33 | ASSASSIN

Romance Series 14773

Seminggu berlalu dan aku akui ketulusan Louis menyentuh hati yang paling dalam. Aku dapat rasa cinta lelaki itu yang kian membuak-buak. Dan kini tiba masanya kami berlepas ke Itali.

Aku sempat berikan kata janji untuk memulangkan Louis pada Puan Rebetha seperti mana perjanjian kami. Wanita itu hanya menanggapinya dengan anggukan lemah.

"What are you thinking sweetheart?"

Teguran Louis membuat aku menoleh padanya sebelum jatuh pada tautan tangan kami bersama.

"Masa depan", jawabku ringkas.

Louis ketawa gembira mendengar jawapan aku. Baginya mungkin masa depan yang dimaksudkan aku ialah kehidupan perkahwinan kami tapi malangnya masa depan lain yang aku fikirkan.

"Aku nak anak tiga je tau sweetheart", ujarnya tiba-tiba dengan wajah serius.

"Kenapa tiga? Selalunya orang lelaki minta banyak".

"Sebab aku taknak kasih sayang kau dibahagikan banyak-banyak. Nanti kau abaikan aku", jelasnya.

Sungguh kebudak-budakkan alasan yang diberikan.

"Nonsense Louis. Sejak bila kau pandai mengada-ngada ni?"

Louis menarik muncung. "Kau janji takkan abaikan aku kan?", soal Louis bersama panahan mata yang minta simpati.

"I'm tired Louis. Let me sleep", tautan tangan kami aku lepaskan. Janji Louis aku biarkan berlalu sepi.

Louis kecewa pastinya. Tapi untuk menabur janji yang tak akan aku tunaikan akan lebih menyeksa jiwa Louis. Jadi ada baiknya aku biarkan tanpa jawapan.

Perjalanan yang mengambil masa 19 jam akhirnya berakhir sesudah kami tiba di Lapangan Terbang Falcone-Borsellino, Palermo, Sicily.

Ketibaan kami semestinya disambut oleh anak buah Rose namun kelibat wanita itu sama sekali tidak terlihat.

"Dov'è Rose?"(Di mana Rose?), soalku sebaik menyapa Hans. Lelaki itu tampak tajam merenung Louis disisi aku. Sedikitpun pandangannya tidak berkalih pada aku.

Haih, geram sungguh Hans pada Louis gamaknya. Aku yang cantik ini pun tak dipandangnya.

"Di sicuro non è qui per sopportare la faccia di un uomo inutile come questo! Ho detto a Rose di risolvere i problemi dell'organizzazione e di restare a casa del Signor Fernandos per un po' di tempo."( Semestinya bukan disini untuk hadap muka lelaki tak guna ni! Aku suruh Rose untuk selesaikan masalah organisasi sambil menetap di rumah Tuan Fernandos)

Melalui nada bicara kasar Hans tahulah aku bahawa kehadiran Louis benar-benar tidak dialu-alukan olehnya. Malah Hans pernah membantah rancanganku beberapa hari yang lalu untuk bawa Louis ke sini.

Haih, kalau dah hati membenci, sampai ke sudah dibencinya.

"Borak apa?", soal Louis cukup santai. Pandangan berbisa Hans ke arahnya dibuat tak nampak. Santai sahaja dia menaut erat jari jemari aku sehingga bertambah dingin wajah Hans dengan tindakan semberononya itu.

"Nothing. Jom kita gerak. Badan aku cukup penat sekarang ni", tanpa hiraukan mereka berdua, aku pergi berjalan sendirian.

Louis memuncung sendiri saat tautan tangan dilepas. Tak sedar langsung dia member sebelah tunggu masa aje nak baham dia.

"Ini bilik kau. Kalau nak apa-apa just ketuk pintu bilik aku dekat sebelah", pesanku padanya sebelum kaki laju melangkah ke arah bilik sendiri. Badan aku benar-benar penat kerana hampir seharian berada di atas kapal terbang.

