"Qal dah tidur?", soalku sebaik keluar ke ruang tamu membawa dua mug berisi coklat panas. Mug itu aku tolak kehadapan Ravi dan Chong.
"Sudah Boss. Air ni untuk kami ke?", Chong kembali menyoal sambil tersengih lebar.
"Kau nampak toyol dekat belakang tu? Haa untuk toyol tu lah!", bidasku geram.
Ravi dan Chong sama-sama menayang gigi putih mereka.
"Terima kasih Boss", ucap mereka serentak. Dua-dua menyengih sampai ketelinga. Bukan senang nak merasa air tangan Boss kan? Mestilah happy semacam.
"Aku ada tugasan baru untuk kau orang berdua", perbincangan mulai serius. Aku menolak sampul berisi beberapa keping gambar ke arah mereka berdua.
"Itu Chew Xiao dan sekeping gambar lagi ialah Inspektor Zayyan. Aku nak kau berdua cari maklumat kerjasama dia orang berdua".
"Tapi Boss, kerja kita selalunya tak melibatkan pihak polis", Ravi cuba membantah.
Memang begitulah kebiasaannya. Urusan mereka tidak sesekali melibatkan pihak polis. Itu satu-satunya jalan selamat untuk mereka terus bertahan dalam dunia kongsi gelap ini.
"Kau fikir kedatangan Rose ke Malaysia untuk bercuti ke?"
"Salah ek?", Ravi tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Pak!
Sebiji bantal dilempar tepat ke muka Ravi.
Apasal bebal sangat anak buah aku ni?
"Rose datang kali ini untuk cari Zayyan. Lelaki itu cuba untuk sabotaj Rose. Dan kau orang berdua pun tahu, kalau Rose terjejas kita pun akan ikut sama terjejas".
"Zayyan tu yang cuba pikat Rose kan? Tapi kena reject betul tak Boss?", sampuk Chong. Terkemut-kemut bibirnya menahan senyum.
"Urusan orang tak perlu kita masuk campur. Selagi arahan tak keluar, kau jangan nak bermulut murai sangat depan Rose. Entah-entah kepala hilang nanti", pesanku tegas. Bukan boleh percaya sangat dengan dua ekor tu. Mental kurang sikit!
"Ala, Boss kan ada untuk back up kita orang", Chong membulatkan mata lalu mengedipkan matanya beberapa kali padaku. Muka minta simpati tapi rasa macam nak bagi penampar aja.
"Antara kau dengan Rose, Rose lebih penting. Semestinya aku pilih dia. Tanpa dia, apa pun tak jalan nanti. Hilang kau tak menjejaskan organisasi aku. Jadi terpaksalah aku ikhlaskan pengorbanan kau", tenang aku mengucapkan kata-kata tersebut.
Tanpa rasa bersalah langsung! Malah aku mengukir senyum pada mereka berdua.
Ravi dan Chong sama-sama meneguk liur kesat. Tahu takut!
Tiba sahaja di Kuala Lumpur, aku sekadar berjalan menonong ke hadapan. Mataku difokuskan kepada timbunan kerja yang dihantar Laily melalui ipad.
Wanita itu sengaja mahu menyusahkan aku. Bukannya dia tidak tahu yang aku sama sekali tidak ingin terlibat dalam perniagaan keluarga.
"Boss depan!", laung Amir kuat namun belum sempat aku bereaksi tubuh langsingku sudah sedia merempuh satu susuk sasa.
Dek perlanggaran yang agak kuat itu, badanku melayang ke arah belakang sebelum berakhir di atas lantai.
Sesaat aku mendongak. Kelibat Amir, Ravi dan Chong dibelakangku tadi sudah menghilang entah kemana. Yang ada kini hanyalah Louis.
"Vena", serunya agak perlahan. Seakan terkejut melihat kelibatku disini.
"Kau suka kan follow aku? Dekat Langkawi pun muka kau, dekat sini pun muka yang sama. Kalau suka cakaplah", ujarku seraya bangun mengibas-ngibas baju sendiri.
Haih sedih. Jatuh kena bangun sendiri. Tak romantik langsung Louis ni!
"Perasan betul. Aku ada kerjalah dekat sini", bidasnya laju. Menyangkal sama sekali kata-kataku.
Beg galas dibelakang Louis sedikit terlorot laju ditarik kehadapan. Tanpa sedikitpun ucapan ramah keluar, lelaki itu sudah meninggalkan aku sendiri.
Diam-diam aku mengeluh sendiri. Kadang-kadang tertanya-tanya juga dengan hati sendiri. Cintakah aku pada Louis? Atau itu hanya ketertarikan sementara kerana misi yang aku jalankan? Bagaimana pula dengan Rasy jika benar aku sukakan Louis?
Memikirkan semua itu cukup membuatkan aku sendiri sakit kepala.
"Lily!"
Teriakkan agak kasar dari satu arah menyentakkan aku. Tanpa mengecam siapa si pemanggil, aku terlebih dahulu berjalan mengikuti arah tadi.
Tak lain tak bukan mestilah Rose. Hanya wanita itu yang menggelarkan Lily padaku.
"Selamat kembali kepangkal jalan Rose", perliku sinis. Wanita berdarah kacukan dan bereaksi dingin itu menjeling aku tajam.
"Did you just say something?", soalnya masih dingin. Begitulah selalunya. Mana pernah senyum minah sorang ni. Alamatnya kiamatlah kalau Rose senyum.
"Nothing. We can just proceed".
Rose angguk sebelum beg kecil dibaling kepadaku.
"What!?", soalku terkejut. Bengang jugaklah sebab tiba-tiba sangat beg kecil itu dilempar.
"My surgery equipments", balasnya singkat.
"Dekat sini pun menyempat lagi nak main bedah-bedah orang", ucapku perlahan. Cukup perlahan sehingga Rose menjeling ke arah belakang. Walau tidak faham, sedikit sebanyak dia mengerti yang aku sedang menyinis dan memerlinya.
Rose mencerlung tajam mendengar suaraku yang agak kuat itu. Dia tidak faham tapi semestinya dapat mengagak aku memerlinya.
Rose menarik lenganku agak kasar supaya maju menyaingi langkahnya. "How about Louis?"
Nama Louis dipetik Rose. Terus terbungkam aku jadinya. "So far, nothing positive yet", balasku tenang. Rasa yang bertandang di hati cuba ku tolak menjauh.
"Louis is not someone you can own just by one day Lily. I can wait forever, so take your time", kata-kata Rose menenangkan aku namun entah mengapa kata-kata itu juga menghiris hatiku. Jika misi ini tamat, maka disitu jugalah terhenti hubungan aku dan Louis.
Argh! Memikirkan Louis sungguh membuatkan aku sesak dada.
"Louis sangat istimewa Rose. Terlalu istimewa", bisikku perlahan. Cukup untuk didengari oleh telinga sendiri.
Ya! Kini aku yakin perasaanku pada Rasy sudah lenyap sepenuhnya. Malah Louis pula yang bertapak kukuh, menempa tempat istimewa di dalam hati ini.
Lelaki yang hadir cuma sekejap tapi mampu menggoncang seluruh duniaku. Bermula dari musuh, bertukar pula pada cinta.
Gila! Sungguh gila. Belum pernah lagi aku melibatkan perasaan dalam menjalankan misi tapi hadirnya Louis, terus musnah semuanya.
Lelaki tampan dan dingin itu telah mencuri hatiku! Haih! Nak buat macam mana ni? Perlukah dikejar? Melanggar prinsip diri sendiri? Atau patutkah terus fokus menyelesaikan misi?
Share this novel