"Bahagia kau sekarang nyah?"
Aku cuma tersenyum nipis pada Firman yang melontarkan soalan itu.
"Baguslah untuk kau orang. First time kau orang umumkan berita bercinta itu, terkejut betul aku. Rasa macam tak percaya yang kau berdua bercinta biarpun dulu selalu bergaduh mengalahkan kucing dengan anjing. Lastly, bercinta jugak", ujar Firman panjang lebar seraya tergelak kecil.
"Aku pun tak sangka akan jatuh sayang pada Louis. Pejam celik pejam celik dah masuk 10 bulan kami bersama. Aku gembira sangat Man", ceritaku riang. Dalam kepala masih terbayang segala tingkah manis Louis sepanjang kami bercinta.
"Tapi itulah, bercinta dengan sesama selebriti ni kau pun fahamlah. Kalau bukan aku yang sibuk, dia pulak yang sibuk. Masa yang ada untuk kami luangkan bersama terhad", sambungku perlahan.
Sedih kut! Sudah sebulan aku dan Louis tidak bertemu muka, sekadar panggilan telefon dan panggilan video sahaja.
Rindunya pada Louis!
"Alah biasalah. Nanti-nanti kau terbiasa dengan sendiri", ucap Firman tenang. Lama dia merenung wajahku tanpa aku sedari.
"Aku gembira dengan kegembiraan kau Vena", ucanya tiba-tiba.
Tergelak aku dibuatnya, "Kau dah kenapa ni?"
"Tak adalah. Kita kan berkawan. So aku just nak kau tahu apa yang buatkan kau gembira, aku pun turut gembira untuk kau. Kalau ada apa-apa masalah janganlah segan silu cari aku. Telinga aku sentiasa sudi menadah mulut puaka kau tu. Bahu lebar ini pun ada untuk tampung kepala kau yang berat macam gajah itu", seloroh Firman galak dengan tawa.
Aku menjeling tajam. Kurang asam sungguh. Berani dia kutuk aku depan-depan!
"Ciss, sebelum aku tendang kau ke pluto, baik kau diam", ugutku keras.
"Oh ya! Lupa nak tanya, macam mana khabar budak ketot tu?"
"Siapa?"
"Alah, budak ketot itulah! Qal. Haa Qal!Apa khabar Qal?", rancak Firman bertanya setelah mengingati nama Qal.
"So far doing good. Cuma jarang aku luangkan masa dengan dia. Kebanyakkan masa aku upah pengasuh untuk tengok-tengokkan Qal".
Firman mengangguk kepala faham.
"Sorry sweetheart aku lambat. Ada hal tadi", celah Louis tiba-tiba. Sempat dia berjabat tangan dengan Firman sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan ku. Amat rapat sehingga paha kami bersentuhan antara satu sama lain.
"Untunglah. Lambat kau pun, minah ni asyik seru nama engkau je dari tadi", tokok Firman menyampah. Mukanya sengaja dicebik ke arahku.
Louis gelak bahagia, "Really? Oh so sweet of you sweetheart. I lambat sedikit pun you dah seru ya?"
Kepalaku sengaja digosok lembut oleh Louis sehingga kusut rambutku dibuatnya. Sengaja dia ni!
"Kau janji pukul 3 petang. Sekarang dah 3.30 petang tau?", mencerlung aku ke arahnya geram.
"Sorry sweetheart. Aku ada hal tadi. Lagi pun Man kan ada untuk temankan sweetheart".
"Tak samalah!", bentakku.
Firman tergelak melihat tingkah kami. Air yang dipesannya dihirup sehinggi licin. Dia mula mengangkat punggung, "Okeylah guys. Enjoy your date. Aku ada kerja nak dibuat", ujar Firman yang kelihatan tergesa sahaja untuk pergi.
"Tapi kau janji nak luangkan masa dengan aku dan Louis", protesku. Lengan Firman aku tarik namun laju sahaja mata Louis memandang tingkahku itu.
"Biarlah dia sweetheart. Dia ada kerja. Kenapa sweetheart memaksa ni?", perlahan Louis rungkai peganganku pada Firman. Tak ku hiraukan Louis. Firman yang menjadi tumpuan utamaku sekarang.
Bukan kali ini sahaja, malah banyak kali juga Firman seakan menjauh dariku. Hubungan kami tidak lagi seperti dahulu. Setiap ajakkanku akan berakhir dengan penolakan dan alasan Firman yang bermacam-macam ragam.
"Kau selalu macam ini. Kau sudah tak sudi berkawan dengan aku ke Man?", sayu aku bertanya. Mataku mula berkaca memandang Firman yang hanya senyum segaris.
"Nopelah babe. Kau pun tahu aku tengaj letopss sekarang ni. Faham-fahamlah kesibukkan aku tu macam mana. Sorry kalau kesibukkan aku buat kau terasa hati", Firman acah-acah gelak dalam watak maknyah dia itu biarpun sakit matanya melihat tangan wanita yang dicintainya elok berada kemas dalam genggaman jejaka lain.
"Aku betul-betul tak free sekarang ni. Aku gerak dulu tau?", Firman melambai-lambai tangan ke udara dan berlalu pergi.
Aku terdiam sendiri.
"Eat sweetheart", arah Louis agak tegas. Nak tak nak aku nganga jua mulut menerima suapan dari Louis.
"Stop touching other men sweetheart. You're hurting my heart", tutur Loui senada. Namun tetap dia menyuap makanan ke mulutku.
"Sorry. Aku cuma tak suka cara Firman mengelak dari jumpa aku. Aku rindu persahabatan kami".
"I know that. But still, you are mine!", dari sisi pinggang dapat aku rasakan tangan kekar Louis berlabuh elok disitu tanpa amaran. Petanda bahawa dia benar-benar memaksudkan perkataannya.
"Yes, sweetheart? Anything you wanna say to me?", soal Louis sebaik kereta berhenti dihadapan rumah ayahku namun masih tiada tanda-tanda aku ingin keluar dari perut keretanya.
"I'm scared".
"Scared of what?!", tinggi nada Louis sambil menggoncang-goncang seluruh tubuhku.
Diam-diam aku sembunyi senyum. Perlahan tangan kanan menyusup ke belakang badan sendiri. Sesuatu dicapai dalam poket belakang seluarku.
"Tadaaaaa!"
Louis yang cemas tadi terdiam. Terus jatuh kedua tangannya ke sisi tubuhku. Pandangannya jatuh silih berganti antara wajah dan sesuatu di tanganku.
"Mr Louis, would you marry me and be my husband for the rest of my life?", bisikku romantik.
Tubuh Louis terkebelakang dengan sendiri sehingga menghimpit pintu.
"What is this sweetheart?", soalnya seakan tidak percaya.
"Can't you see, i'm proposing my love to be my husband", jawabku yakin. Cincin ditanganku diangkat tinggi sehingga paras hidung Louis. "Kau sudi tak ni? Kalau tak sudi aku beri cincin ni dekat orang lain", ugutku.
"Of course i do. Tapi why? You shouldn't do this. I should be the one that did this", kendur wajahnya namun tangannya disua padaku.
Aku sarung cincin tersebut pada jari kasarnya dengan senyuman lebar. "Tunggu kau lamar lambat sangat. So aku ambillah alternatif sendiri", ucapku sambil ketawa sendiri.
Lama aku perhati jari yang disarungkan cincin itu. Cantik sungguh keberadaannya pada kekasih tersayang! Masa beli tak adalah cantik sangat. Bila dah tersarung pada empunya badan, helok rupanya cincin itu!
"Kau terlalu nakal sweetheart. Gosh, my heart almost stop for a moment".
Aku perhati sahaja wajah memerah Louis dilamar olehku.
"Esok datang rumah untuk berbincang tentang persiapan tunang kita", pesanku sebelum keluar dari kereta.
"Okey sweetheart", jawab Louis laju. Ceria sahaja wajahnya saat itu.
Aku membiarkan kereta Louis memecut laju menghilang dari pandangan barulah aku berjalan masuk ke rumah.
Angin kuat yang bertiup membuatkan aku terdongak perlahan ke langit. Haih, nampaknya nak hujan.
Sesaat, sebuah kereta keluar dari garaj. Aku membuat tidak endah kerana terlalu penat dan mengambil keputusan untuk segera memejamkan mata.
Share this novel