesai urusan dibalai polis, aku bergegas pula ke hospital untuk menguruskan mayat Kak Dewi dan suaminya.
"Boss nak rehat dulu tak?", soal Borhan sebaik aku memasuki perut kereta.
Amir disebelah cuma diam sebelum menyua sebotol air padaku.
"Boss nampak pucat. Tidur sekejap dahulu. Sampai hospital nanti kami kejutkan", tambah Amir pula.
"Aku okey", jawabku perlahan. "Macam mana dengan Qal?"
"Setakat ni masih di bawah kawalan Ravi dengan Chong. Boleh tahan kuat dia menangis sampai hari ni hilang suara budak tu", lapor Amir selaku ketua antara Borhan, Ravi dan Chong.
Ia betul! Empat makhluk yang cuba merompak aku dahulu ialah bawahanku sendiri. Dan semestinya rompakan itu ialah rancanganku sendiri.
Untuk apa? Semestinyalah untuk merapatkan diri dengan Louis.
"Segera ke hospital", arahku pada Borhan.
"And Amir, aku nak kau siasat latar belakang suami Kak Dewi. Aku nak tahu punca kematian dia orang".
Amir angguk sekali.
"Lastly, siasat Louis pergi berjumpa dengan siapa. All details on my table before this night".
"Baik Boss", patuh Amir.
"Too much thing happening here. Boss tak rasa kita patut minta pasukan back up?", Borhan bersuara sambil memandu. Sesaat sikunya direngkuh oleh siku Amir. Mencerlung Amir pada Borhan.
"Jangan hendak memandai Borhan. Terlalu banyak bercakap boleh bawa padah", tegas Amir sebelum aku membuka mulut.
Lelaki itu cuba melindungi Borhan dari menerima hukuman.
"Bodoh! Bekerja selama 3 tahun pun masih bengap!", herdikku kasar. "Kalau tak kerana aku penat, memang tak adanya kau dekat sini Borhan".
Gulp! Borhan menelan liur kelat. Dia berpandangan dengan Amir.
Melalui mata Amir dapat dia tafsir kata-kata yang ingin diucap oleh lelaki itu. 'Cari nahas!' Ya dia sedar itu setelah terlanjur berbicara.
"Maklumkan juga pada Rose perkembangan kita. Jangan sampai dia turun padang untuk pancung kepala kita semua".
"Tapi saya dapat berita terbaru dari Rose. Katanya, esok dia tiba di Malaysia Boss", kata Amir takut-takut. Maklumlah dia baru terimbas dengan berita tersebut sekarang.
BUK!
Kuat kerusi Amir ditendang dari arah belakang.
"Sekarang baru kau cakap?!", naik seoktaf nada suaraku. Dengan masalah Qal lagi belum selesai, muncul pula masalah Rose yang baru sahaja dikhabarkan. Memang menggelegaklah darahku.
"Hantar aku ke resort. Borhan, kau pergi hospital untuk uruskan jenazah Kak Dewi dengan suami dia. Dan kau Amir, ikut aku ke Kuala Lumpur esok".
"Baik Boss", balas Amir dan Borhan serentak. Masing-masing sudah panas punggung dek dijamu kemarahan aku.
Dengan kasar aku menyebak rambut ke belakang.
Rimas!
Satu persatu masalah datang! Penat juga jiwa ini untuk bertahan.
Dari luar lagi tangisan dan raungan Qal sudah kedengaran.
"Get lost!", arahku pada Ravi dan Chong yang cuba memujuk Qal.
Sebaik mendengar suaraku, Qal mendongak memandang aku.
Tubuh kecil itu segera memeluk batang kakiku dengan tangisan yang sayu.
"Qal nak Ibu dengan Papa!", rayu Qal kuat.
Kakiku digoncang-goncang. Meminta agar aku memenuhi permintaannya.
"Nak Ibu! Nak Papa! Kakak Cantik tolonglah Qal. Qal janji Qal tak nakal-nakal dah. Qal cuba jadi anak yang baik", pilu rintihan anak kecil itu.
Melihat keadaan Qal sedikit sebanyak mengingatkanku pada diri sendiri suatu masa dahulu.
Tubuhku duduk melutut dihadapan Qal lalu tubuh kecil itu aku tarik ke dalam pelukan. "Sorry sayang. Kakak tak mampu pulangkan Ibu dan Papa Qal."
"Qal janji Qal akan bersikap baik. Qal tak buat dah perangai dengan Ibu dan Papa", Qal masih tidak berputus asa.
"Tak akan ada Ibu dan Papa lagi sayang. Sekarang Qal tanggungjawab Kakak", pelukan pada tubuh Qal aku eratkan lagi. Makin bertambah raungan Qal.
Aku sedar kanak-kanak itu seakan faham dengan apa yang sedang berlaku.
"Kakak akan sayang Qal macam mana Ibu dan Papa sayang Qal. Jadi janji dengan Kakak untuk tak menangis dah. Mesti Ibu dan Papa Qal sedih tengok Qal nangis macam ni".
"Tapi Qal sayang Ibu dengan Papa".
Sesaat mataku mencerlung pada Ravi dan Chong yang berada di muka pintu.
"Kau beritahu apa dekat dia?"
"Bukan salah saya Boss. Ravi ni pergi bukak youtube berita tentang Kak Dewi. Qal terdengar", jelas Chong. Tubuh Ravi ditolaknya kehadapan.
"Kaulah yang salah", marahnya pada Ravi saat lelaki itu menjegil mata ke arahnya.
"Semua tak boleh diharap. Benda mudah sekalipun tak boleh buat. Aku beri tugas senang. Satu pun dari kau orang tak boleh buat! Jangan sebab aku berlembut kau orang pijak kepala aku!"
"T..tak Boss", Ravi dan Chong sama-sama menikus. Untung sahaja Amir tidak ikut masuk tadi. Jika tidak pasti lelaki itu menerima amukan kali kedua majikan mereka.
"Ini warning aku buat kau orang semua! Lain kali tak ada lagi sebarang kesilapan. Atau tak, nyawa kau orang yang jadi galang ganti!", tegasku. Keadaan semakin rumit. Waima kesalahan sekecil zarah pun mampu mengundang bahaya pada mereka.
Bukannya terlampau kejam melainkan dia cuba untuk melindungi mereka semua.
Share this novel