8 | JATUH

Romance Series 14773

"Terima kasih untuk hari ni kak Dewi. Vena betul-betul berterima kasih dengan kakak sekeluarga sebab sudi temankan Vena hari ni", ucapku bersungguh-sungguh.

Tangan Kak Dewi menggenggam erat tanganku, "Tak ada apa pun Vena. Kita sebagai manusia, buat baik dengan orang dibalas dengan kebaikan. Kalau nanti Vena sunyi, bagitahu saja. Kak Dewi bercuti 3 minggu dekat sini tau."

Aku tertawa melihat wajah Kak Dewi yang teruja.

"Iya kak. Kalau Vena sunyi nanti, Vena call Kak Dewi".

Kak Dewi tersenyum manis. Matanya dalam menatap anak mataku sehingga terasa ke kalbu.

"Hidup ini sukar kan? Mencari kebahagiaan lagilah sukar. Kunci utama dia adalah redha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan pada kita. Dan jangan pernah sesekali rasa malu untuk menangis dan mengadu padaNya. Disitulah kita jumpa ketenangan yang selama ini kita cari".

"Layakkah seseorang macam Vena ni menghadap Tuhan kak?", soalku teragak-agak.

"Layak atau tidak itu bukan tugas kita sebagai manusia untuk menentukan. Semua manusia itu sama sahaja di sisi Allah, Vena. Yang penting kita sentiasa kembali padaNya. Perlahan-lahan kita cuba dekatkan diri padaNya. Insyaallah sedikit sebanyak beban kita terangkat. Mencari ketenangan dalam hidup tanpa mendekatkan diri dengan Maha Pencipta itu ibarat satu pencarian yang kelam", nasihat Kak Dewi lembut. Sisi lenganku ditepuk perlahan.

"Cari ketenangan Vena dengan mendekatkan diri pada Tuhan dahulu. Kak Dewi tak tahu apa masalah yang Vena lalui dan Kak Dewi juga tak berhak tahu. Tapi yang pasti, sujudlah pada Maha Pencipta. Carilah ketenangan dalam sembahyang dan sujud kita padaNya."

"Vena cuba perlahan-lahan ya kak...", tuturku lemah. Tanpa dijangka, Kak Dewi menarikku ke dalam pelukannya.

Dalam pada memikirkan semua masalah, tanganku secara rawak mengambil makanan yang dihidangkan atas meja.

Siap mengambil makanan, laju mata mencari meja kosong.

Sebuah meja kosong yang menempatkan dua buah kerusi ditujuku. Lebih bernasib naik apabila meja itu agak tersorok dari pandangan orang ramai.

Baru sahaja makanan ingin disuap ke dalam mulut, sudu milikku ditarik seseorang.

Aduh! Siapa pulak?

Aku pandang gerangan yang selamba menarik sudu tadi, dan dia juga elok menghunus pandanganku dengan mata tajam bak helangnya.

Punggungnya dilabuh berhadapan denganku.

"Apakah?"

"Apa hal? Kau nampak hantu ke?", soal Louis selamba. Lengan berketulnya diangkat untuk menongkat dagu di atas meja.

Apa yang mengejutkan lagi ialah kami sama-sama memakai baju berwarna putih. Seolah berpakat pula.

"Kau buat apa dekat sini?", soalku masih dalam ketidakpercayaan.

Seriuslah?! Louis Dragonza ada depan mata kut!

"Bercutilah. Buat apa lagi? Kenapa? Kau ingat aku stalk kau?"

"Who knows kan?", balasku sambil mengangkat bahu. "Aku kan cantik bak bidadari jatuh dari langit. Tak bersayap aje. Kalau tak mesti ramai dah beratur nak kahwin dengan bidadari ni tau", keningku terjongket nakal.

Louis menjuih bibir. Menyampah barangkali.

"Cantik tak menjanjikan kesempurnaan seseorang. Kalau perangai bongkak, siapa aje yang nak?", sinis Louis.

"One day aku kahwin, nanti aku jemput kau".

"Buat apa nak jemput aku?"

"Nak tunjuklah yang ada orang nakkan aku".

Louis memutar bola matanya ke atas.

Habit dia kut. Setiap kali dia menyampah dengan aku, mesti dia putar bola mata dia ke atas. Memang tak ada nak jaga hati aku ke apa. Selamba aje dia ni!

"Tapi aku peliklah, sejak dua menjak ni kau asyik muncul depan aku je. Yakin tak stalk aku ni? Kalau kau mengaku aku tak kesah pun".

"Eh jangan nak perasan sangatlah", getusnya geram. Naik merah padam wajah putihnya itu.

Aku ketawa perlahan. Comellah pula mamat pola bear ni.

