Setibanya di lapangan terbang, topi hitam dikepala semakin ditolak ke bawah. Enggan orang melihat wajahku dengan jelas.
Tangan kiri menarik bagasi manakala tangan kanan sibuk menilik telefon pintar. Diam sahaja, namun aku tetap setia mengekori langkah Laily dihadapan.
Keadaan sekeliling yang dipenuhi orang hampir buatkan aku rasa ingin terbang kembali ke Kuala Lumpur. Memandangkan Langkawi ialah tumpuan pelancong luar, tak dapat aku nafikan, itulah yang bakal menjadi tiket besar kejayaan projek kami di sini.
Melihatkan barisan 20 orang pekerja T&Q Holding sebaik kaki mencecah pintu keluar buatkan wajahku berbahang. Agak malu bila disambut begitu.
Gila! Hanya ketibaan kami berdua, namun ramai pula yang datang sambut.
Riak wajah Laily pula usah dikata, bangga semestinya! Laily memiliki sifat yang bertentangan denganku. Wanita itu sombong dan gemar meriak dengan apa yang dimiliki. Justeru aku lebih memilih hidup yang sederhana tanpa diketahui sesiapa pun.
Low profile? Ya! Itulah aku.
"Silakan Cik Laily, Cik Lily", pelawa salah seorang wanita di barisan pertama. Mungkin pangkatnya lebih tinggi berbanding yang lain memandangkan dia turut menyelit sama ke dalam kereta yang kami naiki.
"Untuk hari ini, Cik Laily dan Cik Lily tak perlu masuk ke pejabat. Tan Sri sudah mengarahkan untuk Cik berdua berehat sahaja. Tapi sebelum itu, Tan Sri arahkan Cik berdua untuk lawat site dulu untuk lihat perkembangan projek dekat sana", ucap wanita itu.
Aku sekadar membatukan diri. Membiarkan Laily yang membalas. Ada baiknya aku menjamah pemandangan bumi di luar berbanding menyakitkan hati sendiri.
Kami tiba di tapak pembangunan sekitar jam 5 petang.
Tubuh dicondongkan ke belakang lalu nafas berat terhembus keluar dari mulut.
"Keluarlah cepat. Kau nak aku bentangkan karpet merah untuk engkau ke?", tinggi nada Laily mengaum padaku memandangkan tiada sesiapa di sekeliling kami.
"Nak keluarlah ni kak", jawabku perlahan.
"Aku tak nampak lagi muka kau dalam masa 2 minit dekat sana, tahulah engkau apa aku nak buat nanti", ugutnya keras sebelum berlalu.
Aku pantas keluar dari kereta. Namun langkah Laily tetap tidak diekori. Aku mengamati keadaan sekeliling.
Inikah hidup aku? Setelah bertahun-tahun aku hidup dalam keengganan, namun tetap sahaja aku kembali menjadi LILY. Lily yang selalu bertingkah penuh tertib dan sempurna. Lily yang sentiasa diketahui dengan nama kini kembali lagi dengan penuh keterpaksaan.
Hidup sebagai Lily yang diarah bukanlah satu kebahagiaan. Kerana apa yang pasti, kerengganan aku dan Laily menjadi semakin keruh dek persaingan dan perebutan kuasa sebagai penerus T&Q Holding yang seterusnya.
"Buat apa dekat sini?"
Satu suara menegur. Aku menoleh dengan terkejut.
"Rasy".
"Akulah ni. Takkan roh aku pula", balas Rasy dingin melihat reaksi terkejut yang ditonjolkan olehku.
"Laily mana?"
"Dekat sana", ujarku seraya memuncungkan mulut ke arah tapak pembinaan.
"Yang kau masih tercegat dekat sini kenapa? Nak aku report dekat Tan Sri Hamdan ke hari pertama pun anak bongsu dia dah culas bekerja?"
Eh eh dia ni!
"Bukanlah Rasy. Aku tengah tengok sekeliling ni. Memerhati persekitaran. Faham?"
Rasy memutar bola matanya ke atas lalu selamba mengheret lenganku mengikutinya.
Dia ni memang, suka sangat heret aku ke sini ke sana.
"Rasy buat apa dekat sini?", hairan juga aku melihat dia di sini.
"Tan Sri tak cakap?"
"Tak cakap apa?", berkerut keningku dengan soalannya.
"Company aku terlibat sama dalam projek kali ni. So, aku pun turut diarahkan ke sini untuk pantau perkembangan projek ini dengan kau orang berdua", jawabnya.
Aku terngadah.
Rasy segera memakaikan topi keselamatan ke kepalaku.
"Jom", ajaknya.
Dari jauh lagi aku dapat lihat wajah Rasy yang mulai berubah warna saat memandang Laily.
DUSH! PRAK!
Bunyi apakah itu?
Bunyi hati aku yang terhempas kemudian hancur retak berkeping-keping.
Sakit? Tersangatlah sakit. Mencintai orang dalam diam itu sakit. Apatah lagi orang tersebut mencintai orang lain.
"Rasy dah sampai?", lembut Laily menegur. Lenganku segera dia paut mendekati.
"Vena okey tak? Kenapa lambat? Puas kakak tunggu tadi", tangan itu mula merayap membelai dan menyelitkan juntaian rambutku ke belakang telinga.
Rasy tersenyum melihat tingkah prihatin Laily padaku.
The say love is blind. Betullah tu. Rasy memang buta! Sakit pula hati ini melihat tingkah mereka berdua yang sama sama mengubah wajah.
Pintu bilikku diketuk bagai hendak roboh. Terkocoh-kocoh aku membuka daun pintu.
"Ada apa kak?", aku bertanya malas.
"Kau fikir kau raja sampai perlu aku hidang makanan sampai ke bilik, huh? Bersyukur sikit aku tolong masakkan. Pergi makan sana!"
"Kejap lagi kak. Vena penat, nak tidur sekejap".
"Aku cakap pergi makan, makanlah! Apa sangat yang susah faham bahasa ni!", Laily mula marah. Tanganku diheret kasar sehingga ke dapur.
Sebaik melihat sup yang masih panas berasap di dalam mangkuk membuatkan aku menggelupur cuba melepaskan diri.
"Akak, Vena taknak!", teriakku cemas.
"Kau ni memang tak sedar diuntung. Bodoh! Pembunuh!", tanpa perasaan, tanganku dicelup ke dalam sup panas tadi.
"Argh! Sakit kak! Lepas!"
"Diamlah bodoh! Aku benci dengar suara kau!", ucapnya penuh kebencian lalu nasi yang sedia ada di dalam pinggan berdekatan dicapai.
Mukaku disembam Laily ke nasi di dalam pinggan dengan tangan yang masih dicelup ke dalam sup panas.
"Tangan inilah yang dah bunuh mama aku kan? Rasa panas ini takkan cukup dengan apa yang kau dah buat!"
Aku tak mampu menahan perasaan lagi. Tangisan sayu keluar dari bibirku.
"Sa...sakit kak..."
"Kau layak terima kesakitan ini Vena. Kau layak!", teriak Laily.
Dia menghantuk wajahku ke pinggan sebelum melepaskan tubuhku melorot jatuh. Menahan kesakitan yang tak terperi.
"Aku akan bunuh kau Vena. Pegang janji aku", ucapnya dingin sebelum masuk ke dalam bilik.
Seluruh tubuhku menggigil di penjuru meja makan. Kesakitan yang dirasai, namun entah mengapa, hatiku yang ditoreh berdarah kembali.
Sampai bila? Penghujung penderitaan yang selama ini aku tunggu tak kunjung tiba juga. Malah kebencian Laily padaku kian bertambah, seolah tiada titik noktahnya.
Malam itu, tidurku sekali lagi bertemankan air mata. Air mata yang sentiasa menemani dikala hati dilukakan.
Share this novel