"Kau gila ke?!", bergema seluruh bilik dengan tempikan kuat aku.
Louis dengan selambanya menanggalkan bajunya manakala sebelah tangannya elok menarik tubuhku mendekati.
"Aku boleh mandi sendirilah!", bentakku kasar.
Tak faham bahasa agaknya Louis ni.
"Nope. I will do it", tegas Louis. Merinding seluruh tubuhku saat bersentuhan dengan dada bogelnya.
"Jauh la sikit! Ei kalau bukan sebab aku bergari lama dah kau ni masuk kubur".
Louis masih buat tak tahu. Tubuhku ditarik dan didudukkan ke kerusi yang tersedia.
BUSH!
"Argh sejuk!"
BUSH!
BUSH!
BUSH!
Dengan tubuh terketar-ketar aku mengetap bibir sendiri. Kini seluruh baju dan seluarku dibasahi air menambah rasa sejuk nan berbisa sehingga ke tulang.
"Good girl", puji Louis saat melihat aku yang diam membisu.
"Shut up and get me out of here".
"Almost done sweetheart. Now open up your pretty mouth..."
Sebatang berus gigi entah kepunyaan siapa disua ke bibir.
Aku cuba melarikan wajah namun tangkas Louis menangkap daguku dan didongaknya ke atas bagi memudahkan kerjanya.
Dalam pasrah dan reda aku cuba menahan sabar.
"Air untuk berkumur", segelas air disua pula. Lama kelamaan terasa ibarat budak kecil aku dibuatnya.
"Berus gigi siapa tu?", soalku perlahan sebaik selesai berkumur. Dengan tubuh yang kesejukkan aku pandang Louis penuh curiga.
"Aku punya", ucapnya selamba.
Kedua mataku terbuntang tak percaya. Lidah dijelir keluar penuh jijik.
"Kita perlu biasakan diri untuk berkongsi sweetheart. Amalan berkongsikan satu sunnah".
Senang benar Louis berkata begitu. Langsung tiada rasa serba salah gamaknya.
"Berkongsi kebenda?!", melenting aku dengan kesantaian Louis.
"We're getting married sweety", balas Louis seraya membaluti seluruh tubuhku dengan tuala besar.
"Kejap lagi Mama datang tukarkan baju kau", sambungnya lagi.
"Siapa yang nak kahwin dengan kau?", dengusku tak berpuas hati.
"Of course you. Who else? I only love you".
Tipulah jika kata aku langsung tidak lentur dengan kata-kata dan tindakan Louis. Namun untuk memercayainya, itu bukan lagi satu kepentingan buatku. Apatah lagi aku memilih untuk pergi dari hidupnya. Anggap saja ini adalah memori perpisahan terakhir kami kerana bila tiba masanya, aku yang memisahkan haluan kami berdua.
Diam-diam aku renung seluruh wajah tampan itu sedang Louis ralit mengeringkan rambutku menggunakan tuala kecil.
Dia terlalu indah untuk aku...
"Aku ke dapur sekejap. Nanti mama akan masuk untuk bantu kau ganti baju", ucapnya lembut. Sepasang mata bak helang itu memandang redup ke arahku. Memberi isyarat bahawa terlalu dalam cintanya buat aku.
Enggan menenggelamkan diri dari fantasi sendiri, aku menamatkan sesi panahan mata kami. Louis juga beransur keluar pergi.
Cak! Cak! Cak!
Bunyi yang tidak asing jelas kedengaran. Aku segera memerhati keadaan sekeliling sebelum seekor cicak tepat sahaja mendarat berhampiran kakiku.
"ARGH! Louis!", tanpa sedar mulut memanggil nama si dia. Kaki pula gatal lari bertempiaran sehingga tanpa sedar aku melompat ke badan Louis yang terkebil-kebil melihat ke arahku yang serupa monyet terencat.
Louis yang sememangnya tidak bersedia terus tumbang bersama beban berat di atas badannya.
BUK!
Inikah yang dimaksudkan dengan 'sudahlaj jatuh, ditimpa tangga pula' dalam kehidupan nyata.
"Argh", raung Louis seakan tulang belakangnya dipatahkan.
Mata aku membulat besar sebelum kehadiran cicak tadi nyatanya masih berada berdekatan kami. Tak fikir panjang aku bangun berdiri di atas abdomen Louis.
"Louis, Vena! What are you guys tryna do?", melenting suara Puan Rebetha menyentakkan aku.
"Help, i'm dying", ucap Louis tersekat-sekat dengan nafas yang tertahan.
Alamak! Aku melangkah turun dari badan Louis dan Puan Rebetha segera mendapatkan anaknya itu.
"My son, are you okay?"
Louis acah seperti bakal dijemput ajal, "I see dark mama", ucapnya sambil menggagau tangan ke udara.
Mengarut! Tanpa sengaja aku mencebik dihadapan Puan Rebetha. Wanita itu mencerun tajam sebelum perhatiannya kembali tertumpu pada Louis.
"Drink this", teh madu yang aku buat khas dihulur pada Louis. Untung sahaja Puan Rebetha berbaik hati untuk melepaskan gari pada tangan aku.
"Duduk sweetheart", arah Louis seraya menyambut huluran tersebut.
"Kau nak apa? Sakit lagi? Maaflah aku memang gelabah sikit bila nampak cicak", ujarku yang dibaluti rasa bersalah.
"Nope. It's fine sweetheart. Bila lagi aku nak merasa kena pijak kan?", balas Louis bersama tawa.
Terpana aku mendengar tawa Louis yang gembira. Tanpa sedar bibir aku turut menguntum senyuman manis.
Alangkah bahagianya kami jika Louis tidak pernah khianati segala yang kami miliki suatu masa dahulu.
Mungkin saat ini kami sudah menanti masa untuk disatukan dan bukannya kesakitan yang terus memakan diri sendiri.
"Jom kahwin".
Cukup dua patah perkataan itu sahaja dapat menampar wajahku tanpa bunyi.
Aku bangun dari duduk untuk keluar dari bilik Louis. Aku enggan menyakiti diri sendiri dengan kata-kata itu lagi. Namun Louis lebih laju menangkap kedua belah lenganku dan memaksa aku duduk kembali.
"Tell me what's wrong Vena?", desaknya melihat penolakan terus menerus dari aku.
"Kita tak sesuai bersama Louis".
"We can be if you accept me", tekannya.
"Kau boleh berjanji untuk kekal cintakan aku? Walau satu saat nanti kau kenal siapa diri aku? Seyakin itu Louis? Walau kau langsung tak tahu menahu soal siapa diri aku, masa silam aku, dan diri aku yang sekarang? Kau masih yakin yang cinta kau akan utuh untuk aku selamanya?", soalku bertalu-talu.
Louis angguk penuh yakin tanpa tahu dia sedang bermain dengan api yang pastinya akan membakar dirinya sendiri nanti.
Aku ukir senyum senget kepadanya, "Baiklah. Aku terima, kita kahwin. Tapi kau akan ikut aku ke Itali minggu depan. I'll show you something", putusku tenang.
"Thank you so much sweetheart. Terima kasih sebab sudi bagi aku peluang kedua untuk tebus semuanya", ucapnya bersungguh-sungguh dengan wajah dihiasi keceriaan.
Aku membalasnya dengan anggukan yang ceria juga.
Maaf...Sayangnya, aku bakal ragut keceriaan itu pergi!
Share this novel