"One more thing, kau dah banyak bercakap kan sekarang? Kalau dulu, sepatah pun kau tak bercakap dengan aku. Sekarang bukan main, tanpa dipelawa, malah sendiri pelawa pula duduk semeja dengan aku. Kau okey tak?", usikku.

Wajah Louis semakin memerah.

"Dah dekat sini ramai orang. Alang-alang daripada aku duduk semeja dengan orang asing, baik aku duduk semeja dengan musuh aku kan?", jawabnya tak mahu mengalah.

"I see. So sekarang boleh bagi balik tak sudu aku tu?", memuncung mulutku pada sudu yang masih berada dalam genggaman Louis.

"Kau fikir apa sampai nak bunuh diri sendiri ni?"

"Apa kau cakap?", membulat mataku ke arahnya.

"Kau buta ke buat-buat tak nampak kacang dalam sayur tu?"

Aku pandang pinggan sendiri. Bukan main terkejut lagi aku tengok sayur bercampur kacang terletak elok dalam pinggan nasiku.

Apakah?

"Lain kali, cedok betul-betul. Jangan termenung. Kau tu alergik kacang. Nak cari mati ke?"

Sambil membebel sudu aku diletak kembali. Tapi pinggan kami berdua ditukar. Louis meletakkan pinggan nasi berlaukkan ayam berempah dan kuah tomyam.

Tanpa segan silu dia mula menjamah makanan yang aku ambil tadi seolah-olah perkara itu adalah biasa diantara kami.

Gila! Pesona Louis terlampau sukar untuk aku tolak!

"Eat Vena. Muka aku tak akan mengenyangkan kau pun", ujarnya tanpa mengangkat wajah. Sedap sangat kut melantak lauk yang aku ambil.

"Tak kenyang pun. Tapi muka kau handsome. Pandang lama-lama boleh memabukkan orang tau".

Puff!

"Louis!", laju tangan mencapai tisu atas meja. Sisa nasi yang tersembur ke mukaku dilap penuh geli.

Louis ni kan!

"Pengotor la kau ni", rungutku sebal. Tetap juga tangan menghulur air milikku padanya memandangkan dia tidak mengambil air.

Laju Louis meneguk air yang dihulur.

"Tutup mulut kau Vena. Tikus kecil macam kau ni pun gatal, tak padan dengan pendek", Louis cuba menutup malu. Biarpun wajahnya merah padam seperti tomato yang masak.

"I speak the truth. Pandang wajah kau sampai besok pagi pun tak apa. Tapi mulut kau ajelah yang aku tak tahan".

"Eat!"

Ngap!

Sesudu besar nasi disuap Louis padaku secara tiba-tiba.

Aku pandang dia tak percaya.

Alahai. Dia main suap-suap pula dah. Louis ni degil agaknya. Dia tak tahu ke aku dah puas cuba tolak dia, makin dekat pula dia datang. Haih!

Oi hati! Kau jangan nak menggedik sangat!

Aku pegang dada sendiri, "Sakitlah", aduku.

"Apa yang sakit", Louis hanya melayan walaupun wajahnya penuh keterpaksaan.

"Sakitlah kena goda dengan orang handsome. Sukar tau nak gapai".

Laju tangan Louis menolak dahiku kebelakang.

Terhambur juga ketawa besarku. Walaupun boleh dikatakan ini adalah pertama kali kami duduk semeja dan sesantai ini, aku selesa dengan Louis.

Mungkin itulah sebabnya aku berani bergurau gila dengan dia. Apatah lagi Louis turut melayan.

"Slowlah sikit Vena. Kau jatuh aku gelak", pesan Louis. Ditangannya pula elok beradanya sandal milikku.

"Cepatlah Louis. Kau yang lambat", ejekku. Kaki mula berlari lari anak kehadapan. Beberapa cengkerang kecil menusuk kakiku namun kesakitan itu seolah tidak terasa.

Oleh kerana terlalu menumpukan perhatian pada laut yang gelap kehitaman, tanpa sedar kakiku terpijak batu.

Terus terlentang tubuh aku jatuh ke pasir pantai.

"Louis!", jeritku saat mendengar suara Louis bergelak sakan.

"Aku dah pesan tadi. Kau yang degil tak nak dengar", bebelnya senada.

Aku mendengus geram sambil terkial-kia cuba untuk bangun.

Dengan senang, Louis menarik lenganku untuk membantuku bangun.

"Lain kali dengar cakap aku", ujarnya seraya duduk melutut. Kakiku yang berdarah dah berpasir disapu sebelum dipakaikan sandal.

Terkedu. Terkaku. Tergamam. Aku tunduk memandang Louis yang masih menyapu pasir di hujung seluarku pula.

Rasanya aku jatuh tadi. Jatuh pula dengan badan. Tapi entah kenapa kini rasanya hatiku pula yang jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience