Buat kesekian kali pintu bilik Louis aku ketuk berkali-kali tanpa henti. Untung sahaja tak roboh. Jika diikutkan hati memang aku tendang sahaja tapi akal waras masih menguasai.
"Louis, buka pintu ni! Lambat dah ni nak ke lapangan terbang!", makin kuat aku ketuk pintu. Namun masih tiada tanda-tanda akan terbuka.
Nampaknya Louis masih dengan kedegilannya untuk kekal di sini.
"Buka pintu ni Louis sebelum aku pecahkan!", ugutku geram. Kali ini pintu dibuka namun tanpa aku sangka sebiji bantal sederhana besar mendarat laju pada wajahku.
"Louis!", aku menjerit geram. Langsung tak jangkakan tindakan drastiknya itu. Untung sahaja bantal itu lembut, buatnya objek yang dibaling itu berat memang biul terus aku jadinya.
Louis jeling aku tajam dengan pakaian tidurnya. Gaya baru bangun tidur dengan rambut serabai menuju ke serata arah.
Hailah, baru bangun tidur pun masih tampan. Makan apalah sampai rupa helok gini?
"Siapkan diri, kejap lagi kita bertolak ke lapangan terbang", arahku senada.
Louis geleng kepala laju. Tubuhnya direbahkan ke katil tanpa rasa bersalah. Lenanya disambung seolah-olah tiada apa yang terjadi.
Degilnya dia ni! Sehingga kesabaran aku mulai menipis ke tahap maksimal!
"Louis!", seruku kuat.
"Diamlah, nak tidur ni", dengusnya persis anak kecil. Dengan mata yang tak terbuka, telinga sengaja dikatup dengan bantal. Kata-kata aku dibiar meluncur lalu ibarat angin sahaja.
Aku hampiri Louis. "Tak boleh ke kali ni kau dengar cakap aku? I did this for us, for you own safety".
"Tak. Kau buat semua ni untuk diri sendiri! Kalau kau fikirkan aku, kau takkan paksa aku untuk pergi dari hidup kau. Kau dan aku akan sama-sama pertahankan perasaan masing-masing", selar Louis.
"Kau patut ucap benda ni sebelum semua ni terjadi Louis. Waktu itu mungkin aku akan tinggalkan semua ni demi kau tapi sayangnya aku pilih untuk kekal begini sejak kau patahkan hati aku", ucap aku dengan penuh rasa kecewa.
"Aku pernah bagi kau peluang untuk tebus semuanya Louis tapi kau pilih untuk musnahkan peluang tu dengan kejam", sambungku. Mengingat kembali detik itu, betapa terdesaknya aku untuk yakinkan diri sendiri Louis sayang aku bukan atas dasar perjanjian bodoh antaranya dan Laily.
Di akhir cerita, aku terluka dengan kebodohan diri sendiri.
"Aku terlalu bodoh waktu tu Vena", akui Louis. Pergelangan tangan aku ditangkapnya kemas.
"It's not Vena anymore Louis. It's Lily. Aku bunga paling beracun yang mampu membunuh kau bila-bila masa sahaja. Cinta aku beracun, dan kau tiada penawarnya", aku tolak lembut tangannya.
"Keep your love for someone's better that deserved it more than me", tangan itu aku bawa ke dadanya sendiri. "Jaga hati kau dan bahagialah. Aku pun turut berbahagia untuk kau", pesanku ikhlas. Tiba masanya aku benar-benar melepaskan segala-galanya.
"I'll wait for you downstairs", sempat sebuah senyuman manis dilemparkan padanya sebelum aku mengorak langkah keluar.
Bunyi yang agak asing tiba-tiba menerpa gegendang telinga aku. Kejung seluruh tubuh menyapa pemandangan beberapa orang lelaki bertopeng hitam menyelit masuk ke dalam rumah.
"Damn!", pintu bilik Louis aku kerling sekilas seraya mengeluarkan sepucuk pistol.
"Red code!", jeritku kuat. Tembakan yang dilepaskan secara rawak memenuhi ruangan tersebut. Masing-masing cuba untuk mempertahankan diri sendiri.
Aku menunduk dibalik penghadang tangga. Mata masih lagi ligat memerhati sekiranya kelibat Louis keluar.
BAM!
Aku berkerut menahan sakit tatkala sebiji peluru besi merodok daging bahu kananku serentak membuatkan pistol ditanganku tercampak agak jauh.
"I'll swear i'll kill you bastard!", dengusku sendiri.
"Then give it a try Lily", sampuk satu suara dari tingkat atas.
Aku memandang susuk bertopeng itu tajam. Dialah yang diburu! Tangan kanan Si Tua Fernandos!
Dia berjalan mendekati pintu bilik Louis.
Tak! Aku tak akan biarkan itu! Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, laju aku berlari ke tingkat atas.
Lelaki itu tangkas menangkis tumbukan aku, perut aku ditendangnya sehingga tubuhku berlaga dengan dinding kuat.
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
Saat yang sama pintu bilik terbuka. Mata aku terbuka luas melihat muncung pistol yang dihala tepat pada Louis.
"No!"
BAM!
"Vena!"
Louis melihat dengan mata kepalanya sendiri tubuh berdarah wanita yang disayanginya itu melorot jatuh ke lantai tanpa mampu dia berbuat apa.
Kelibat lelaki bertopeng tadi menghilang disebalik jendela tingkat 2 rumah tersebut.
Tubuh Ravena ditangkap Louis dengan getaran yang hebat. Tangisan jantannya mengalir keluar.
"Wake up Vena!"
"Siapa tu?!", terjah Louis pada Hans yang kelihatan buntu.
"Kenapa dia tembak Vena? Apa salah Vena?!"
Hans mengeluh kesal. "Kau belum faham ke cara hidup Lily? Lelaki tadi tu antara manusia yang dahagakan darah Lily! Dia pun mungkin asbab utama kenapa kakak kau meninggal!"
Rambutnya disebak kasar kebelakang. Louis hilang arah. Masih berlegar-legar saat Vena menghadang tubuh dihadapannya sebelum mata itu terpejam rapat.
BUK! BUK! BUK! BUK! BUK!
"Louis!", Hans menjerkah kuat tak percaya dengan kegilaan Louis.
Beberapa titik darah merah segar mengalir keluar langsung tak dipedulikan olehnya.
"Kau gila ke?", soal Hans seraya menghalang Louis dari terus menggila. Sungguh tindakan Louis menumbuk dinding hospital itu tadi kelihatan sangat mengerikan!
"He hurt my flowers", ucap Louis perlahan. Matanya dingin menatap Hans. "He will pay for it!"
Hans bingung. "Apa maksud kau? Jangan sesekali buat kerja gila Louis. Lily pastinya tak mahu kau terlibat dalam urusan dia!", tekan Hans tak bersetuju dengan apa sahaja yang bermain di otak lelaki itu.
Kemunculan jururawat dari ruang pembedahan menukar suasana tegang tadi kepada cemas sekelip mata.
"She lost too much blood and we doesn't have enough supply for her blood type", ucap jururawat tersebut.
Hans dan Louis berpandangan sesama mereka sebelum Louis menapak ke depan.
"What type of blood?", soal Louis dingin.
Share this novel