"And one more, jangan sesuka hati nak merayap ke mana-mana terutamanya tempat yang sunyi dekat dalam rumah ni", pesanku lagi.

Louis angguk bak burung belatuk tanda faham.

Harapnya dia faham dan bertindak sesuai pesanan yang aku titipkan kerana di rumah ini terlalu banyak rahsia yang tersimpan.

"Goodnight Louis".

"Goodnight sweetheart, i love you and i will always do", ucapnya ibarat melodi indah pada pendengaran aku.

Aku memilih untuk tidak membalas walau sepatah pun perkataan.

Tombol pintu dipulas dan aku membolos masuk ke dalam bilik tanpa memandang Louis.

Dada sendiri aku sentuh dengan air mata mengalir tanpa bunyi.

Jahatkah aku jika terus-terusan mendera perasaan sendiri? Sedangkan selama ini aku memuja kebahagiaan seperti orang lain. Namun disaat peluang itu hadir aku pula memilih untuk kekal dalam onak duri yang kian menyakiti hati sendiri.

Tak! Aku lakukan semua ni demi semua orang. Keputusan ni adalah jalan paling terbaik untuk elak diri dari derita.

"If only you knew how precious you are for me", ucap Louis lemah disebalik pintu.

Aku tekup mulut sendiri, menahan esakkan terlepas.

Jika sakitnya mencintai seseorang sebegini, mungkin dari awal lagi aku akan elak diri dari jatuh cinta.

"Kemana kau nak bawa aku ni sweetheart?", dalam menyoal, Louis tetap membetulkan helaian rambut yang berjuntaian di pipi dan diselit kebelakang telinga.

Aku berdehem dengan tingkah lakunya itu. Hans disebelah menjeling tajam.

"Mulut aje yang bergerak bila bercakap. Tangan tu tak payah menggatal nak sentuh Lily sesuka hati", keras nada Hans berbicara.

"You'll see Louis. It is the price to grant what you hardly want", ucapku tenang sebelum sebuah pintu besar berwarna hitam gelap ditolak oleh aku perlahan.

Bau busuk yang menyengat hidung menusuk masuk sebaik sahaja seluruh ruang itu dibuka.

Louis menekup hidung sendiri. Pandangannya tertuju pada beberapa tubuh bergantungan di dalam ruang tersebut.

Aku melangkah masuk tanpa menghiraukan reaksi dari Louis.

"Masuk!", tubuh Louis ditolak Hans ke dalam. Memaksa tubuh yang kaku itu untuk melihat dengan lebih jelas.

Dari tunduk, aku angkat pandang ke arah Louis, "Meet the other me Louis", jarak kami dirapatkan. Hembusan nafas Louis dapat dirasai oleh aku dengan jelas. Menandakan bahawa jarak antara kami teramatlah dekat.

"Lily, racun paling berbisa dan pembunuh upahan paling digeruni. Ini aku Louis, kerja aku", dada bidang itu aku tepuk lembut bersama renungan penuh amaran.

"Pendosa yang bermandikan darah ni yang kau inginkan sebagai isteri?", soal aku masih lagi menepuk dadanya manakala sebelah tangan lagi mencengkam kuat bahu lelaki itu.

Diamnya Louis buatkan aku terluka sendiri. Tubuhnya dilepaskan dan aku mendapatkan salah satu tubuh manusia yang digantung.

Tanpa belas kasihan, lehernya memancutkan darah merah sebaik menerima hirisan pisau kesayangan aku sendiri.

Darah memercik ke merata tempat termasuklah ke wajah aku sendiri. Buatkan bibir melorek senyuman manis yang ngeri pada mata yang memandang.

"I killed people, never loving them", dingin dan cukup perlahan kata-kata itu meluncur dari bibir tanpa aku sendiri sedar betapa sakitnya kesan dari kata-kata sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience