4 | RAPAT?

Romance Series 14773

Memandangkan hari ini ialah hari cutiku setelah berhempas pulas selama 2 bulan berlakon untuk drama terbaru, aku akhirnya memilih untuk masuk ke pejabat.

Peristiwa hampir dirompak juga telah berlalu 3 minggu yang lalu. Sejak kejadian itu, boleh dikatakan bahawa hubungan aku dan Louis makin dingin. Tidak lagi berperang mulut namun hanya diam dan memberi kedinginan pada diri masing-masing.

Tidak mahu terus memikirkan perkara itu, beg tangan Gucci dicapai dari dalam almari.

Sebelum melangkah keluar dari bilik, sempat aku memandang susuk tubuh sendiri yang anggun mengenakan baju kemeja putih kosong yang dituck in kan ke dalam seluar slack hitam, ditambah juga dengan tali leher hitam dan rambut panjangku yang disanggul tinggi. Berpuas hati dengan penampilan diri sendiri, aku segera turun ke tingkat bawah.

"Bonda".

Bonda tersenyum ke arahku lalu menyambut huluran salam dariku.

"Nak berangkat dah? Tak nak sarapan dulu Vena? Atau Vena mahu Bonda bekalkan ke tempat kerja?"

Aku menggeleng, "Tak perlulah Bonda. Vena nak cepat. Masuk office sekejap, lepas tu lepak dengan Firman. Vena pun rancang nak ke kubur Mama", balasku lembut sambil tangan mencapai sekeping roti bakar yang sedia disapu jem.

Bolehlah ni buat alas perut.

Tanpa sedar, tangan Bonda naik mengusap rambutku dengan mata yang agak berkaca.

Terus mati seleraku melihat seraut wajah sedih Bonda.

"Parut ni masih sakit?", parut dibelakang telinga kananku yang ditutupi make up disentuhnya.

"Nope Bonda. Vena okey", balasku cuba menutupi kegusaran pada hatinya. "Ini parut Bonda. Lukanya sudah lama sembuh. Sekarang tak sakit dah".

"Maafkan Bonda".

Terdiam. Lama kelamaan terlepas keluhan dari bibir. Sudah sekian lama rasanya aku tidak mendengar ucapan maaf dari Bonda. Fikirku wanita itu sudah lupa semua yang berlaku 10 tahun lepas namun aku silap.

"Tak ada apa yang perlu dimaafkan Bonda. Past is past. Nothing will hold us again", ujarku tenang. Tubuh tua itu aku peluk erat.

"Semuanya kehendak Ilahi, bukan salah Bonda".

"Pagi-pagi dah semak buat sesi jejak kasih dekat dapur ni asal?", sergah Laily.

Mataku mencerun padanya tajam. Perlahan lahan tubuh Bonda kulepaskan. Aku harus segera pergi. Jika tidak, makin panas dapur ini dengan kehadiran Laily.

"Vena gerak dulu Bonda. Bonda pun masuklah bilik", pesanku ringkas. Faham sangat apa yang bakal berlaku jika membiarkan Laily di dapur berdua-duaan dengan Bonda.

"Makan tak tunggu aku!"

BUK!

Firman menyeringai sakit tatkala kepalanya menjadi bahana beg Gucci mahalku.

"Kau yang lambat. Hampir mati kelaparan aku tungggu kau dekat sini. Banyak jugak lah yang tegur ambil gambar. Tunggu kau punya pasal, macam orang bodoh aje aku dekat sini. Jadi ada baiknya aku makan terus".

"Alasan", balasku agak kasar.

Usai pesanan diambil oleh pelayan, laju sahaja mataku mencerlung kepada Firman.

"Kau asal pandang aku semacam?"

Bibirku tanpa sedar terketap sendiri. Berkira-kira pula untuk meluahkan kata.

"Semalam kan...", aku menjeda.

Kening Firman bertaut rapat, "Semalam apa?", soalnya.

"Semalam Louis tak ada cari aku ke?", lancar sekali soalan itu keluar. Memandangkan semalam ada jamuan untuk para kru dan artis yang terlibat drama yang bakal ditayangkan itu, sayangnya aku tidak dapat menghadirkan diri kerana tidak enak badan.

"Apa? Siapa? Louis?", soal Firman bertalu-talu sebelum jejaka tampan itu tertawa.

Apa dia ingat aku buat lawak ke?

"Jawablah biawak", dengusku kegeraman.

"Tak adanya. Kenapa pulak dia nak cari kau. Musuh ketat dia kut", balas Firman bersahaja.

Entah mengapa, sakit pula hati aku. Geram ingin menghumban wajah kacak Firman ke jalan raya saat lelaki itu galak mentertawakanku.

"Ini, jadi ke tidak teman aku ke kubur?", aku alih topik dengan segera. Lama-lama memang makan penumbuk si Firman ni.

"Jadilah. Apa yang tak jadinya? Kenapa? Kalau aku tak jadi teman kau, kau nak ajak Louis teman ke?", usik Firman lagi. Bukan dia tidak sedar, sejak beberapa minggu yang lalu, sahabatnya itu sering mengintai Louis.

Sudah terjatuh suka la tu!

"Kau kalau bukan sebab kawan, memang dah lama makan tanah".

"Bertenanglah Vena. Gurau sikit pun dah melenting. Ini mesti sebab dah tak dapat jumpa abang Louis kan?", makin galak Firman ketawa dengan kata-kata sendiri.

"Aku tak hadap pun lah dengan Louis tu. Jadi tutup mulut kau. Cepat sikit makan, dah lewat ni", jam tangan dikerling sekilas.

Dalam tak sedar, jam sudah beranjak angka 5 petang.

"Baik Bos."

Firman masih tersengih-sengih namun kembali menyambung suapannya.

"Jomlah. Gelap sangat dah ni", ajakku seraya menggulung tikar. Firman turut akur seraya membantu aku.

Langkah aku menonong sahaja sebaik Firman mengambil gulungan tikar dari tangan aku. Niat nak tinggalkan lelaki itu. Diam-diam aku ketawa jahat.

"Eh Vena!", laung Firman. Aku cuma memekakkan telinga. Sesekali kepal menoleh ke arahnya yang kelihatan agak terpaku.

BUK!

"Aduh!"

Tubuhku yang halus terlayang kebelakang sebaik melanggar susuk tubuh yang keras bak batu itu.

"Lou...Louis", aku mula tergagap. Tak sangka pula bertemu dengannya di sini.

Mata helang berwarna hijau itu menatap tubuhku tajam.

Aku cuba menelan air liur yang terasa kesat.

"Buat apa dekat sini?", soalku pula memandangkan dia cuma senyap.

"Buat konsert. Tak nampak?", balas Louis selamba.

DUSH!

Wajahku tiba-tiba membahang. Terasa disindir pula. Yelah, mestilah lelaki itu ke sini untuk melawat seseorang. Takkan nak buat konsert betul-betul pulak kan?

Stupid Vena!

"Louis", sapa Firman merapati kami.

"Man", balas Louis juga singkat. Kedua-dua mereka berjabat tangan. Aku cuma diam memerhati.

Entah sejak bila pula mereka rapat ni? Sebelum ni bukan main lagi si Firman takutkan Louis. Sekarang malah boleh berjabat tangan macam kawan pula. Aku ada tertinggal bas ke apa ni?

"Haa mata tu! Nak kena jolok agaknya. Pandang anak teruna orang bagai nak tembus", tegur Firman sebaik Louis meminta diri.

Aku buat bodoh sahaja. Biarlah. Mata aku kut.

"Kau sejak bila rapat dengan Louis sampai jumpa pun bersalam bagai?".

"Kan last day kita jamuan tu kau tak datang. Aku borak-borak dengan Louis lah. Entah macam mana boleh ter-rapat pula", ujar Firman sambil ketawa senang. Sedang mengimbas kembali memori ketika jamuan makan malam.

"Yang kau sengih dah kenapa?", soal Firman hairan.

Aku beri pandangan penuh makna padanya.

"Kau mesti ada nombor Louis kan?", tebakku. Mata mula menyepet dek senyuman lebar yang bergayut pada bibir.

Firman mengeluh namun tetap jua menghulur telefon pintarnya padaku.

Makin lebar senyuman aku. Ini yang sayang sangat dekat Firman. Sungguh memahami sahabat dia yang sorang ni!

Dan tak lupa juga, rancangan mendekatkan diri dengan musuh is ON!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience