15 | BROKEN ANGEL

Romance Series 14773

Suasana malam yang agak sunyi membuatkan segala bunyi kedengaran jelas pada pendengaran. Cangkerik berbunyi nyaring menerobos pendengaran Zayyan. Keadaan yang sunyi itu menakutinya.

“Laju-laju packing ni nak kemana isnpektor?” Amir elok bersandar pada daun pintu apartment milik Zayyan. Ravi dan Chong turut tersenyum berdiri dibelakang ketua mereka.

“Entahnya. Nak pergi mana cepat sangat. Tak pelawa pun kita orang air”, tambah Chong.

Zayyan bagai cacing kepanasan melihat kelibat tiga jejaka itu. Peluh berdebar menitik ibarat hujan deras di dahinya segera diseka. Pistol yang kemas disisip pada pinggang dicapai Zayyan. Tembakan secara rawang dilepaskan pada Amir, Ravi dan Chong.

“Gila!”, herdik Ravi kalut melindungi diri dari hujan peluru rambang Zayyan dari merodok dagingnya yang empuk itu.

Amir mengambil kesempatan itu untuk berlari menyerang Zayyan. Tubuh pegawai polis itu diterkam kebelakang dengan kasar sehingga tubuh mereka berdua berakhir di atas katil.

“Ya Allah, apa ni Amir? Kotor mata aku!”, dengus Ravi.

“Sejak bila kau masuk islam, bodoh?”, marah Chong. Kepala Ravi diketuk menggunakan pistol yang baru dikeluarkan olehnya.

Merah seluruh wajah Amir. Bukan kerana malu tapi kerana pergelutan antaranya dengan Zayyan. Muncung pistol lelaki itu begitu hampir dengan kepalanya. Silap sedikit memang terus berkecai kepala.

Melihat keadaan kritikal Amir, Chong segera melepaskan tembakan namun sayangnya Zayyan lebih laju menukar posisi badan dengan Amir menyebabkan peluru itu tersasar menembus bahu Amir.

“ARGH!”, Amir jatuh melorot ke bawah katil dengan menahan kesakitan. Tajam dia menjeling Chong.

“Apa? Bukan aku sengaja!”, Chong cuba membela diri sambil mencari titik keberadaan Zayyan yang menghilang di sebalik ruang bersebelahan.
Ravi terlebih dahulu berjalan kehadapan bersama pisau ditangan. Tanpa dijangka Zayyan muncul menyerangnya dari sisi. Lengan Ravi disiku sehingga pisau terlepas dari genggaman lelaki itu.

Pistol Chong disepak pantas oleh Zayyan sebelum tangannya cekap menghunus pisau pada bahagian abdomen Chong dan Ravi meninggalkan kedua lelaki itu jatuh meringkuk di atas lantai sambil menahan darah yang mengalir keluar.

Peluang yang ada diambil sebaiknya oleh Zayyan untuk melarikan diri bersama beg berisi sejumlah wang.

“Li…Lily?!”, soalnya terkejut saat melihat kelibat aku di tepi pintu rumahnya. Sedari tadi aku memerhati semuanya namun lebih memilih untuk mendiamkan diri. Tapi 3 ekor makhluk itu main-main pula. Nampak gayanya aku sendiri perlu menguruskan masalah kali ini.

“Mind to tell where are you going after hurting my rose?”, soalku dingin namun keras. Lantunan suara seakan berbisik namun cukup menggetarkan tulang lelaki tersebut.

“Apa yang kau merepekkan ni? Sejak bila pula aku jumpa Rose?” peluh didahi diseka kasar dengan lengan baju beruniformnya.

Aku menghela nafas lemah. Atas bawah memandang Zayyan tak percaya. “Sejak dahulu lagi aku tak pernah suka dengan polis. You know why?”

Zayyan meneguk liur kesat.

“Most of them are hypocrite but they still putting on some smile on their sinful face while act as if they are doing the right thing just because they wear a uniform. As if it was their holy protector. As if it makes them bigger than anyone else. Tribe, rape, human trafficking are their toys when it come to ‘halalkan apa yang haram’. They receives money for ‘halalkan’ those sh*tty things”, aku berbisik rapat ketelinganya seraya menepuk-nepuk uniform biru gelap yang tersarung pada batang tubuhnya itu.

Zayyan cuba mengukir senyum pahit dibibirnya saat mendengar bait-bait bicara sinisku.

“Well bukan semua tapi kebanyakkannya begitu bukan? Atau aku salah? Mind to share your opinion with me Inspektor Zayyan?” makin galak aku menyentuh seluruh uniformnya sehingga akhirnya aku menarik kemas kolar bajunya merapat padaku sehingga nafas kami bersatu.

“Aku tak cederakan Rose pun”, bersungguh-sungguh Zayyan cuba meyakinkanku.

“Perlu aku ingatkan kau macam mana muka Rose pecah dan macam mana 25 juta aku terbakar hurm?’

Tanganku tiba-tiba ditepis dari mencengkam kolarnya. “Rose layak dapat se…”

BUK!
BUK!
BUK!

“Say it again, I can’t hear you well”.

“Betina jala…” belum sempat Zayyan menghabiskan ayatnya lagi sekali penumbuk sulungku singgah tanpa henti.

BUK!
BUK!
BUK!
BUK!
BUK!

Berkembur darah keluar dari mulut Zayyan impak tumbukan di abdomennya. Wajah kacaknya juga sudah lunyai menerima habuan daripadaku tadi. Dalam keadaan penuh berdarah, dia cuba untuk melawan. Pisau yang sedari tadi digenggamannya menores kasar isi pinggangku tanpa aku sedari.

Mata yang tadi terbias kedinginan berubah menjadi lebih kelam dan memancarkan aura membunuh. Cukup! Bibir sendiri dijilat. Kini aku benar-benar dahagakan darah seseorang.

Sepintas lalu aku merampas pisau pada genggaman Zayyan. Tubuh kekarnya cuba untuk menolakku menjauh. Beberapa kali dia melepas tumbukan secara rawang namun satu pun tidak berjaya mengenaiku.

Tendangan sekuat hati dihadiahkan padauk tanpa sempat aku mengelak. Aku terpelanting kebelakang koridor tingkat 5 itu. Hampir sahaja aku hilang imbangan. Tak guna punya Zayyan.
Zayyan mara bersama pisau yang terjatuh tadi.

“Risk your life just to kill me hurm? Useless!”, herdikku sebelum mengeluarkan sepucuk pistol yang sempat aku ambil ketika bergelut dengannya sebentar tadi. Mata lelaki itu membulat tak percaya saat aku melepaskan tembakan tanpa teragak-agak kea rah lututnya.

Bunyi siren polis mula kedengaran sebaik aku melihat Zayyan tumbang bersama tulang kaki yang tembus keluar dek tembakanku tadi.

“Dendam aku belum selesai Zayyan. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri kau sendiri, dengan siapa kau bermain api sekarang. Renungi diri sendiri selama kau dalam penjara. Tunggu kedatangan aku. I’ll give you a proper present for burning my money and hurting Rose”, beberapa keeping gambar dan bukti kerja haramnya aku taburkan ke lantai.

“Satu hari kau pasti akan tumbang Lily. Ingat sumpah aku ni, kau takkan selamanya berkuasa. Suatu masa kau akan berlutut dibawah untuk sesuatu”, ucap Zayyan lemah dengan tawa yang cukup sinis.

Aku sekadar menghiraukan kata-katanya dan segera berlalu sebelum polis memunculkan diri dihadapanku.

“Mafia seperti kau hanyalah sampah yang membunuh untuk kuasa!”

Terpejam mata sendiri mendengar laungan akhir Zayyan. Cukup sinis dan menguji kesabaranku. Buat seketika aku merenung tangan sendiri yang dikotori oleh darah Zayyan begitu juga dengan luka sendiri yang pastinya meninggalkan parut yang agak lama. Aku mungkin menyesali semuanya namun hakikat bahawa akulah yang memilih jalan ini, berpatah balik sudah terpadam sejak dari awal.

Kerana akulah yang digelar Broken Angel. Tempting yet killing everything that holding my way.

“Apa lagi?”, bentakku agak kasar ke arah Laily.

“Kenapa ni dik? Akak cuma nak tanya ada apa-apa yang menggaggu adik ke sampai meeting tadi pun adik banyak mengelamun?”

Kedua keningku berkerut sebelum laju aku mengalih pandang ke arah belakang tubuh sendiri. Terketap bibirku melihat kelibat Louis.

“Kau…”, aku menjeda. Cuba menahan diri sendiri dari menyerang Laily. Akhirnya aku menolak kasar tubuhnya lalu laju berjalan melepasi Louis untuk ke lif.

“Vena”.

Suara itu!

Aku mengangkat pandangan sendiri. Bukan main tergamam lagi aku melihat Louis berada di dalam lif yang sama denganku saat ini.

Bila pulak dia masuk ni?

“Apa yang kau nak? Aku letihla untuk bergaduh. Laily dekat atas sana, pergilah jumpa dia. Tak perlu semak dengan aku. Aku belum bunuh dia pun kan? Tolak sikit aje”, bebelku panjang lebar. Dengan malas-malasan aku membalas pandangannya. Rasa sakit hati lebih menguasai berbanding teruja bertemu dengan Louis.

“Aku kesini untuk jumpa kau, bukan Laily”, ujarnya membalas kata-kataku dengan senyuman manis.

Apa?! Gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience